download Jom Explore app
Jangan Tahan Mengantuk Ketika Memandu, Guna Tips Ni!

Jangan Tahan Mengantuk Ketika Memandu, Guna Tips Ni!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 28 Feb 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Memandu ketika mengantuk menyumbang kepada jumlah kemalangan di jalan raya terutama di lebuhraya. Ia juga tidak memberi kita sebarang kebaikkan dan hanya menambah risiko bahaya kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling kita.

Pemanduan selamat memerlukan tumpuan sepenuhnya supaya kita dapat mengelak apa jua situasi di jalan raya. Kebanyakkan kemalangan yang berlaku terjadi akibat pemandu mula hilang fokus.

Buat apa kita nak membahayakan diri meneruskan perjalanan dalam keadaan mengantuk. Situasi itu membuatkan pemanduan kita jadi sangat tidak selesa serta memaksa kita untuk buat apa saja untuk kekal sedar.

Tak lupa jua bila kita mengantuk, kita akan paksa diri untuk membawa lebih laju dengan alasan elak ngantuk. Ini akan menambah risiko berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Memandu ketika mengantuk mengundang bahaya dan amat berisiko!Photo from Sinar-syok

Kalau begitu min kongsikan beberapa tips mudah untuk elak mengantuk ketika memandu terutama dalam perjalanan panjang.

Jangan Biasakan Diri Terlebih Makan

Jangan biasakan diri makan terlebih sebelum memandu. Berhenti sebelum kenyangPhoto from Bincang Syariah

Sudah lazim untuk kita makan dahulu sebelum memulakan perjalanan. Namun korang tidak sepatutnya makan melebihi had kerana perut kenyang lebih mudah menjadikan seseorang mengantuk.

Ini kerana kandungan dalam makanan akan diproses oleh badan kita. Proses penghadaman tersebut memerlukan tenaga terutama makanan berlemak tinggi membuatkan kita lebih senang mengantuk.

Jangan lupa pula untuk makan sebelum memandu pula!Photo from Media Indonesia

Sebaiknya korang makan seperti biasa dan berhenti sebelum kenyang. Pilih buah-buahan segar untuk dijadikan snek ketika memandu dan cuba elakkan memandu dengan perut kosong kerana dapat buat korang hilang fokus juga.

Pilih Waktu Sesuai Untuk Memandu

Elakkan memandu waktu lewat malam kerana sangat bahaya tauPhoto from Nextstep Malaysia

Ada orang suka memandu pada waktu malam sehingga lewat malam dengan alasan tak banyak kenderaan. Perkara ini amat berbahaya kerana korang sudah pada waktu tersebut badan kita sudah terbiasa dengan kitaran tidur.

Ini sangat ketara kepada pemandu yang mulakan perjalan pada waktu jam 12 tengah malam sehingga larut pagi. Potensi untuk korang mengalami situasi mengantuk dan kemalangan lebih tinggi berbanding waktu siang.

Pilih waktu sesuai seperti siang atau lewat petang supaya dapat elak mengantukPhoto from Harian Metro

Disebabkan itu pilih waktu sesuai untuk memandu. Kalau tak suka waktu siang, pilih lewat petang sebelum lewat malam. Jalan raya pun tidak terlalu gelap yang boleh menganggu tumpuan korang ketika memandu.

Kenal Pasti Tanda-Tanda Mengantuk

Korang dapat kenal pasti tanda tanda mengantuk?Photo from halodoc

Selain daripada memilih waktu sesuai untuk memandu korang juga perlu kenal pasti tanda-tanda mengantuk. Ini amat penting kerana tak ramai netizen kenal pasti simpton mula rasa mengantuk.

Bila dah terlambat perasaan memang sangat bahaya. Tanda paling mudah untuk kenal pasti semestinya menguap secara berlebihan. Bukan itu sahaja, kalau mata mula rasa berat, asyik berkelip dengan laju dan kerap pun sama juga.

Kemudian kalau mula rasa hilang fokus, asyik mengelamun dan sukar untuk ingat perkara yang baru berlaku. Maksudnya korang sedang mengantuk dan tak lama lagi tubuh badan akan mula rasa sengal serta tidak selesa.

Ambil Masa Untuk Berhenti Seketika

Singgah lah tempat rehat selepas 2 jam untuk segarkan tubuh banda kembaliPhoto from Places and Foods

Kalau dah mula rasa sengal dan tidak selesa lebih baik berhenti sekejap. Sebaiknya korang perlu berhenti rehat selepas 2 jam memandu untuk berikan masa rengangan badan, berjalan seketika bagi melancarkan darah.

Kena ingat bila kita memandu, kita berada dalam posisi duduk dalam jangka masa panjang. Pada waktu ini korang boleh cuba untuk power nap untuk kembalikan semula tenaga badan sepenuhnya.

Power nap selama 15-20 minit sangat membantu!Photo from Road Safety Education

Ambil masa 15-20 minit untuk tidur seketika sudah memadai. Kalau masih mengantuk selepas itu cuba bersenam sedikit untuk panaskan badan korang semula.

Ubat Tahan Mengantuk, Minum Kopi

Ubat mengantuk paling berkesan ialah Kopi!Photo from Pinterest

Waktu berehat tu singgah ke kedai untuk beli kopi panas secawan. Minuman berkafein seperti kopi ialah ubat untuk kekal celik ketika perjalanan jauh. Ia dapat kurangkan risiko korang untuk mengantuk dengan cepat.

Jika korang jenis kuat minum kopi boleh minta double shot yang mengandungi kandungna kafein lebih tinggi. Ini amat membantu tetapi jangan terlebih minum kopi pula kerana ia akan memberi kesan sampingan sangat teruk.

Iaitu sakit kepala yang akan menganggu korang ketika memandu nanti.

Nyanyi, Karaoke & Bersembang

Karaoke lagu kegemaran sangat membantu kurangkan ngantukPhoto from Pinterest

Memandu ialah satu aktiviti yang amat membosankan lagi-lagi kalau lebuhraya tu lurus sahaja. Sebab itu kita memang mudah terasa mengantuk, jadi pasang lagu kegemaran untuk menemai perjalanan.

Lakukan sesi karaoke supaya tidak mudah hilang fokus dan mengantuk. Ketika sedap menyanyi tu jangan pasang lagu terlalu kuat kerana boleh membuatkan korang terleka serta tak perasaan bunyi sekeliling.

Selain itu, berbual dengan kawan yang sedang meneman korang. Buka satu topik membolehkan korang untuk berbincang mengeluarkan pendapat masing-masing amat membantu untuk elak rasa mengantuk itu muncul.

Cara paling mudah pasang radio dan nikmati lagu dipasang oleh DJPhoto from Pinterest

Akhir sekali pasang radio mendengar stesen kegemaran korang. Dengar sahaja lagu dan topik dibualkan oleh dj tersebut supaya perasaan bosan tidak dapat terhasil. Sekurang-kurangnya takdalah sendu sangat perjalanan korang.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok