download Jom Explore app
Bagaimana Minyak Cap Kapak Boleh Tercipta Eh?

Bagaimana Minyak Cap Kapak Boleh Tercipta Eh?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 16 Feb 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Tanda yang menunjukkan kita membesar sebagai orang Asia adalah penggunaan minyak cap kapak. Logo kapak, warna hijau dan penutup botol berwarna hitam akan sentiasa berada di rumah untuk melegakan pelbagai penyakit. Namun siapa pengasas disebalik minyak angin ini?

Pernah tak korang terfikir siapa yang mengasaskan minyak angin ini. Bayangkan kalau tidak wujudnya minyak ini nescaya masalah sakit kepala, angin atau sengal badan kita dapat diselesaikan dengan mudah.

Sejak kecil ibu bapa kita membesarkan dengan sebotol minyak ni setiap kali menghadapi sebarang penyakit ringan. Baunya pula tak payah cakap rasanya semua orang dapat mengenalinya dengan melihat gambar sahaja.

Botol kecil ni pasti semua orang kenalPhoto from Big Cart Malaysia

Ini kisah disebalik minyak angin paling ikonik untuk orang Asia.

Leung Yun Chee Mengambil Keputusan Berhijrah

Leung Yun Chee mengambil keputusan untuk pindah ke SingapuraPhoto from Jasson King

Semuanya bermula dengan Leung Yun Chee mengambil keputusan berhijrah dari China ke Singapura pada tahun 1928. Yun mengambil keputusan ini kerana ingin mengubah taraf hidupnya.

Apabila sampai ke Singapura dia bertemu dengan pakar perubatan Jerman, Dr Schmeidler. Yun berkongsi dengannya resipi minyak ubatan yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

Yun Chee berjumpa dengan pakar perubatan Jerman berkongsi idea minyak anginnyaPhoto from Equus Design

Setelah bertemu pakar perubatan tersebut, Yun Chee mendapat ilham dan inspirasi dia terus memulakan penghasilan produk. Dari situlah jenama Minyak Cap Kapak dilahirkan yang masih bertahan sehingga sekarang.

Cabaran & Persaingan Pada Awal Perniagaan

Logo yang direka oleh Yun yang masih dipakai hariniPhoto from axebrand

Walaupun kita lihat jenama ini kekal pada masa kini pada awalnya ia turut mengalami pelbagai cabaran. Terutama persaingan yang sengit daripada beberapa jenama kuat dari China dan Hong Kong.

Ini tidak memutuskan semangat Yun Chee dan mula mencorak strateginya dengan memasarkan produknya lebih agresif. Dia mula mencipta logo tangan memegang kapak yang berkekalan sampai sekarang.

Kemudian, Yun Chee turut mengedarkan risalah di seluruh Singapura dan perkara ini turut membuahkan hasil tau. Ia berjaya mencatatkan jualan yang tinggi membuatkan produknya berjaya.

Namun ujiannya tidak terhenti di situ kerana pada tahun 1937 sehingga 1945 Perang Dunia Kedua telah berlaku. Ia menyebabkan banyak perniagaan tutup kerana tidak mampu bertahan dalam situasi genting itu.

Antara iklan yang digunakan oleh YunPhoto from axebrand

Hal ini langsung tidak mematahkan Yun kerana dia menganggap perang adalah peluang untuk dia berkembang. Lalu jenama ini terus bersaing dan hasilnya Minyak Cap Kapak menjadi sebuah jenama yang dikenali ramai.

Sebuah Jenama Yang Sangat Ikonik

Contoh-contoh iklan yang dipasarkan produknyaPhoto from axebrand

Pada tahun 1950 sehingga 1970 syarikat mengorak langkah untuk kembangkan perniagaan sehingga ke seluruh Asia. Antara negara pertama yang mereka sasarkan adalah Arab Saudi apabila ia sering digunakan oleh jemaah ketika menunaikan haji.

Seterusnya pada tahun 1971, Yun Chee telah meninggal dunia dan meninggalkan warisannya kepada anaknya. Leong Heng Keng telah mengambil alih tugasnya dan meneruskan perkembangan perniagaan syarikat ini.

Adiknya pula Leong Mun Sum turut menyertai syarikat sebagai Pengarah Urusan pada 1986. Kini lima kilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) dimiliki oleh syarikat untuk penghasilan minyak angin mereka.

Syarikatnya berkembang mekar dan ini ofisnya sekitar tahun 70-anPhoto from axebrand

Minyak Cap Kapak pula amat bangga menjadi peneraju jenama utama minyak perubatan di Asia.

Sebuah Kisah Yang Banyak Teladan

Tiada siapa boleh bayangkan bahawa hanya menjual minyak angin sahaja mampu mengubah taraf kehidupan kita. Cuba kalau kita ceritakan idea ini kepada rakan-rakan mungkin ada antara yang tak percaya bahawa kita boleh berjaya.

Ini tidak terkesan bagi Yun Chee, dia merasakan produknya ada potensi untuk berjaya. Dia tetap meneruskan walaupun mengalami sebarang masalah serta ujian dan ini adalah antara teladan yang kita boleh pelajari.

Kalau kita lihat sekarang hampir setiap orang Asia pasti pernah menggunakan produknya. Jika tak pernah guna bukan orang Asia la tu kan!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok