Pangkat & Gelaran Yang Wujud Dalam Negara Kita Yang Diguna
Antara lambang membuatkan negara kita jauh lebih unik adalah gelaran serta pangkat khas yang sudah lama wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu. Gelaran diberikan masih digunakan sehingga ke hari ini dan masih ada individu yang cepat keliru dengan pelbagai gelaran yang telah wujud.
Sebelum negara kita dijajah, kita sedia maklum bahawa wujudnya beberapa negeri yang diketuai oleh raja. Raja tersebut diberi gelaran 'Sultan' manakala setiap orang penting dalam kerajaannya mempunyai pangkat serta gelaran masing-masing.
Walaupun setelah kita mencapai kemerdekaan sistem masih lagi diamalkan sehingga orang pun pening melihat banyak sangat pangkat yang ada. Kalau dahulu ada banyak sangat pangkat diwujudkan seperti Seri Bija Diraja, Seri Nara Menteri dan Seri Nara Diraja oleh Kerajaan Johor.
Kini pangkat yang sering kita dengar Datuk, Datuk Seri, Tan Sri dan Tun sehingga orang buat tak tahu sahaja. Tak terkejut sekalipun kalau kita memasuki alam perkerjaan perlu berkhidmat atau berurusan orang yang mempunyai pangkat yang disebutkan.
Photo from Astro Awani
Ada juga individu yang mudah keliru dengan perbezaan darjat setiap pangkat ini. Kalau macam tu, baca sampai habis untuk ketahui perbezaan setiap satu.
Pangkat Paling Popular: Dato' / Datuk
Photo from Berita Harian Sg
Rasanya hampir setiap orang Malaysia tahu tentang pangkat ini. Ada beberapa cara mudah untuk korang dapatkan gelaran ini cuma perlu bersabar iaitu pastikan korang mempunyai cucu. Jangan terlalu serius, min bergurau sahaja.
Oleh kerana terlalu ramai memegang pangkat ini, ramai orang tidak menganggapnya begitu istimewa. Itu tak campur dengan pelbagai berita buruk kita telah dengar orang memegang gelaran ini lagi membuatkan ramai orang meluat.
Bagaimana korang layak mendapatnya? Pangkat Datuk diberikan apabila individu menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN). Anugerah ini terhad kepada 200 orang je dalam satu masa.
Lagi satu cara adalah menerima pingat Panglima Setia Diraja (PSD) yang diberikan oleh budi bicara YDPA juga terhad kepada 200 orang sahaja. Selain itu, anugerah ini juga boleh diberikan mengikut negeri masing-masing.
Contohnya, untuk negeri Melaka yang menerima pingat Darjah Mulia Seri Melaka. Manakala, apa perbezaan Datuk dan Dato'? Sebenarnya takda beza pun pangkatnya cuma ejaan sahaja.
Photo from FB | Aaron Aziz
Gelaran Dato' pula diberikan oleh beberapa buah negeri seperti Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan banyak lagi. Untuk memudahkan orang biasa, ejaan yang digunakan adalah Datuk.
Ada Perbezaan Pulak Ke Untuk Dato' Seri & Datuk Seri
Photo from Beautiful Nara
Pangkat seterusnya yang jarang sedikit kita dengar kerana selalunya dipegang oleh menteri pangkat tinggi sahaja. Cuma ada perbezaan ke antara Dato' Seri dan Datuk Seri ke sama sahaja konsepnya macam Datuk.
Untuk pangkat ini terdapat perbezaanya tau dan ia menunjukkan darjat individu berbeza mengikut negeri yang menganugerahkannya. Sebagai contoh, kalau di negeri Selangor beliau merupakan penerima pingat Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.
Kalau untuk Datuk Seri pula hanya dua negeri sahaja boleh memberi gelaran ini iaitu Melaka dan Wilayah Persekutuan. Beliau perlu menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka dari Yang Di-Pertua Melaka. Manakala untuk Wilayah pula, beliau perlu menerima anugerah Seri Mahkota Wilayah dari Yang di-Pertuan Agong.
Photo from Harian Metro
Tetapi jangan terkejut kalau dengar gelaran Dato Sri pula. Haa.. yang ni khas daripada negeri Sarawak sahaja. Beliau perlu menerima pingat Panglima Bintang Negeri Sarawak dari Yang Di Pertua Sarawak.
Beliau Telah Mengharumkan Nama Negara: Tan Sri
Photo from mStar
Pangkat seterusnya pula adalah darjah kedua tertinggi yang dibahagikan kepada dua kelas. Haa.. antara individu yang memegang gelaran ini adalah seperti Tan Sri Michelle Yeoh, Jimmy Choo.
Memandangkan Tan Sri ada dua kelas apa yang korang perlu faham adalah untuk kelas pertama individu perlu menerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara. Anugerah ini dikurniakan kepada mereka yang ternama.
Selain itu, individu tersebut bertaraf tinggi yang telah beri perkhidmatan cemerlang kepada negara dalam apa jua lapangan. Tambahan pula, jangan terkejut kalau warga asing turut mendapat pangkat Tan Sri cuma ia lebih kepada anugerah kehormat.
Photo from Cinema Online
Untuk kelas pertama terhad kepada 75 orang sahaja. Bagi Kelas kedua, individu perlu menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota yang terhad kepada 250 orang pada satu masa.
Pangkat Paling Rare: Tun
Photo from eCentral
Perasan tak tak ramai individu dalam negara kita memegang gelaran Tun? Biasanya dapat dilihat pada orang besar sahaja seperti Tun Husein Onn, Tun Abdul Razak dan Tun Abdullah Badawi.
Hampir kesemuannya adalah bekas Perdana Menteri tetapi tidak semestinya hanya pemimpin negara sahaja layak dapat pangkat ini. Gelaran ini akan diberikan kepada individu kalau dia menerima darjah kebesaran sama ada melalui kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan.
Untuk kebesaran negeri akan diberikan oleh Sultan atau Yang Di Pertua negeri. Untuk kebesaran Persekutuan pula diberikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Syaratnya adalah pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berkorban serta berbakti pada negara. Selain itu, kepada para pembesar dan diplomat negara asing. Tetapi, kebesaran persekutuan pula ada beberapa jenis pangkat kebesaran yang dapat memberikan individu itu gelaran Tun.
Yang pertama adalah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang diberikan kepada mereka telah berjasa kepada negara selema beberapa waktu dengan penuh tanggungjawab. Ini dihadkan kepada 25 orang sahaja dalam satu masa.
Pangkat seterusnya adalah Seri Setia Mahkota (S.M.M) yang diberikan kepada mereka telah berjasa dengan penuh bertanggungjawab dan berpengaruh tinggi kepada negara. Menariknya, pada tahun 2017, hanya tiga rakyat Malaysia menerima gelaran Tun selepas menerima pangkat S.M.M
Photo from The Star
Beliau adalah Tan Sri Md Raus Sharif (Ketua Hakim Negara), Datuk Seri S Samy Vellu dan Tan Sri Michael Chen Wing Sum.
Haa.. apa pendapat korang tentang pangkat yang ada dalam negara kita? Masih keliru dan pening kepala tak setelah membacanya. Atau korang juga mempunyai cita-cita untuk cuba merangkul salah satu pangkat dalam kehidupan.
Mungkin korang suka baca: