download Jom Explore app
Tips Mudah Halau Serangga Perosak Dari Rumah!

Tips Mudah Halau Serangga Perosak Dari Rumah!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 12 Jun 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Rumah adalah tempat berlindung bagi kita ibarat syurga di dunia untuk kita berehat dalam privasi. Tetapi, nikmat yang seing kali diganggu oleh kehadiran serangga perosak yang boleh menyebabkan tunggang terbalik kediaman syurga kita. Lagi-lagi kalau ada lipas terbang dalam rumah, Min sekali terbang keluar rumah.

Maklumlah, siapa je sanggup hidup bersama serangga perosak kan? Tidak kisahlah apa jenis sekali pun. Serangga perosak menjadikan rumah kita juga sebagai tempat berlindung dan tempat makan sampaikan kita sendiri rasa tak selesa dengan kehadiran mereka.

Bukan sahaja mereka menggangu kita malah, mereka turut merosakkan perabot dan bahagian-bahagian mahligai kita! Ada yang turut mempunyai bisa yang boleh menyebabkan kesihatan kita pun terancam.

Boleh Sakit Kepala Nak Hapuskan Serangga PerosakPhoto from Canva

Haa.. min faham sangat, sudah pelbagai cara korang gunakan untuk menghalau setiap jenis serangga perosak tetapi mereka masih berdegil dan ingin tinggal sekali dengan kita.

Takpa, korang ikuti tips yang Min kongsikan ni untuk halau serangga sepenuhnya dan selesaikan masalah korang. Ayuh!

Bukan Dalaman Rumah Sahaja Kena Bersih, Sekitar Kawasan Pun Kena Kemas!

Pastikan Korang Mop Lantai Sebersih-Bersihnya!Photo from Canva

Sering kali kita mendengar petua-petua orang lama tentang kepentingan rumah yang bersih dan kemas akan menyebabkan banyak serangga tidak berani mendekati lagi-lagi waktu kita kecil dahulu!

Iya, petua tersebut memang betul dan tidak dinafikan bahawa menjaga kebersihan adalah tips utama yang korang perlu lakukan. Tetapi, skala kebersihan macam mana korang sudah lakukan? Adakah korang membersihkan setiap suduh rumah? ataupun korang terlepas pandang pada bahagian-bahagian kecil yang tersembunyi dari mata korang!

Haa.. sebab itulah bukan rumah sahaja kena bersih, sekitar kawasan rumah pun korang perlu menitikberatkan supaya tiada sarang serangga perosak menghidap. Serangga tertarik pada sisa makanan dan persekitaran yang kotor. Jadi, fokus kepada cara korang membuang sampah dan juga kebersihan tong sampah korang.

Vakum Bucu Bucu Untuk Membuang Segala Kotoran Tak NampakPhoto from Canva

Pastikan tiada kesan sisa makanan basi ataupun air bertakung yang merupakan habitat sesuai untuk serangga. Pastikan korang sapu dan vakum setiap kawasan rumah dan bersihkan sebarang sisa makanan dengan segera untuk elakkan perkara ini berlaku.

Melalui penghapusan dan membersih dengan teliti, korang akan perasan rumah akan kurang diambil perhatian oleh serangga perosak ini.

Pasang Pelindung Tingkap Dan Menutup Celah-Celah Lubang Masuk Yang Tak Nampak

Kerosakan Rumah Boleh Menyebabkan Serangga Jadikan HabitatPhoto from Canva

Negara kita memang sangat terkenal dengan cuacanya yang turut mempunyai 4 musim. Tetapi, musim panas adalah musim paling sinonim sebagai rakyat Malaysia betul kan?

Kerana itu, sudah menjadi lazim korang akan membuka tingkap untuk membiarkan angin masuk ke dalam untuk menyejukkan rumah serta menghilangkan bau-bau kurang enak.

Tetapi, ini turut menghasilkan masalah juga kerana serangga turut boleh memasuki rumah kita secara tanpa sedar. Kerana saiz mereka yang kecil dan sukakan kawasan gelap di bucu sudut rumah. Mereka akan mengambil peluang ini untuk memasuki rumah untuk membina habitat ataupun sarang,

Sebab itulah korang sangat memerlukan pelindung tingkap untuk menghalang serangga luar masuk ke dalam walaupun korang buka tingkap seluas-luasnya. Pelindung hanya menghalang serangga kecil masuk dan membenarkan udara luar masuk untuk menyejukkan rumah korang tau.

Bucu-bucu Rumah Memang Kegemaran SeranggaPhoto from Canva

Selain itu, periksa rumah korang untuk mencari sebarang kerosakan kecil seperti retakan, celah-celah ataupun lubang yang serangga boleh gunakan untuk masuk. Korang perlu menutup di kawasan ini kerana retakan, lubang dan sudut gelap adalah habitat cantik untuk serangga perosak membiak.

Fokus juga kepada celah tingkap, pintu dan lubang utiliti untuk menghalang jalan masuk mereka sekaligus mengurangkan bilangan serangga masuk ke dalam rumah korang!

Menggunakan Resipi Herbal Yang Bersesuaian Dengan Jenis Serangga

Menggunakan Racun Perosak Boleh Mengancam KesihatanPhoto from Canva

Membeli racun perosak merupakan antara solusi pantas korang boleh lakukan untuk membunuh serangga yang berada di depan mata korang. Tetapi ia hanyalah solusi sementara dan bukan selama-lamanya.

Racun perosak juga tidak bagus digunakan kerana racun tersebut turut boleh memberi kesan kepada kita pada jangka masa yang panjang tanpa kita sedar pun. Haa.. sebab itulah petua yang menggunakan bahan organik asli sangat popular sering kali di kongsikan di platform media sosial.

Antara petua yang popular adalah menggunakan minyak pati yang mempunyai pelbagai bau seperti lavender, peppermint,eucalyptus dan serai wangi akan menghasilkan bau yang kuat yang tidak disenangi oleh berberapa serangga perosak.

Selain itu, korang turut boleh menggunakan campuran air dan cuka, baking soda ataupun kayu manis yang bersesuaian dengan jenis serangga perosak yang sering muncul dalam rumah korang untuk menghaspukan habitat-habitat mereka.

Menggunakan Bahan Seperti Cuka Dapat Menghapuskan Banyak Serangga PerosakPhoto from Canva

Fokus kepada kawasan yang korang perhatikan terdapat banyak serangga perosak seperti dapur untuk menghapuskan sepenuhnya habitat mereka sekaligus mengurangkan jumlah serangga perosak di sekitar kawasan rumah korang.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok