download Jom Explore app
3 Pemain Bola Sepak Untuk Ngorat Crush!

3 Pemain Bola Sepak Untuk Ngorat Crush!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 11 Aug 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Lelaki ni kalau tak banyak hobi pasti ada pelbagai benda yang dia minat. Ini penting kerana ia akan memupuk serta membina personaliti lelaki itu. Sebab itulah sebagai perempuan wajib cuba memahami minat crush lagi-lagi dia kaki bola sepak yang wajib lepak mamak hujung minggu.

Tidak dapat dinafikan sukan bola sepak memang popular dalam negara berbanding sukan lain. Bola sepak merupakan sukan paling popular dalam dunia tau sehinggakan hampir setiap negara mempunyai kelab bola sendiri. Daya tarikan bola sepak memang tidak dapat ditandingi dengan anggaran 4 billion peminat tegar sukan ini.

Terdapat pelbagai elemen yang menyebabkan ramai orang minat sukan ini. Tetapi untuk perempuan korang perlu faham bahawa bola sepak dapat memupuk semangat yang penting bagi seorang lelaki!

Kalau crush korang kaki bola, dia wajib mempunyai pemain kegemaran dan Min faham korang tak kenal pemain bola kecuali pemain tersebut memiliki wajah kacak seperti David Beckham.

Namun, kalau korang nak menarik perhatian crush idaman korang. Apa kata korang ambil tahu pasal 3 pemain utama ini! Min confirm crush korang akan cair kalau dia dapat tahun korang pun ambil tahu pasal bola sepak.

Inilah Aktiviti Yang Ramai Lelaki Suka Tetapi Wanita Tak SukaPhoto from TW: myjoe_

Jangan risau tak susah pun nak ingat pasal diorang ni, jom tengok siapa pemain tersebut!

Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo Merupakan Idola Untuk Semua LelakiPhoto from Pinterest

Tiada nama yang lebih ikonik dan megah dalam dunia bola sepak kalau bukan Cristiano Ronaldo. Beliau bukan sahaja merupakan antara pemain terbaik dalam sejarah sukan ni, malah, beliau seorang ikon yang meningkatkan populariti sukan ini.

Kemahirannya sangat luar biasa bercampur dengan disiplin dan semangat untuk mencapai kemenangan menjadikan beliau seorang pemain yang diminat ramai lelaki termasuklah crush korang.

Beliau dilahirkan pada 5 Februari 1985 di Madeira, Portugal. Beliau lahir dalam keadaan daif namun, bola sepak merupakan minat beliau sejak usia muda lagi. Ayahnya merupakan seorang pemain dalam kelab pasukan tempatan memperkenalkan sukan ini kepada Ronaldo dan tidak lama kemudian bakatnya mula muncul.

Keupayaan Ronaldo membuatnya mendapat tempat di akademi Sporting Lisbon untuk menunjukkan kemahirannya dan menarik perhatian dari kelab besar Eropah. Lalu, beliau berpindah ke Mancester United pada 2003 sebuah kelab gergasi dalam Liga Inggeris Perdana.

Bermulahlah kariernya mengukuhkan sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia. Kombinasi kepantasan dan kemahiran Ronaldo menetapkan standard baru dalam kelabnya waktu itu. Kerjasama beliau dengan pengurus lagenda, Sir Alex Ferguson berjaya meningkatkan perkembangan beliau menjadi lebih tinggi.

Setelah meninggalkan Manchester United, beliau pindah ke Liga Sepanyol untuk bermain di kelab gergasi, Real Madrid. Beliau menang pelbagai anugerah dan piala menjadikannya seorang pemain bola sepak yang tiada tandingannya.

Beliau Telah Mencapai Pelbagai Anugerah Dalam Karier BeliauPhoto from Pinterest

Kini beliau bermain untuk Liga Saudi Arabia untuk kelab Al-Nassr FC, Ronaldo merupakan inspirasi kepada setiap lelaki yang ingin menjadi sepertinya. Kalau korang tahu pasal beliau dan sejarahnya, crush korang pasti akan jatuh cinta kerana korang ambil berat tentang minat dia!

Lionel Messi

Lionel Messi, Nama Popular Yang Pasti Dikenali Orang RamaiPhoto from Pinterest

Sama seperti watak Kim Bok Joo dalam drama Korea, Weightlifting Fairy Kim Bok Joo yang menyebut nama pemain ini untuk mengorat crush dia. Taktik ini memang efektif untuk korang gunakan!

Boleh dikatakan sama taraf macam Cristiano Ronaldo, Lional Messi merupakan nama gergasi dalam sukan bola sepak. Kerana bakat beliau telah memberi inspirasi kepada ramai orang untuk bermain bola sepak termasuklah crush korang yang mesti pernah mencuba untuk meniru gaya permainan Messi.

Beliau dilahrikan di Rosario, Argentina. Lionel Andres Messi menunjukkan bakatnya dalam bola sepak sejak umur muda lagi. Beliau menggunakan saiz kecilnya untuk menggelecek melepasi beberapa pemain yang lebih besar serta kehebatan beliau mengawal bola menjadikannya sebuah pemain yang hebat.

Kariernya mula berubah pada usia 13 tahun apabila dia pergi ke Sepanyol untuk menyertai akademi remaja FC Barelona, La Masia. Kelab gergasi ini membantu mengembangkan gayanya serta menyokong perkembangan bakatnya.

Messi menjadi pemain hebat apabila dibimbing di bawah jurulatih Frank Rijkaard dan Pep Guardiola! Gaya permainan yang membolehkannya melepasi pertahanan membuat pihak lawan bingung melihatnya lalu menjaringkan gol dengan kehalusan dan kepantasan.

Keupayaanya untuk melampaui perkara biasa dan mengubahnya tahap pemainan bola sepak lebih tinggi menjadikan namanya lebih ikonik! Persaingan Messi dengan Cristiano Ronaldo sentiasa mendominasi perbualan peminat bola sepak setiap hari.

Korang kena tahu crush korang minat Messi ataupun Ronaldo barulah korang boleh berborak lebih panjang dengan crush supaya dia tahu korang bukan tangkap muat sahaja tetapi korang memang tahu pasal bola sepak!

Beliau Turut Menjadi Pemain Yang Pernah Menang Piala DuniaPhoto from Pinterest

Kini, beliau bermain untuk Inter Miami CF di Liga Amerika Syarikat untuk mengembangkan bakatnya serta mencapai status lebih tinggi dalam kariernya.

Kylian Mbappé

Pemain Muda Ni Senang Nak Kornag Lihat Perkembangan MerekaPhoto from Pinterest

Selain daripada Ronaldo dan Messi, pemain muda ini merupakan generasi baru yang mempunyai bakat sama seperti dua pemain lagenda sebelum ini. Kylian Mbappe merupakan nama sinonim dalam hati peminat bola sepak.

Kalau korang tanya crush korang, dia pasti mengenali pemain muda ini kerana bakatnya dan pencapaianya pada umur sangat muda. Kelebihan serta usaha beliau untuk tingkatkan gaya permainanya membuatkan Mbappe seorang pemain mempunyai potensi yang lebih tinggi.

Beliau juga ditawarkan kontrak paling mahal tau dari kelab Arab Saudi, Al-Hilal sebanyak 776$ M bersamaan RM 3 Billion tau! Haa.. kalau korang nak cuba masuki dunia bola sepak untuk menang hati crush apa kata korang pilih Mbappe sebagai pemain kegemaran korang!

Beliau dilahirkan di Paris, France telah menunjukkan bakatnya pada usia muda. Beliau membesar dalam keluarga yang gila bola sepak, Mbappe menyertai akademi remaja kelab terkenal Perancis AS Monaco selepas menarik perhatian jurulaih.

Kehebatan beliau mendapat tumpuan setelah membantu AS Monaco untuk meraih kemenangan Ligue 1 dan membawa mereka ke separuh akhir Liga Juara UEFA. Kemantangannya dalam padang bola sepak membuatkan namanya menjadi sensasi menarik perhatian beberapa kelab gergasi Eropah.

Seterusnya, beliau membantu Perancis meraih kemenangan kedua Piala Dunia pada tahun 2018 menunjukan beliau seorang pemain yang mempunyai potensi tinggi dan berpindah ke Paris Saint-German (PSG) untuk membuktikan dirinya sebagai salah seorang penjaring paling hebat di Eropah.

Walaupun Muda, Mbappe Merupakan Pemain Yang Sangat Hebat!Photo from Pinterest

Haa.. selepas ini apa kata korang sebut je 3 nama pemain bola ini untuk menarik perhatian crush! Mana tau lepas ni dia akan ajak korang tengok bola pada hujung minggu ke ataupun belanja korang tiket bola untuk melihat keindahan sukan ini secara live. Selamat mencuba!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok