download Jom Explore app
Makanan Pantang Sunat: Petua Sihat Untuk Pemulihan

Makanan Pantang Sunat: Petua Sihat Untuk Pemulihan

Lifestyle
By Anthony Teo on 26 Dec 2023
Deputy Managing Editor

Antara banyak makanan pantang sunat, anda mesti pernajh dengar makan ikan haruan lepas bersunat, benarkah boleh cepat sembuhkan luka? Dari konteks agama Islam, hukum mengkhatankan anak itu adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan. Kini, hampir semua ibu bapa tidak kira agama dan bangsa mula mempertimbangkan prosedur ini.

Pemakanan pantang, kunci pemulihan sihat.Photo from Youtube | Mr. ACENG

Kesan daripada prosedur pembedahan pembuangan lebihan kulit alat kelamin ini, ia sudah tentu akan memerlukan sedikit masa untuk sembuh sama seperti prosedur-prosedur klinikal yang lain juga.

Menurut pakar perubatan luka khatan yang normal akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh 10 hari tetapi mungkin berbeza bergantung kepada individu. Tempoh luka berkhatan sembuh biasanya adalah antara 7 dan 14 hari.

Menu sihat, pemulihan lebih cepat setelah bersunatPhoto from kompas.com

Bagaimana untuk tahu jika luka sunat sudah sembuh? Selain dinilai dari segi rasa geli, sakit, ngilu dan pedih, ia juga boleh dilihat daripada pengelupasan keruping dan pembentukan parut yang dialami.

Makanan Pantang Sunat

Pilih makanan pantang sunat dengan berhati-hati.Photo from kompas,com

Selain daripada merawat luka pada alat sulit, ibu bapa juga perlu fokus kepada pemakanan anak anda. Untuk merangkumnya, pemulihan selepas prosedur berkhatan memerlukan perhatian khusus, termasuk pemilihan makanan yang sesuai. Sementara ekstrak ikan haruan, telur, nasi, kekacang, dan serbuk rempah kunyit boleh memberikan manfaat pemulihan yang penting, adalah penting untuk berunding dengan doktor bagi memastikan pemakanan yang dipilih sesuai dengan keperluan kesihatan anak.

Ekstrak Ikan Haruan

Ekstrak ikan yang sama boleh membantu mengecutkan dan mengecilkan kesan parut.Photo from Canva

Orang dahulu percaya bahawa ekstrak ikan haruan boleh membantu merawat luka selepas berkhatan. Menurut kajian seliaan Universiti Sains Malaysia (USM) pula, ekstrak ikan yang sama boleh membantu mengecutkan dan mengecilkan kesan parut pada alat sulit selepas prosedur bersunat berlangsung.

Serbuk Rempah Kunyit Antara Makan Pantang Sunat Yang Popular

Anda boleh memasukkan ia ke dalam minuman seperti air teh atau masakan seperti nasi goreng yang digemari mereka.Photo from Canva

Kunyit yang tinggi dengan kurkumin juga tentu sahaja bagus untuk anak anda yang bersunat. Ia memainkan peranan yang begitu penting dalam melancarkan lagi proses penyembuhan luka. Anda boleh memasukkan ia ke dalam minuman seperti air teh atau masakan seperti nasi goreng yang digemari mereka.

Telur Baik Untuk Pemulihan

Sumber protein, zat besi, zink, selenium, vitamin A dan B akan membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan.Photo from Canva

Telur Tidak kurang juga ramai yang percaya makan telur selepas berkhatan akan menyebabkan nanah pada alat kelamin. Tidak! Kenyataan itu hanya satu mitos dan sebaliknya telur mempunyai manfaat yang tersembunyi. Sumber protein, zat besi, zink, selenium, vitamin A dan B akan membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan.

Kekacang Mampu Hindari Jangkitan Mikrob

Nutrien seperti mineral mangan, magnesium dan vitamin E mampu bertindak sebagai antioksidan untuk membantu melawan kerosakan sel badan dan kulit selepas pembedahan.Photo from Canva

Kekacang terutama kacang badam dan gajus merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan nutrien terpenting iaitu protein, lemak, vitamin dan mineral. Mengapa ia bagus buat anak anda yang bersunat? Nutrien seperti mineral mangan, magnesium dan vitamin E mampu bertindak sebagai antioksidan untuk membantu melawan kerosakan sel badan dan kulit selepas pembedahan. Ia  jugan tinggi dengan kandungan yang mampu melindungi alat sulit daripada jangkitan mikrob.

Nasi Juga Kurang Hebatnya

Nutrien ini penting untuk proses penyembuhan luka pada kulit termasuk selepas prosedur berkhatanPhoto from Canva

Nasi adalah makanan ruji masyarakat kita yang tinggi karbohidrat. Nutrien ini penting untuk proses penyembuhan luka pada kulit termasuk selepas prosedur berkhatan. Nasi juga bakal meningkatkan penghasilan insulin yang turut menyumbang kepada manfaat di atas tadi.

Pantang yang tepat, pemulihan yang sempurna.Photo from Harian Metro

Ingatlah bahawa setiap individu mempunyai pengalaman pemulihan yang berbeza, dan tidak semua makanan pantang mungkin sesuai untuk semua orang. Maka, amalkanlah kebijaksanaan dalam memilih dan menyusun pemakanan bersunat, dan pastikan untuk memberikan sokongan dan penjagaan yang mencukupi bagi memastikan anak anda pulih sepenuhnya. Dengan penjagaan yang betul, proses pemulihan selepas berkhatan dapat menjadi lebih selesa dan berkesan bagi kesihatan anak anda.

Anda mungkin suka:

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok