download Jom Explore app
Berat Badan Tak Turun? Ini Langkahnya Yang Lebih Sihat

Berat Badan Tak Turun? Ini Langkahnya Yang Lebih Sihat

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 23 Aug 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Setiap orang pasti ingin menurunkan berat badan untuk mencapai bentuk badan ideal sekali seumur hidup. Memiliki badan yang ideal pasti dapat mengubah hidup kita kerana ia dapat menjaga tahap kesihatan dan kesejahteraan kita tau.

Oleh itu kenapa masih ramai gagal untuk mendapatkan badan ideal mereka? Haa.. selalunya ramai tak sedar yang kebanyakkanya melakukan cara yang salah tau! Apabila langkah korang saja dah salah, confirm korang akan hilang motivasi.

Disebabkan itu, masih ada masa untuk korang memperbetulkan segala kesilapan kalau korang masih dalam program untuk menguruskan badan dan mencapai badan ideal. Selain itu korang juga perlu mempunyai disiplin yang tinggi tau.

Maklumlah, untuk menurunkan berat badan ni bermula dengan gaya hidup kita. Kalau kita tak biasa melakukan aktiviti fizikal dengan kerap, kita akan rasa 'terkejut' dan mengalami beberapa fasa sakit.

Semua Pasti Teringin Memiliki Badan Ideal Macam Model KanPhoto from Pinterest

Ini kerana badan kita tidak selesa dan tak terbiasa dengan perubahan gaya hidup secara mendadak. Dengan itu, apa kata kalini Min bantu korang perbetulkan kesilapan yang korang lakukan untuk menurunkan berat badan dengan sihat. Jom!

Sediakan Satu Matlamat & Pelan Kukuh!

Sediakan Satu Pelan Yang Realistik Supaya Dapat Kekal MotivasiPhoto from Pinterest

Perjalanan untuk menguruskan berat badan dengan sihat bermula dengan matlamat dan pelan yang kukuh. Kebanyakkannya selalu meletakkan matlamat untuk kurus dan capai badan ideal.

Tetapi, mereka tidak sedar kadang kala untuk kurus dan memiliki badan ideal seperti supermodel bukanlah satu perkara mudah dan memerlukan beberapa tahun untuk mencapai matlamat tersebut.

Apabila mereka mula sedar yang ia memerlukan masa yang lama, mereka mula hilang motivasi untuk menurunkan berat badan lalu berhenti secara pramatang. Oleh itu, apa kata korang letak satu matlamat yang realisitik untuk elakkan perkara ini.

Contohnya, jika berat badan korang adalah 80 kilogram, tetapkan sasaran untuk kurangkan 10% daripda 80 kilogram bersamaan 8 kilogram dalam masa 6 bulan sehingga setahun. Maksudnya, sasaran berat badan yang korang perlu capai adalah 72 kilogram.

Haa.. apabila matlamat korang lebih realistik, korang akan lebih motivasi dan tahu sejauh mana yang korang perlukan untuk memastikan sasaran korang tidak terlari tau. Jangan risau, penurunan berat badan secara mendadak pun tak sihat.

Kena Ada Pelan Yang Kukuh Barulah Tau Nak Buat ApaPhoto from Pinterest

Paling penting adalah mengekalkan sikap optimis untuk memastikan korang tidak akan putus asa sepanjang perjalanan untuk mencapai matlamat.

Mengubah Corak Pemakanan Menjadi Lebih Sihat

Makanan Negara Kita Bukan Senang Nak TinggalkanPhoto from Pinterest

Antara masalah paling susah dalam perjalanan menurunkan berat badan adalah corak pemakanan kita! Haih biasalah, makanan dekat negara kita berbeza daripada negara lain. Semuanya sedap dan mempunyai daya tarikan tinggi.

Takkanlah korang tidak pernah tergoda melihat sepinggan nasi lemak ayam goreng atau lauk nasi campur sedang memanggil korang untuk menikmatinya! Haa.. sebab itulah bukan senang untuk mengubah corak pemakanan kita.

Namun, untuk menurunkan berat badan korang perlu ubah corak pemakanan menjadi lebih sihat bermula dengan mengurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak seperti makan goreng, bersantan dan mengandungi lemak haiwan.

Korang juga boleh mula masak tidak menggunakan minyak seperti mengukus, merebus dan memanggang. Korang boleh gunakkan minyak tetapi gunakan dalam kadar yang sedikit sahaja.

Lebihkan Sayur-Sayuran Dalam DIet KorangPhoto from Pinterest

Selain itu lebihkan sayur-sayuran, ulam dan buah yang berkalori rendah untuk membuatkan korang lebih kenyang dalam masa yang lebih lama dan cuba elakkan makanan bergoreng dalam satu hidangan pada waktu tengahari atau malam tau.

Potong Terus Kandungan Gula

Kurangkan Gula Dalam Pemakanan Korang!Photo from Pinterest

Haa.. bahan paling susah untuk buang dalam makanan adalah gula tau! Tak ramai boleh hidup tanpa gula dalam makanan ataupun minuman mereka. Ini kerana lidah kita sudah tersangat biasa dengan rasa manis.

Untuk turun berat badan, korang wajib potong gula tau kerana gula dapat merangsang kadar insulin yang paling banyak. Insulin pula memang terkenal sebagai hormon penyimpan lemak utama dalam badan kita.

Apabila kadar insulin menurun, lemak akan lebih mudah untuk keluar dan badan kita akan mula membakar lemak secara semulajadi. Pembakaran lemak boleh berlaku apabila kita bersenam, melakukan aktiviti fizikal dan menjaga pemakanan kita.

Selain itu, buah pinggang kita dapat membuang natirum dan air berlebihan daripada badan dan mengurangkan perut buncit yang tidak diperlukan! Sebaliknya, pastikan korang kekalkan diet yang tinggi dengan kandungan serat.

Amalkan Minum Air Putih Untuk Kurangkan GulaPhoto from Pinterest

Oh, jangan lupa untuk kurangkan kanji yang mengandungi karbohidrat yang tinggi juga!

Tingkatkan Tahap Aktiviti Fizikal Korang

Pergi Ke Gym Sekurang-Kurangnya 3-4 Hari SemingguPhoto from Pinterest

Macam Min dah kata sebelum ini, untuk menurunkan berat badan gaya hidup korang perlu berubah sepenuhnya. Korang perlu tingkatkan tahap aktiviti fizikal korang supaya badan korang akan kekal sihat dan dapat membakar lemak dengan efisien.

Min rekomenkan korang untuk pergi ke gim sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu dengan jadual yang tetap tau. Gim merupakan tempat yang sesuai untuk membantu korang fokus kepada matlamat menurunkan berat badan.

Ini kerana terdapat pelbagai peralatan dan mesin yang akan membantu korang fokus kepada beberapa bahagian otot pada badan kita sekaligus membakar lemak dan membina otot. Senaman juga dapat tingkatkan metabolisme korang jugak tau.

Ini bagus kerana dapat melepaskan stress sambil menenangkan fikirang korang tau. Selain itu, min galakkan korang untuk berjalan, berbasikal, berenang dan lakukan apa jua senaman kardiovaskular!

Cuba Cari Sukan Yang Korang Suka Untuk Kekal FItPhoto from Pinterest

Setiap senaman kardiovaskular akan memastikan badan korang kekal fit dan aktif sambil membakar lemak dalam badan. Bukan itu je, kalau korang ada hobi bersukan seperti main bola sepak atau bola keranjang itu pun sudah cukup untuk pastikan badan korang aktif!

Bukan Senang Untuk Dapatkan Badan Ideal Kita

Kalau korang nak tahu, untuk dapatkan badan ideal idaman kita bukanlah satu perkara yang mudah. Korang perlukan disiplin sangat tinggi untuk mengubah gaya hidup sepenuhnya tau.

Tak ramai sanggup untuk tinggalkan beberapa perkara dalam hidup seperti gaya makan ataupun kerajinan untuk bersenam. Tetapi kalau korang ikuti langkah yang Min syorkan ada kemungkinan korang akan berjaya turun berat badan tau.

Oleh itu, apa kata kalini korang cuba ikut semua langkah ini.

Korang mungkin suka baca ini:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok