download Jom Explore app
Tips Menyelamatkan Diri Daripada Bencana Gempa Bumi

Tips Menyelamatkan Diri Daripada Bencana Gempa Bumi

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 04 Jan 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Menjelang tahun baru negara kita menyambut dengan penuh kegembiraan apabila melihat ramai orang berkumpul untuk meriahkan lagi suasana. Namun, suasana kegembiraan terputus kerana berita gempa bumi melanda jepun. Cuba bayangkan kalau berlaku pada diri kita apa yang perlu kita lakukan supaya dapat menyelamatkan diri?

Lebih menyeramkan lagi apabila tular banyak video di media sosial menunjukkan rakyat Jepun menerima notifikasi di telefon bimbit tentang berlakunya gempa bumi. Waktu itu pula kebanyakkannya tengah melakukan aktiviti harian macam tiada apa sebelum bencana melanda.

Contohnya, terdapat seorang wanita yang tengah melakukan live stream terkejut melihat telefonnya mula berdering. Lalu, dia menunjukkan menerima notifikasi bahawa bencana gempa bumi baru sahaja berlaku dan perlu menyelamatkan diri.

Kita patut bersyukur bahawa negara kita terselamat daripada banyak bencana alam kerana faktor geografi sahaja. Tetapi tidak bermaksud kita boleh pandang perkara ini secara ringan dan tidak mengambil apa-apa ikhtibar.

Cuba bayangkan kalau korang berada dalam situasi tersebut. Apa yang korang perlu lakukan untuk menyelamatkan diri dan orang tersayang? Adakah korang dapat menghadapinya dengan penuh ketenangan macam rakyat Jepun.

Gempa bumi yang melanda jepun baru-baru iniPhoto from Al Jazeera

Kalau tidak, apa kata baca sampai habis untuk mengetahui apa yang perlu lakukan untuk menghadap gempa bumi.

Apa Itu Fenomena Bencana Gempa Bumi

Contoh notifikasi penduduk jepun dapat apabila berlakunya gempa bumiPhoto from The Guardian

Kita patut tahu yang gempa bumi adalah salah satu fenomena alam yang menakutkan kerana ia mampu mengakibatkan kemusnahan dari skala kecil sehingga besar. Apa yang membuatkannya seram adalah boleh berlaku tanpa sebarang amaran.

Apabila berlakunya becana ini kebanyakkan orang akan jadi huru hara dan kelam kabut untuk menyelamatkan diri. Haa.. kalau bersikap sebegini bukan lebih selamat malah lagi memudaratkan adalah.

Infografik bagaimana berlakunya gempa bumiPhoto from Caltech Science Exchange

Pengetahuan dan persediaan untuk menghadap bencana adalah kunci kepada keselamatan diri semasa dan selepas sebarang bencana. Jika korang mempunyai maklumat betul nescaya dapat menyelamatkan diri walaupun menghadapi bencana alam.

Kawal Diri Dahulu & Cuba Kekal Bertenang

Walau camna pun situasi, pastikan korang kekal bertenangPhoto from Pinterest

Apabila berlakunya bencana alam ia adalah sesuatu yang biasa untuk mula rasa panik. Ini akan menyebabkan kita berkemungkinan untuk melakukan keputusan salah yang boleh mengakibatkan nyawa kita terancam.

Oleh itu, perkara paling utama apabila menghadap situasi ini adalah untuk mengawal diri terlebih dahulu. Jika korang bersama rakan, pasangan atau keluarga, pastikan setiap satu diberi arahan untuk kawal diri.

Kemudian, pastikan korang kekal bertenang walaupun mula merasai kesan kemusnahan daripada gempa bumi. Ini akan membuatkan korang mampu bersikap waras untuk melakukan keputusan yang betul.

Lakukan ini dahulu dapat meningkatkan peluang korang untuk selamat daripada sebarang kecederaan.

Apa Yang Boleh Buat Jika Ada Dalam Bangunan

Cari meja kukuh dan berlindung di bawahnyaPhoto from Pinterest

Min akan terangkan dekat korang apa yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan diri dalam situasi berikut. Selalunya, ada kemungkinan korang berada di dalam sebuah bangunan dan merasai kesan gempa bumi.

Oleh itu, pastikan korang ambil perlindungan terlebih dahulu. Duduk di bawah meja ofis, meja makan atau bangku yang teguh atau posisikan diri di ambang pintu serta di satu sudut.

Kalau nak berjalan pula pastikan laluan korang mempunyai sokongan yang kuat seperti bingkat berstruktur. Elakkan berjalan di laluan yang ada kemungkinan untuk runtuh untuk elak impak objek jatuh ke badan korang.

Selain itu, pilih lokasi yang ada ruang udara untuk bernafas dalam keadaan bangunan runtuh sekalipun. Tetapi, jangan dekatkan diri dengan tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat atau benda tergantung.

Ada kemungkinan untuk terjatuh mengakibatkan kecederaan. Gempa bumi pula boleh menyebabkan kepingan simen jatuh jadi sentiasa kekal berwaspada dengan keadaan sekeliling sebelum melakukan sesuatu.

Berlindung di bawah benda kukuh dan tegap dapat mengurangkan risiko kecederaanPhoto from Pinterest

Jangan lupa untuk peluk sesuatu yang boleh menutup kepala dan muka daripada objek jatuh dan serpihan kaca. Padamkan sebarang api yang terdedah dan elakkan menyalakan api kerana khuatir kebocoran gas!

Kalau korang berada dalam bangunan tinggi pastikan melindungi diri menggunakan teknik duck, cover dan hold. Ikuti prosedur dan tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.

Pastikan korang elak dan tidak menggunakan lif.

Kalau Berada Di Luar Bangunan Pula Bagaimana?

Pastikan dekatkan diri ke satu sudut kalau berjalanPhoto from Pinterest

Min dah cerita kalau berada dalam bangunan kalau situasi berlaku kroang berada di luar pula apa yang boleh dilakukan untuk selamatkan diri? Haa.. mula-mula pindah ke kawasan yang terbuka dengan tenang penuh berhati-hati.

Pastikan ada jarak dan elakkan diri daripada wayar elektrik, tiang elektrik seperti lampu, pokok besar, bangunan tinggi dan dinding. Ini semua ada kemungkinan untuk runtuh menyebabkan objek menghimpap korang.

Ketika mencari kawasan terbuka sentiasa peka dengan objek yang jatuh disekeliling. Jika korang menggunakan laluan pejalan kaki, pastikan korang rapat ke sesuatu bahagian untuk melindung diri daripada objek jatuh.

Kalau kebetulan korang tengah memandu dan berlakunya bencana alam. Berhentikan kereta secepat mungkin di kawasan yang selamat. Tetapi jangan berhenti di bawah jambatan atau di bawah kabel elektrik yang boleh runtuh ke atas korang.

Kalau berada dalam kereta, kekal dalam sehingga semuanya redaPhoto from New Scientist

Jangan tinggalkan kereta walaupun keadaan sekeliling tengah runtuh sekalipun. Kereta korang adalah pelindung yang terbaik untuk menyerap sebarang objek runtuh dengan baik dan tutup kepala.

Apabila situasi sudah berhenti dan korang mula memandu selepas gegaran, elakkan dan kekal berwaspada pada lubang, objek jatuh, wayar elektrik yang terdedah, jalan rosak kerana getaran tersebut.

Paling Penting Adalah Untuk Kekal Bertenang!

Jangan risau, kekal tenang dan korang boleh selamatkan diri daripada gempa bumiPhoto from Pinterest

Tidak dinafikan bahawa gempa bumi atau sebarang bencana alam memang menakutkan. Keadaan sekeliling akan musnah dengan sekelip mata dan susah untuk kita menerima situasi telah berubah dengan drastik.

Walaubagaimanapun, pastikan korang dalam keadaan bertenang ketika menghadap situasi genting ini. Kalau korang mampu untuk mengawal diri pemikiran serta keputusan dapat dilakukan dengan pantas dan efektif.

Ingat, bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa sebarang amaran pun. Walaupun kita jarang menghadap gempa bumi ini adalah nasihat yang dapat menyelamatkan hidup satu hari nanti.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok