Kuala Lumpur: 7 Bangunan Bersejarah Yang Wajib Kita Lihat
Sejak diusahakan pada tahun 1850-an ibu negeri Malaysia, Kuala Lumpur kekal menjadi antara bandar yang ramai pelancong luar datang untuk melihat kecantikkannya. Mana taknya selain daripada makanan sedap, budaya tempatan KL juga mempunyai bangunan bersejarah yang kita tak tahu?
Bila kita bercerita tentang sejarah bandar KL sejauh mana penduduk seramai 2 juta (anggaran) benar-benar tahu tentang bandar yang mereka diami ini. Mungkin tak ramai tahu banyak betul bandar bersejarah yang masih wujud dalam bandar ini.
Semuanya bermula dengan Raja Abdullah yang mengupah buruh untuk membuka lombong bijih timah baru yang lebih besar. Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang.
Oleh kerana Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, nama asal KL adalah Pengkalan Lumpur tau. Lama-kelamaan baru nama tersebut ditukar menjadi apa yang kita kenal sekarang dan lombong timah itu dibuka di Pudu.
Bila dah mula maju banyak sungguh ujian yang dikenakan seperti wabak penyakit dan kebakaran besar berserta banjir pada tahun 1881. Disebabkan itu KL perlu dimodenkan dan dibina semula dengan bantuan Kapitan Yap Ah Loy menjadi apa yang kita dapat lihat sekarang.
Photo from Nico Trinkhaus
Memadangkan korang dah bosan berjalan di ibu kota setiap minggu. Apa kata kalini pergi melawat beberapa bangunan bersejarah yang masih berdiri dan mempelajari sedikit tentangnya.
1. Sun Sze Si Ya Temple
Photo from Thrillophilia
Terletak di Jalan Tun HS Lee ia merupakan salah satu tokong tertua di bandar ini. Diusahakan oleh Kapitan Yap Ah Loy sendiri pada tahun 1864 sebagai tanda penghormatan kepada ketua komander Sze Si Ya dan Kapitan Seremban Sheng Meng Li.
Tokong ini sangat popular ketika sambutan Tahun Baru Cina tau. Pelawat akan singgah dan sembahyang untuk mendapat tuah yang lebih baik. Selain itu, tokong ini amat penting bagi komuniti cina dalam negara kita.
2. Guan Di Temple
Photo from Wonderful Malaysia
Tak jauh daripada tokong pertama adalah tokong Guan Di. Ia dikenali sebagai tokong untuk menyembah Guan Di (Guan Yu) Dewa Peperangan, Kesusateraan dan Kekayaan serta dapat memberi rahmat kepada mereka mempunyai fikira bersih.
Selain itu, tokong ini cukup terkenal dengan menyimpan senjata Guan Dao seberat 59kg yang diperbuat dari tembaga. Mereka percaya sesiapa yang menyentuhnya akan diberi perlindungan.
Kemudian, tokong ini dipenuhi dengan pelbagai seni bina Cina seperti dekorasi berwarna-warni. Tak lupa juga bumbung tradisional yang sangat sinonim dalam budaya mereka.
3. Sri Maha Mariamman Temple
Photo from St.Giles Hotel
Kita teruskan perjalan di Jalan Tun HS Lee dengan melihat kuil Sri Maha Mariamman yang ditubuhkan oleh K. Thamboosamy Pillai pada 1873. Ia dikatakan antara kuil tertua yang ada dalam bandar ini.
Ia ditubuhkan untuk tuhan Mariamman yang dipercayai sebagai pelindung dalam agama hindu. Apa yang membuatkan kuil ini sangat popular adalan lima peringkat menara yang terletak di bahagian depan.
Disebabkan bangunan ini dipenuhi dengan pelbagai warna dan ukiran cantik ia sangat popular dalam kalangan pelancong,
4. Muzium Negara
Photo from Muzium Negara
Selalunya ramai orang akan jalan melepasi sahaja bangunan ini bagi menaiki Mass Rapid Transit (MRT) untuk bergerak dalam bandar. Terletak di Jalan Damansara, Muzium Negara adalah imej kepada peninggalan khazanah negara.
Seni reka bangunan ini sangat memukau setiap kali kita melihatnya. Menariknya ia merupakan idea daripada Perdana Menteri pertama kita pulak tu dan mahukan sebuah muzium yang mempunyai identiti negara.
Maka terhasil sebuah muzium dengan sentuhan seni bina klasik Melayu.
5. Panggung Bandaraya
Photo from Visit Selangor
Proses pembinaan bermula pada 1896 dan berakhir pada 1904. Asalnya adalah ibu pejabat Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dan ofis kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur kedua, Tan Sri Yaakob Latiff.
Sekitar tahun 1960 ia diubah menjadi dewan teater dan diberi nama Panggung Bandaraya DBKL. Pada tahun 2020 perbelanjaan sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk perbaiki dan merenovasikan bangunan ini.
Panggung ini boleh menempatkan 900 orang dan banyak persembahan seni juga dipersembahkan di sini.
6. Lee Rubber Building
Photo from The Star
Dahulu bangunan ini merupakan paling tinggi dalam KL tau bukan Menara 118! Ia direka oleh Arthur Oakley Coltman of Booty Edwards & Partners memberikan rupa seni bina yang megah pada waktu itu.
Sepanjang hidupnya ia menjadi tapak untuk pelbagai urusan bermula dengan rumah kepada Lee Rubber Company. Selain itu ketika era Perang Dunia Kedua, pasukan polis rahsia Jepun menggunakan bangunan sebagai pusat operasi.
Sekitar tahun 2000 ia menjadi rumah kepada ofis, pusat tuisyen, kedai buku serta kedai. Kini dibuka semula sebagai butik hotel bernama Else Kuala Lumpur.
7. Sultan Abdul Samad Building
Photo from Malaysia
Permandangan bandar Kuala Lumpur pasti nampak pelik kalau tiada bangunan ini yang terletak di Jalan Raja. Bangunan yang direka oleh Arthur Benison Hubback yang juga telah menghasilkan beberapa bangunan ikonik di bandaraya ini juga tau.
Arthur mempersembahkan kepakarannya dengan menggabungkan 3 budaya seni bina yang berbeza iaitu Mughal, Indo-Saracenic, Moorish Revival yang dapat dilihat di setiap sudut bangunan ini.
Contohnya inspirasi Mughal diguna pada penggunaan batu bata merah, tingkap melengkung dan kubah. Seni bina Moorish pula terlihat pada penggunaan simbol geometrik yang menghasilkan imej yang sangat ikonik.
Setiap kali lalu pasti terasa bangga melihat kemegahannya yang tiada bandingan dengan bangunan lain di bandaraya Kuala Lumpur. Rasanya korang sempat tak melihat setiap satu bangunan ini dalam masa satu hari?
Mungkin korang suka: