Proton: Sejarah Ringkas Jenama Automotif Pertama Negara
Proton adalah salah satu simbol kebanggaan negara yang menunjukkan bahawa kita mampu menghasilkan sebuah industri yang berjaya. Kesan dan pengaruh jenama ini kekal popular walaupun terdapat banyak jenama automotif dalam pasaran negara. Ini sejarah ringkas bagaimana kita mampu mencipta sebuah ikon.
Benda pertama yang dapat kita membezakan jalan raya negara kita daripada negara lain adalah jenis kereta yang ada. Nampak sahaja lambangnya di jalan raya maka ia adalah di negara kita.
Impak jenama automotif telah melahirkan sebuah generasi yang bangga untuk memilikinya. Rata-rata anak muda akan memilih jenama ini sebagai kenderaan pertama kerana mempunyai harga yang berpatutan.
Malah, kualitinya pula bertambah baik sejak beberapa tahun yang lalu. Setiap aspek seperti keselamatan, pengalaman pemanduan dan teknologi menjadi tumpuan Proton bagi menghasilkan sebuah kereta yang sesuai dengan pasaran tempatan dan juga antarabangsa.
Photo from Harian Metro
Oleh itu, apa kata korang baca sampai habis untuk mempelajari sejarah bagaimana ikon negara ini dapat dihasilkan! Sedikit tambahan, min akan tulis mengikut kronologi masa supaya memudahkan korang untuk baca.
Bermula Dengan Sebuah Idea Untuk Melonjakkan Ekonomi Negara
Photo from Harian Metro
Sekitar tahun 80-an kebanyakkan negara mula stabil memberi kesan positif kepada bahagian ekonomi. Ini tidak terkecuali daripada negara kita yang dapat melihat peningkatan kepada taraf hidup.
Dalam kata mudah, rakyat pada waktu itu semakin kaya berbanding tahun sebelum ini. Oleh itu, Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad ingin melonjakkan status negara dalam kawasan Asia.
Ketika ini kebanyakkan negara yang maju mempunyai jenama automotif tersendiri. Contoh mudah kita dapat lihat adalah Jepun mempunyai bukan satu malah terlalu banyak jenama kereta yang berkekalan sehingga harini.
Aspirasi Perdana Menteri untuk menuju ke arah perindustrian disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM). Lalu idea tersebut dikongsikan bersama presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke negara pada tahun 1981.
Photo from Harian Metro
Setahun kemudian, satu pasukan projek ditubuhkan di HICOM untuk melakukan penyelidikan serta menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi. Pada 7 Mei 1983, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) telah ditubuhkan.
Sebuah Lagenda Dicipta, Proton Saga
Photo from wapcar
Proton Saga dilancarkan pada 8 Julai 1985 dengan kerjasama Mitsubishi berfasarkan generasi kedua Mitsubishi Lancer Fiore. Model pertama Saga dihasilkan di barisan pengeluaran di Shah Alam dipelihara di Muzium Negara.
Ia disimpan sebagai simbol permulaan industri automotif negara. Jualan Saga baru mengatasi bekalan dan mereka mengalami masalah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Pada pertengahan 1986 ia telah menawan sebanyak 64% majoriti pasaran domestik bagi kereta bawah 1600cc. Setahun kemudian pada bulan Oktober 1987 sebuah varian hatchback dikenali sebagai Saga Aeroback dilancarkan.
Lebih menarik apabila Saga memasuki pasaran United Kingdom pada Mac 1989 diterima dengan sangat baik. Syarikat negara mencapai rekod sebagai "Fastest Selling Make of New Car Ever to Enter The United Kingdom"
Nama Saga telah diberikan oleh staf sarjan Ismail Jaafar daripada Pulau Pinang. Beliau mendapat ilham ketika bermain scribble bersama rakannya berjaya menghasilkan nama yang senang untuk diturut serta tidak mengandungi konotasi negatif dalam bahasa melayu dan inggeris.
Photo from Motoqar
Selain itu, korang mungkin tak tahu yang Saga adalah singkatan kepada safety, achievement, greatness dan ability.
Tahun 1990-an, Model Baru Dilancarkan
Photo from Wikimedia Commons
Menjelang era 1990-an, permintaan untuk memiliki kenderaan nasional melonjak semakin tinggi. Sampai satu tahap harga untuk memiliki kereta terpakai pun mempunyai nilai jualan tinggi.
Pada 15 Ogos 1992, Saga Iswara telah dilancarkan yang diberikan gaya luaran serta dalaman yang unik. Setahun kemudian pada 21 Mei 1993, Proton Wira diperkenalkan yang kekal menjadi model kereta popular sehingga ke hari ini.
Ia berdasarkan generasi keempat Mitsubishi Lancer 1991. Sebuah varian hatchback turut dihasilkan yang dikenali sebagai Wira Aeroback dan tidak terhenti di situ sahaja kerana menggunakan platform yang sama dapat menghasilkan model kereta yang lain.
Photo from Carlist
Model tersebut turut menjadi kegemaran ramai iaitu Satria, Putra, dan Arena. Jangan terkejut kalau korang lihat harga kereta tersebut masih mahal walaupun berusia lebih daripada 20 tahun.
Proton menunjukkan bahawa mereka mampu menghasilkan kereta ekonomi yang disayangi oleh rakyat tempatan. Disebabkan itu, keuntungan yang mereka dapat menyebabkan mereka ingin melancarkan sebuah kereta mewah.
Kereta tersebut dikenali sebagai Perdana iaitu sebuah salun premium segmen D pada tahun 1995. Ia menggunakan platform Mitsubishi Eterna 1992 generasi ketujuh turut menjadi kegemaran ramai.
Photo from autmachi
3 model kereta yang telah dilancarkan telah membentuk dan menjadikkan jenama automotif tempatan sebagai satu ikon negara.
Masa Hadapan Yang Cerah Bagi Automotif Tempatan
Photo from Nexthrift
Oleh kerana mendapat sambutan yang cukup baik daripada rakyat tempatan. Jenama tempatan tidak menghentikan langkah mereka untuk menghasilkan kenderaan begitu sahaja malah mereka kekal inovatif dalam melakukan penyelidikan.
Banyak model yang telah dikeluarkan sekitar masa ini yang dapat menepati ciri-ciri setiap segmen. Waja adalah model pertama rekaan asli mereka yang dilancarkan pada Ogos 2000 menunjukkan arah baru tidak bergantung pada pengeluar kereta lain untuk platform dan juga alat ganti.
Selain itu model Gen-2 yang menjadi model pertama menggunakan enjin buatan negara dikenali sebagai Campro dikeluarkan ke dalam pasaran tempatan. Seterusnya, model Satria Neo untuk mereka yang inginkan sebuah kereta ranggi dan bergaya.
Tambahan pula, model kegemaran ramai Wira telah digantikkan dengan Persona yang berkekalan sampai ke hari ini. Model seterusnya seperti Preve, Exora, Suprima S dan Iriz telah dikeluarkan.
Walaupun pada masa ini jenama ini mula kurang dalam aspek populariti. Peminat tempatan masih meletak harapan tinggi untuk melihat kejayaan Proton kembali semula dan sejak bergabung dengan syarikat automotif China, Geely.
Photo from Proton
Model SUV seperti X50, X70 dan X90 disambut dengan baik oleh rakyat tempatan. Tak lama lagi mereka akan mengeluarkan segmen sedan dikenali sebagai S70 yang sudah menarik perhatian ramai dengan reka bentuk moden.
Kereta mana satu yang mereka pernah keluarkan jadi kegemaran korang?
Mungkin korang suka: