download Jom Explore app
Jenis-Jenis Buah Kurma Paling Popular Dalam Negara!

Jenis-Jenis Buah Kurma Paling Popular Dalam Negara!

Jom! Makan
By Muhammad Aliff on 12 Mar 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Buah kurma akan sentiasa menjadi kegemaran ramai terutama pada bulan mulia ini. Ia menjadi sunnah untuk makan dahulu untuk berbuka sebelum menikmati makanan lain juga cukup terkenal dengan rasa manis serta khasiatnya.

Menariknya ia banyak dijumpai di kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia. Pokok kurma dipercayai berasal dari Timur Tengah dan telah menjadi makanan ruji di rantau itu selama beribu-ribu tahun.

Kebanyakkan kurma berbentuk bujur dan mempunyai rupa berkedut di luarannya. Warnanya boleh didapati dari warna gelap sehingga merah mudah bergantung pada jenis buah juga.

Oleh kerana kita dibesarkan dengan makan buah ini sejak kecil lagi. Rasa manis semulajadi cukup sinonim untuk menggambarkan rasanya kerana mengandungu kandungan gula semula jadi yang tinggi seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa.

Buah kurma memang popular pada bulan ramadhanPhoto from BebasNews

 

Selain itu nak tanam pokoknya pula memerlukan iklim panas kering untuk pertumbuhan optimum. Haa.. selain daripada khasiatnya tak ramai tahu buah ini mempunyai banyak jenis jugak tau dan min senaraikan yang paling popular dalam negara kita.

Paling Popular - Ajwa

Dikatakan buah kurma kegemaran Rasulullah S.A.WPhoto from mstar

Ajwa ialah jenis paling popular dan boleh dikatakan paling mahal. Ia juga dikenali sebagai Kurma Nabi dan berharga antara RM110 - RM150 untuk 1 kilogram. Kenapa boleh jadi mahal disebabkan kualiti buahnya.

Dipercayai berasal dari Madinah dan turut merupakan pilihan sangat popular di sana. Ajwa mendapat permintaan tinggi kerana ramai percaya ia merupakan buah kegemaran Rasulullah S.A.W.

Rupanya berwarna hitam dengan rasa manis segar. Saiznya juga kecil dan berbentuk oblong tetapi mempunyai tekstur isi sangat lembut.

Mabroom

Sesuai untuk orang yang tak suka buah manisPhoto from Saudagar Kurma JB

Selain daripada jenis Ajwa, Mabroom turut mendapat populariti yang tinggi biasanya ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi. Mempunyai bentuk panjang dan kurus serta mempunyai tekstur lembut kering lebih kurang sama macam Ajwa.

Berwarna coklat gelap dan mempunyai kulit yang hampir lut mempunyai rasa tidak begitu manis. Sebaliknya isi yang kenyal ini memberi rasa lebih unik! Bila buah ini kering, ia akan hasilkan tekstur lembut dan pejal serta rasa serat tinggi.

Safawi

Rasa macam seperti Ajwa!Photo from Ezydurian

Kebanyakkan buah jenis ini biasa ditanam di Arab Saudi yang terkenal dengan warna hitam mendalam dengan jenis buah lembut semi-kering. Saiznya pula sederhana sahaja tetapi mempunyai segi rasa macam Ajwa.

Cuma bezanya ialah Safawi berbentuk oblong berbanding Ajwa. Tambahan pula, Safawi lebih mudah untuk didapati sepanjang tahun berbanding dengan jenis buah kurma lain.

Sayer

Nampak tak tekstur keringnya itu?Photo from Shopee

Buah separuh kering memiliki kulit tipis dengan rasa sangat unik. Ia berbentuk panjang dan bujur dan berukuran 2-5 cm dalam saiz. Sayer akan bermula dengan warna kuning dan beralih menjadi kuning gelap.

Kemudian menjadi merah atau coklat gelap bila selesai proses masaknya. Nama lainya seperti Stamaran, Saamaran juga sedap untuk dimakan begitu sahaja.

Mazafati

Memiliki rasa manis sudah tentu digemari ramaiPhoto from greendiamond

Berwarna gelap dan lembut dengan saiz sekitar 2.5-4.5 cm mempunyai rasa manis! Tak lupa juga memilki kandungan lembap paling tinggi berbanding jenis buah lain berserta isi cukup tebal.

Ramai menggangap Mazafati sebagai kurma paling lazat dalam dunia. Kerana warna hitamnya juga menghasilkan rupa lebih menarik berbanding jenis buah yang lain dan dalam negara kita lebih dikenali sebagai Kimia atau Bam.

Ada juga panggilnya sebagai Madu dan berasal dari Iran. Dengan harganya yang murah tetapi mampu memberi rasa sedap tidak termasuk dengan pelbagai manfaat kebaikkan membuatkannya sangat popular dalam negara.

Piarom

Piarom memiliki harga mahal tapi sangat berbaloi kerana rasanyaPhoto from Shopee

Berbentuk bulat dengan warna hitam-coklat dinobatkan paling sedap berbanding jenis buah lain. Ia juga dikenali sebagai kurma coklat dengan sifatnya yang panjang, kurus dengan kulit nipis.

Kandungan lembapnya rendah (kurang dari 15%) sangat rendah berbanding jenis buah lain. Piarom mempunyai rasa unik dan menjadi antara yang paling mahal kerana pengeluaran ekslusif di Hajjabad.

Rabbi

Rasanya ini jenis buah kurma yang selalu kita makan?Photo from Syabab Dates

Tekstur lembut dengan warna coklat gelap mungkin kelihatan kemerahan bagi sesetengah orang. Rabbi ialah jenis separuh kering dan merupakan salah satu daripada enam jenis kurma merah yang popular.

Kabkab

Teksturnya sahaja menunjukkan betapa lembapnya buah kurma iniPhoto from Bello Bello

Berlembap, tekstur lembut dan mempunyai rasa seperti air sirap membezakan buah ini daripada jenis lain. Ia merupakan kurma gred AA ditanam di kebanyakkan kawasan tropikal di Iran.

Ia diangap sebagai buah basah kerana mengadungi kelembapan yang tinggi (sekitar 18%) berbanding buah lain. Bergantung kepada kematangannya ia bermula dari kuning dan berubah ke coklat gelap.

Kerana tekstur lembut dan rasa manis seperti air sirap membuatkan ramai orang tempatan suka pada jenis ini.

Medjool

Paling susah untuk ditanam sebab itu iannya mahal tetapi sangat sedap!Photo from mStar

Medjool ialah buah paling susah untuk ditanam. Disebabkan itu korang perlu bersedia untuk bayar lebih mahal untuk menikmatinya, ia juga besar dalam saiz serta memiliki kulit berwarna kuning gelap sehingga merah-coklat.

Memiliki rasa sangat manis dan ramai mengatakan seperti karamel. Walaupun ia dibiarkan kering buah ini masih kelihatan segar dan ramai anggapnya sebagai berlian kerana sifat istimewa ini.

Ia juga merupakan pengganti terbaik kalau korang gemar makan pencuci mulut kerana kalori tinggi. Agak-agak tahun ini mana satu yang korang in cuba?

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok