download Jom Explore app
Lelaki Paling Kaya Dalam Sejarah Datang Daripada Afrika?

Lelaki Paling Kaya Dalam Sejarah Datang Daripada Afrika?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 26 Oct 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Nilai kekayaan dapat menjamin kelangsungan hidup kita sebab itu ramai orang berlumba untuk jadi paling kaya dalam dunia. Walau bagaimanapun, hanya ada seorang lelaki sahaja yang masih kekal memegang taktha sebagai manusia paling kaya dalam sejarah sehingga kini dan korang akan terkejut kalau dapat tau siapa.

Kalau kita bayangkan individu paling kaya dalam dunia memang mudah untuk ceritakan. Individu seperti Elon Musk, Bill Gates, Jeff Bezos dan Bernard Arnault sangat sinonim dengan kekayaan harta mereka.

Nilai kekayaan yang dicapai oleh lelaki ini menjadikannya paling kaya dalam dunia tidak boleh dibayangkan. Namun, mereka masih jauh lagi untuk mengejar manusia paling kaya dalam sejarah kita. Siapakah individu tersebut?

Beliau bernama Mansa Musa, seorang pemerintah empayar Afrika Barat pada abad ke-14. Empayar beliau kini terletak di Mali yang merupakan antara negara paling miskin mengikut U.N. Human Development Index.

Kekayaan yang dicapai oleh Musa memang tidak dapat dibayangkan mengikut sejarahwan. Ini kerana beliau mempunyai pelbagai sumber untuk menjana pendapatan seperti emas, garam dan juga tanah menjadikannya lelaki paling kaya.

Beliau merupakan seorang Raja daripada Empayar Mali di kawasan Afrika BaratPhoto from TW | africanupdates

Musa juga pernah meruntuhkan ekonomi sebuah negara mengakibatkan inflasi selama 10 tahun sehingga tahap bankrap sekalipun! Bagaimana sebenarnya Musa berjaya mencapai kekayaan beliau.

1. Siapakah Mansa Musa Dan Empayar Mali?

Siapakah Mansa Musa dan Empayar Mali?Photo from Pinterest

Dalam bahasa Mandika, "Mansa" bermaksud sultan atau maharaja. Kanka Musa (nama sebenar beliau) direkodkan lahir pada tahun 1280 AD semasa Dinasti Keita dan memerintah Empayar Mali dari tahun 1312 sehingga 1337. Beliau membawa empayar ini ke puncak zaman kegemilanganya.

Musa dibesarkan dalam keluarga diraja dan mendapat kuasa sekitar tahun 1312 AD apabila abang beliau, Mansa Abu-Bakr menurun takhta. Alasannya adalah untuk melakukan sebuah ekspedisi di laut yang memerlukan kos yang sangat tinggi.

Menurut sejarah, Shibab al-Umari, Abu-Bakr mempunyai minat mendalam terhadap pengembaraan di Lautan Atlantik. Beliau dikatakan berlayar dengan armada sebanyak 2,000 kapal dan beribu rakyat lelaki dan peremuan dan hamba. Malangnya, Abu-Bakr tidak pernah pulang kembali dan nasibnya tidak diketahui.

Akibat daripada ekspedisi ini, Musa menggantikan tempat abangnya sebagai Sultan Ke-9 untuk Empayar Mali. Pada waktu itu sahaja, empayar ini sudah menjadi antara empayar paling kaya.

Empayar Mali pula wujud dari tahun abad ke-13 sehingga ke-17. Tanah jajahanya terletak di kawasan kini dikenali sebagai Mali, Senegal, Gambia, Guinea, Mauritania, sebahagian Niger dan Burkina Faso. Empayar ini ditubuhkan oleh Sundiata Keita, seorang pahlawan raja pada tahun 1230.

Walaupun empayar ini terkenal dengan kekayaan, budaya serta sistem pendidikan cukup maju untuk waktu itu. Bandar Timbuktu merupakan ibu kota empayar ini menjadi antara pusat pengajian utama di kawasan Afrika. Bandar ini mempunyai banyak universiti dan madrasah serta terkenal dengan perpustakaanya yang mengandungi ribuan manuskrip tentang pelbagai subjek sains, matematik, perubatan dan sastera.

Di bawah pemerintahan Sundiata Keita dan pengganti beliau, Empayar Mali menjadi sangat berkuasa dan kaya di tanah Afrika. Mereka sangat terkenal dengan sumber emas yang banyak digunakan untuk membayar kos membina bangunan seperti Great Mosque of Djenne.

Great Mosque of Djenne yang masih kekal sehingga kiniPhoto from Pinterest

Namun, kemuncak empayar ini bermula dengan kepempinan Mansa Musa.

Meraih Kekayaan Melalui Emas, Garam & Tanah

Keluasan tanah jajahan empayar di bawah pemerintahan MusaPhoto from TW | Neferfej

Mansa Musa merupakan seorang pemimpin mempunyai visi yang jauh kerana beliau telah mengembangkan kekayaan dan kuasa empayar Mali. Menurut Muzium Britsih, mereka menjangkakan Empayar Mali menjadi pengeluar emas paling banyak dan besar dalam dunia pada waktu itu.

Separuh daripada bekalan emas dunia dihasilkan daripada Mali. Selain itu, Musa mengetahui betapa pentingnya untuk menjual hasilnya berjaya mengembangkan perdagangan di kawasan ini. Hasil daripada usaha ini? Kekayaan beliau melonjak dengan sangat tinggi.

Apa yang beliau jual? Empayar Mali menghasilkan emas, garam dan gading gajah menurut National Geographic. 3 benda ini adalah benda yang lumayan pada waktu itu dan mendapat permintaan tinggi tau.

Kekayaan beliau bukan datang daripada sini sahaja. Musa berjaya kembangkan tanah jajahan membentang lebih dari 3,000 km dari Lautan Altantik sehingga ke kawasan Niger. Beliau menggabungkan lebih 24 bandar termasuk Timbuktu dan tidak pernah sekali kalah dalam petempuran.

Banyak wilayah lain mengambil keputusan untuk menyertai Empayar Mali secara rela hati kerana kualiti hidup yang lebih tinggi berbanding wilayah mereka. Sehingga kini ramai sejarahwan tidak dapat anggarkan nilai bersih yang dimiliki oleh Musa pada zaman sekarang.

Membekalkan separuh daripada bekalan emas dunia pada satu masa ketika ituPhoto from Pinterest

Ini kerana sukar untuk mengira dengan tepat kekayaan berdasarkan emas, garam dan tanah. Namun, ramai letak anggaran USD400 billion hingga USD500 billion dan bersetuju lebih kaya daripada yang dapat digambarkan oleh sesiapa.

Bagaimana Musa Belanjakan Hartanya?

Gambaran beliau memulakan perjalanan ke MekahPhoto from IG | mansamusa

Mesti ramai nak tahu bagaimana Musa menggunakan hartanya betul tak? Kalau kita ada duit sebanyak tu pun kemungkinan kita akan pening kepala nak belanja dekat mana. Mungkin min akan beli tanah je sekitar lembah klang ni.

Cara Musa membelanjakan hartanya bermula dengan perjalanannya ke Mekah yang dianggap sebagai "lawatan paling mewah dalam sejarah manusia". Perjalanan ini dikatakan bermula pada tahun 1324 dan berakhir setahun selepas itu.

Beliau mempunyai visi untuk mengembangkan namanya kepada dunia. Perjalanan ini melangkaui padang pasir sejauh 6,500 km adalah peluang yang terbaik beliau ada. Menurut BBC, Musa meninggalkan Mali dengan pengikut sebanyak 60,000 lelaki dan wanita daripada pengawai kerajaan sehingga pemandu unta dan hamba.

Kemudian, kebanyakkan pengembara ini memakai kain sutera dari Parsi dan sutera emas dari kepala hingga ke kaki termasuk hamba. Sebanyak 100 ekor unta membawa beg penuh dengan emas tulen.

Perjalanan ini membawa Musa dan pengikutnya melalui padang pasir Sahara dan Mesir sehingga ke Cairo. Di sini beliau membelanjakan hartanya menggunakan emas di kota terkenal ini. Beliau membelanjakan terlalu banyak emas sehingga menjejaskan kestabilan ekonomi tempatan dan telah menyebabkan inflasi memberi kesan selama 10 tahun selepas pemergiannya.

Setelah kembali semula dari kota Mekah, beliau membina dan menghidupkan bandar dalam tanah jajahannya. Beliau bekerja dengan cendekiawan Islam dan arkitek dari Andalusia (Sepanyol) bernama Abu Es Haq es Shaeli dan membayar mereka sebanyak 200kg emas.

Beliau turut membina sekolah, perpustakaan, masjid serta menjadikan bandar Timbuktu sebuah pusat budaya dan pendidikan. Akhirnya, Musa meninggal dunia pada tahun 1337 pada usia 57 tahun dan digantikan oleh anak-anaknya.

Legasi beliau masih menjadikannya lelaki paling kaya dalam sejarah walaupun pada masa kiniPhoto from IG | mansamusa_official

Malangnya akibat perebutan harta dan kuasa empayar kaya ini runtuh dan hanya kisah Musa menjadi legasi pada hari kini.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok