Pantang Larang Orang Melayu Yang Selalu Kita Dengar Dulu-Dulu
Pantang larang merupakan salah satu budaya orang melayu yang semakin pudar akibat berlakunya arus pemodenan. Kebanyakkan pantang pun dianggap lapuk dan tidak lagi dipercayai berbanding orang dulu-dulu. Kemudian, mesti ada pantang yang selalu kita dengar yang semua orang boleh relate!
Membesar dalam suasana perumahan orang melayu memang tak lari daripada isu pantang. Orang kita memang cukup kaya dengannya satu masa dahulu yang dicipta oleh nenek monyang untuk memberitahu perkara yang tidak boleh dilakukan.
Selain itu, ia juga boleh dianggap sebagai bahasa sindiran atau kiasan yang popular oleh orang lama. Kalau tanya generasi dulu memang acap kali sangat telinga mereka kena berleter tentang setiap pantang larang yang dilanggarnya.
Namun, sedih betul apabila kebanyakkan perkara ini akan dilupakan oleh generasi seterusnya oleh kerana arus pemodenan. Oleh kerana ini merupakan salah satu budaya kita, sebaiknya kita mencuba untuk menyimpannya agar tidak hilang macam tu sahaja.
Kena ingat setiap pantang mempunyai tujuannya yang menjadi sesuatu kepercayaan masyarakat pada zaman tersebut. Ia juga digunakan untuk mendidik masyarakat tentang nilai murni dan budi bicara.
Photo from TW | Congkak KL
Oleh itu, ini 10 pantang larang yang biasa korang dengar waktu kecil dulu!
1. Jangan Lalu Bawah Ampaian - Nanti Pening Kepala
Photo from Pinterest
Rasanya waktu kita budak-budak dulu, frasa ini selalu sangat kita dengar. Dibebel oleh mak atau nenek jangan main bawah ampaian takut nanti pening kepala karang betul tak! Tapi pernah tak korang berfikir sejenak maksud sebenar mereka?
Waktu dulu-dulu mesin basuh ni tak wujud lagi apatah lagi kedai dobi layan diri. Orang kita kena basuh pakaian menggunakan kudrat tangan dan jemurnya menggunakan ampaian. Kalau kita pergi main bawah ampaian ada kemungkinan pakaian tersebut akan jatuh pada kita.
Kesannya, pakaian tersebut jadi kotor dan perlu dibasuh untuk kali kedua! Penat tau basuh pakai tangan.
2. Tak Elok Makan Berpindah Tempat - Nanti Kahwin Ramai
Photo from Pinterest
Haa.. ini selalu ditegur kalau kita kejap makan kat dapur, kejap makan depan tv memang kena bebel tak henti-henti. Ada tujuan kenapa ditegur, makan berpindah tempat ini nampak tidak baik dan kurang sopan.
Sebaliknya, makan di satu tempat sahaja secara tertib. Kemudian, kalau makan pindah ni kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya sepah. Kalau dah sepah satu tempat takkan nak pergi sepah tempat lain betul tak?
Penyelesaiannya mudah, makan secara tertib dan kemas selepas makan. Sejak ada telefon pintar ini tak perlu pun makan depan tv, lihat sahaja daripada telefon.
3. Anak Dara Tak Elok Duduk Di Tangga
Photo from Pinterest
Ini adalah pantang paling biasa didengari oleh anak dara pada zaman dulu. Lelaki jarang nak kena bebel sebegini rupa sebab tu ramai perempuan memang terasa sungguh kalau dengar daripada mak kita.
Perasan tak rumah kampung dulu mempunyai tangga tinggi depan pintu rumah. Kalau korang anak dara dah duduk kat situ tak ke susah orang nak lalu lalang keluar masuk rumah. Sebab itu tak manis anak dara nak duduk di tangga.
Sebenarnya bukan anak dara je, sesiapa pun tak elok!
4. Jangan Baring Meniarap Kaki Di Atas
Photo from neuroversiti
Ini min percaya hampir semua orang melakukan tindakan ini dari kecil sampai dewasa kelak. Setiap kali baring je mesti nak meniarap sambil kaki bermain di atas, lagi teruk kalau letak bantal kat kaki tu!
Kalau dulu sambil meniarap tu akan baca buku, buat kerja rumah atau berehat. Tetapi sekarang dah digantikkan dengan main telefon sambil mak nenek kita tak berhenti bebel menegur tak baik buat camtu.
Min pula rasa memang tak bagus pun meniarap, boleh sakit dada dan kaki pun terasa kebas pulak tu. Sebaliknya baring mengiring lebih selesa sebenarnya.
5. Anak Dara Tak Boleh Nyanyi Di Dapur
Photo from Pinterest
Rasanya ini antara pantang paling popular! Anak dara tak boleh nyanyi bila kat dapur kalau tidak nanti kahwin dengan orang tua. Siapa nak kan perkara seperti ini berlaku dalam hidup kita.
Terutama anak dara yang mengidamkan lelaki mempunyai paras rupa menawan. Sebab itu setiap kali mereka masuk ke dapur selalunya diorang akan elak menyanyi kalau taknak kena berleter panjang.
Sebaliknya kalau kita leka tengah sedap menyanyi kat dapur memang bahaya. Apa yang tengah masak boleh hangus, jari boleh terpotong dan silap-silap rumah boleh terbakar kerana terlalu menghayati sesi karaoke.
6. Selepas Makan, Tuang Air Sikit Dalam Pinggan
Photo from Pinterest
Perkara paling tak boleh dilupakan setiap kali makan di kampung adalah pinggan yang digunakan. Pinggan kaca memang membuatkan masakan kampung menjadi lebih sedap betul tak?
Kemudian, selesai je makan nenek kita akan pesan untuk tuang air sikit dalam pinggan tersebut kalau tidak rezeki jadi kering. Sebaliknya, masakan orang melayu ini kan penuh berminyak dan macam-macam la.
Apabila digaulkan dengan nasi dan lauk lain. Ia mungkin akan menyebabkan pinggan tersebut susah untuk dibasuh! Lauk tu semua akan melekat apabila sudah kering. Oleh itu, tuang air sedikit supaya dapat elak perkara ini.
7. Jangan Potong Kuku Waktu Malam
Photo from Pinterest
Min segar lagi dalam ingatan kena tegur dengan nenek waktu kecil dahulu. Jangan sesekali potong kuku pada waktu malam kalau tak nanti isi jari akan luka atau terpotong sekali. Seram betul kalau dengar kan?
Biasalah orang dulu-dulu takda lampu macam kita sekarang. Hampir semuanya dulu menggunakan minyak tanah yang dijadikan sebagai lampu malam. Lampu itu pula tidak begitu terang.
Ini menyebabkan malam kelihatan malap. Kalau kita potong kuku waktu malap ini ada kemungkinan isi kita turut dipotong sekali. Tetapi rasanya dah tak boleh pakai mengikut konteks arus zaman sekarang!
Haa.. ini 7 pantang larang yang cukup popular dan selalu kita dengar waktu kecil dulu-dulu. Adakah korang masih percaya dan ikut setia pantang ini atau pernah dengar pantang lain yang berbeza. Kalau ada cerita dekat main
Mungkin korang suka: