download Jom Explore app
90% Madu Kita Beli Tiruan? Ini Tips Untuk Kenal Pasti!

90% Madu Kita Beli Tiruan? Ini Tips Untuk Kenal Pasti!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 13 Feb 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Mengamalkan pemakanan madu menjadi semakin kerap pada masak kini oleh kerana khasiatnya yang diketahui ramai. Namun 90% madu terjual dalam pasaran negara adalah tiruan dan menjadi satu masalah apabila kita tak dapat mengenal pasti madu kita beli asli atau tidak.

Industri penghasilan madu dalam negara menghadapi masalah yang besar. Cabarannya untuk mengenal pasti barang tiruan yang dijual berkemungkinan adalah palsu boleh menjejaskan pengguna dalam negara.

Menurut seorang tenaga pengajar, kemunculan madu tiruan telah menjejaskan industri ini dalam negara kita. Penghasilan madu datang daripada lebah tanpa sengat mengandungi pelbagai khasiat yang bagus untuk kesihatan kita.

Tambahan pula, pengambilan satu sudu sahaja lengkap dalam aspek tenaga, protein, vitamin dan lain-lain. Lebah dikenali sebagai 'kelulut' akan menghasilkan madu semulajadi manis dengan sedikit rasa masam bercampur dengan aroma floral.

Kehadiran madu tiruan telah menjejaskan pasaran tempatan kitaPhoto from Pinterest

Kalau begitu bagaimana kita sebagai pembeli dapat mengelakkan diri daripada membeli yang tiruan? Haa.. ini tips mudah min kongsi bersama untuk korang guna pakai nanti!

Kalau Semut Datang Petanda Tidak Baik

Jika semut datang macamni madu itu tiruan tauPhoto from Pinterest

Antara tips paling mudah kita boleh lakukan di rumah untuk ketahui tiruan atau asli adalah mengharapkan pada semut. Semut mudah tertarik dengan benda manis dan sejak kecil kita sudah tahu jika biarkan sebalang gula terbuka.

Nescaya esok pagi balang tersebut akan dipenuhi dengan sekumpulan semut. Sedemekiannya semut tidak akan mendekati yang asli oleh kerana ia mempunyai bau serta aroma sangat kuat.

Aroma ini tidak digemari oleh semut serta rasa manis semula jadi pun mereka kurang suka. Kalau yang tiruan pula mempunyai kandungan gula tinggi untuk tambah rasa manis tersebut. Haa.. kalau botol madu korang dipenuhi semut maksudnya ia adalah tiruan.

Air & Madu Tidak Menyukai Antara Satu Sama Lain

Madu asli akan tenggelam dalam air dengan mudahPhoto from Okezone Health

Selalunya kalau beli yang asli ia tidak akan mengandungi sebarang air tambahan. Untuk melakukan kajian ini pun senang juga kerana hanya memerlukan 2 bekas mengandungi air putih sahaja.

Tuangkan 2 madu berbeza dalam bekas tersebut dan lihat dengan mata kasar. Jika iannya asli ia akan tenggelam dengan mudah, kalau tiruan pula ia akan larut serta bercampur dengan air.

Ini kerana ia tidak mempunyai sifat kental (mungkin sebab ada air tambahan min tak pasti)

Sediakan Kertas Untuk Tips Seterusnya

Kalau madu tersebut tidak mengoyakkan atau basah kertas itu maka iannya asli!Photo from Hipwee

Tips seterusnya untuk korang lakukan memerlukan kertas. Kalau ada tisu pun lebih baik untuk memudahkan korang untuk menentukan sama ada tiruan atau asli. Letakkan tisu dan tuangkan sahaja madu ke atasnya.

Jika iannya yang tiruan, kertas itu akan memberi tindak balas seperti lembap, berlubang, koyak. Ini kerana macam min kata mengandungi air tambahan di dalamnya dan kita tahu kertas akan basah jika terkena air.

Kalau yang asli pula kertas tersebut takkan rosak sebaliknya kekal seperti biasa.

Melekit Ataupun Tidak Melekit

Sifat semulajadi melekit madu memudahkan kita untuk lakukan kajian sendiriPhoto from Pinterest

Sifat madu yang kita sedia tahu adalah kelikatan atau ketekalan yang melekit tidak kira asli atau tiruan sekalipun. Apa yang korang boleh lakukan adalah meletak madu pada hujung jari dan biarkan sekejap.

Kalau asli ia akan meleleh dengan perlahan tau. Manakala untuk tiruan pula ia akan terus meninggalkan kesan melekit pada jari korang itu. Cuma tips ini sedikit sangsi jadi cuba berkali-kali untuk dapatkan hasil yang kukuh.

Sediakan Sudu & Api Untuk Membakarnya

Sudu besi sahaja boleh digunakan untuk tips ni Photo from Cinta Alami Store

Untuk tips yang terakhir korang perlu sediakan api, sudu dan juga botol madu yang ingin diuji. Letakkan madu pada sudu tersebut dan buka api secara perlahan terlebih dahulu. Kemudian, bakar madu tersebut secara perlahan-lahan.

Sekarang lihat pada reaksinya adakah buih yang keluar kecil-kecil seperti air mendidih waktu korang masak maggi? Kalau ya maksudnya ia adalah tiruan dan korang sudah kena tipu dengan pembeli.

Kalau buihnya membesar dan mula membuak-buak jika terus dipanaskan maksudnya asli. Namun tips ini juga perlu dikaji banyak kali untuk dapatkan hasil yang betul kerana min tak dapat pastikan 100%.

Tambahan pula, berhati-hati menggunakan api takut berlakunya pembocoran gas dan boleh menyebabkan kebakaran.

Boleh Cuba Kesemua Tips Untuk Elak Kena Tipu

Sayangi lebah dan beli madu yang asli sahaja tau!Photo from Pinterest

Madu pula kalau beli bukannya murah dan sebagai seorang pengguna kita tidak gemar kena tipu. Pastikan korang sentiasa membeli yang asli dan elakkan yang tiruan kerana tidak membantu dalam memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan pun.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok