download Jom Explore app
[Ramadhan 2024] 3 Tips Untuk Pilih Baju Melayu Tampil Lebih Bergaya

[Ramadhan 2024] 3 Tips Untuk Pilih Baju Melayu Tampil Lebih Bergaya

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 01 Mar 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Baju Melayu merupakan pakaian tradisional yang menambah kepada kemeriahan suasana Hari Raya dalam negara kita. Kebanyakkan lelaki akan mengambil masa untuk kelihatan kemas pada waktu ini untuk nampak bergaya namun ada juga orang menghadapi sedikit masalah.

Masalah tersebut ialah membeli baju melayu yang bersesuaian dengan bentuk badan. Ini kerana jika kita tersalah pilih warna dan gaya ia akan membuatkan kita nampak selekeh, kusut atau tidak bergaya.

Walaupun perkara ini nampak seperti remeh kerana para lelaki sudah pakai pakaian tradisional sejak kecil lagi. Selalunya akan elak mengambil warna yang terlalu "striking" atau memilih baju yang terlalu labuh.

Kalau begitu min akan kongsikan tips kepada individu yang menghadapi masalah seperti ini. Jangan risau min mudahkan untuk korang supaya dapat tampil lebih bergaya berbanding hari raya sebelum ini.

Ramai lelaki sebenarnya tak reti pilih baju melayu yang sesuai dengan bentuk badan merekaPhoto from Malaysiakini

Barulah ramai wanita akan mula tertarik dan cair melihat kita.

Pemilihan Warna Yang Betul

Pemilihan warna yang betul penting untuk baju melayu!Photo from IG | Khatam

Suasana hari raya sangat meriah kerana semua orang akan meraikkan dengan pakaian baru berwarna-warni. Disebabkan itu perkara paling utama adalah kena pilih warna yang betul bersesuaian dengan tona kulit kita.

Warna mempunyai emosi dan sifat yang tidak boleh dilontarkan dengan kata-kata. Setiap satu warna mempunyai personaliti tersendiri untuk menceritakan seribu satu kisah jika kita memilihnya.

Setiap tahun pasti akan ada warna yang trendy atau ramalan warna trendy. Tak salah untuk kita kejar trend namun adakah warna tersebut sesuai dengan kita? Adakah korang seorang yang berani memakai warna terang?

Haa.. perkara sebegitu perlu dipertimbangkan dahulu. Kalau begitu, pilih warna neutral seperti putih, krim, biru muda, kelabu cair atau hitam. Elakkan warna terlalu terang atau berani yang tak kena dengan tona kulit korang.

Setiap warna mempunyai mood dan bergantung pada tona kulit kitaPhoto from Bulan Bintang

Tambahan pula pastikan warna tersebut ke arah pudar berbanding terang untuk nampak lebih lembut.

Nak Pilih Gaya Potongan Baju Macam Mana Eh?

Gaya baju melayu moden mempunyai nilai fesyen membezakan dari potong klasikPhoto from behati

Kalau kita lihat baju melayu sedekad atau dua lalu amat berbeza jika dibandingkan pada masa kini. Sekarang kita ada pelbagai gaya potongan baju sehingga versi slim fit atau modern fit pun ada tau.

Untuk seseorang yang jarang mengikut perkembangan fesyen ini akan membuatkan proses membeli lebih rumit. Apa yang korang perlu faham adalah kebanyakkan gaya potongan modern hanya muat pada satu atau dua jenis bentuk badan sahaja.

Jika fizikal badan kita tak bersesuaian lebih baik kita elakkan sahaja. Ini kerana untuk nampak bergaya, baju akan meningkatkan rupa dan fizikal bentuk badan kita bukan membuatkan kita nampak selekeh.

Korang boleh cuba pilih klasik fit seperti ini yang sesuai dengan semua bentuk badanPhoto from IG | Khatam

Selalunya baju melayu sedikit longgar tetapi masih kemas. Ini membuatkan kita selesa dipakai dan boleh bergerak tanpa dihadkan oleh kain baju yang ketat. Oleh itu pastikan korang cari baju yang tidak terlalu ketat dan longgar tetapi masih kemas apabila korang berjalan, duduk serta berdiri.

Jangan Salah Pilih Kain Baju Melayu

Pemilihan kain betul akan buat korang lebih selesa dalam berbaju melayuPhoto from Ulat Kain

Warna baju dah jumpa sesuai dengan tona kulit, gaya potongan pun bersesuaian. Namun bila sampai pada kain digunakan pula menghancurkan gaya penampilan korang apabila tibanya hari raya nanti.

Kain yang digunakan perlu diberi fokus dan tumpuan sama seperti 2 tips sebelum ini. Jenis kain dan bahan digunakan pada baju tersebut memainkan peranan penting untuk memastikan korang nampak bergaya dan selesa sepanjang hari.

Tambahan pula kita kena ingat negara kita panas bukan sejuk dingin sepanjang hari. Kita pula beraya rumah ke rumah boleh membuatkan kita berpeluh, jika kain digunakan jenis tak serap peluh dan tebal.

Pilih kain cotton lebih sesuai dengan cuaca panas negara kitaPhoto from Ulat Kain

Menangis lah kita menahan panas. Oleh itu pastikan baju kita nak beli menggunakan kain kapas, tidak terlalu tebal serta nipis. Selain itu, selesa dipakai, dapat memberi ketika kita melakukan pergerakan.

Akhir sekali, tidak nampak kesan peluh jika kita mula berpeluh.

Sebenarnya Senang Sahaja Nak Pilih Baju Melayu Kan?

Sebenarnya nak pilih baju melayu ni senang sahaja kalau ikut 3 tips iniPhoto from IG | Khatam

Dengan 3 tips mudah ini korang sudah belajar perkara yang amat penting. Nak pilih baju melayu sebenarnya senang jika kita tidak merumitkan proses tersebut dan hanya beri tumpuan kepada beberapa perkara sahaja.

Untuk nampak bergaya kita kena pastikan 3 perkara min sebut bersesuaian dengan bentuk badan kita. Dapat selesaikan perkara itu sudah semestinya korang akan nampak seperti artis hero remaja!

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok