Tips Mudah Move On Cepat Dari Ex Korang!
Bercinta ni merupakan satu fasa sangat indah kan? Tapi, tak semuanya indah berkekalan dan masih ramai tidak mengetahui cara paling cepat untuk move on daripada ex yang dah berkenalan bertahun-tahun kan. Haa.. sebab itulah Min nak kongsikan cara paling cepat untuk korang move on daripada dibelenggu kesedihan!Fasa tidak boleh lupakan ex adalah fasa paling sedih sekali kerana ada yang mengambil masa seminggu, berbulan ataupun bertahun-tahun untuk melupakan ex dan sembuh sepenuhnya. Ini kerana memori percintaan yang sukar dilupakan menyebabkan proses menjadi sukar.
Tapi, korang jangan risau. Fasa ini sama seperti fasa-fasa sebelum ini, ia akan berlalu pergi dan Min faham berpisah dengan seseorang yang disayangi memang bukan satu perkara yang mudah tau tetapi korang perlu bangun semula untuk menjadikan hidup korang lebih bahagia!
Photo from Canva
Haa.. perancangan yang betul akan lebih membantu korang kalini untuk move on daripada ex tanpa gagal supaya korang tidak menderita lagi sepanjang tempoh 'healing' ini.
Nak tahu apa tips Min nak kongsi kan? Baca sampai habis tau!
Takkan Nak Sedih Bertahun-tahun? Buat Satu Pelan Untuk Merancang Masa Hadapan Korang!
Photo from Canva
Kadang kala proses untuk melupakan sesorang bukan lah semudah mana kita pelan ataupun gambarkan. Melupakan bekas pasangan merupakan sebuah ujian untuk korang kerana ia akan mengajar kita untuk menjadi lebih maju ketika menghadapi fasa sukar dalam tempoh kehidupan kita.
Memori lampau yang tersimpan dalam diri kita hanya menyebabkan proses untuk move on itu lebih sukar lagi-lagi otak kita kerap berfikir tentangnya tanpa henti sepanjang hari. Sebab itulah masih ramai yang tidak dapat move on secara sepenuhnya walaupun telah bertahun-tahun makan masa.
Penderitaan terhadap diri sendiri hanya akan menambah kesakitkan korang tau jadi, sampai bila korang ingin duduk dalam fasa berduka? Haa.. korang perlulah bangkit semula betul tak? Tapi bagaimana cara yang betul.
Sebenarnya, korang perlukan pelan masa tempoh kesedihan korang dalam hidup korang tau. Pelan ini adalah untuk merancang serta mengukur masa hadapan korang supaya korang tidak menghabiskan masa dengan berduka sahaja.
Photo from Canva
Jika korang mengambil masa yang sesuai untuk berduka dan bersedih nescaya, selepas tamat fasa sedih. Fasa baru bermula yang membenarkan korang untuk berdiri lebih tinggi demi memajukan kehidupan korang.
Selain itu, pelan perancangan yang kukuh akan lebih banyak membantu korang untuk menerima kesedihan secara berperingkat sebelum menerima sepenuhnya bahawa hubungan korang sudah berakhir. Ini akan menyebabkan kesakitkan paling minimal sekaligus membantu korang untuk lebih mudah melupakan ex yang jahat itu!
Lupakan Segala Fasa Kehidupan Lama, Jom Mulakan Gaya Kehidupan Baru!
Photo from Canva
Antara masalah yang sering kali menganggu korang ketika proses berduka untuk melupakan ex korang adalah rutin harian kehidupan korang tau. Rutin yang tidak berubah ketika bercinta dan fasa putus hanya menyebabkan korang lebih sukar melupakan ex kerana iannya berada dalam kehidupan yang sama.
Apabila tiada perbezaan ataupun perubahan, korang akan lebih sedih kerana tiada pasangan ketika menjalani kehidupan korang itu. Haa.. sebab itulah korang perlu tetapkan matlamat serta menjalani gaya hidup baru tau!
Melalui cara ini, korang akan lebih mudah bergembira kerana rutin kehidupan sudah mula berubah. Selain itu, ia turut membantu korang untuk berkembang dan mengalihkan perhatian dari masa lalu ke masa hadapan.
Photo from Canva
Gaya hidup baru korang bermula dengan pembukaan diri kepada pengalaman serta peluang baru. Terokai tempat baru, berjumpa dengan kenalan baru ataupun menghilangkan diri ke pantai proses healing akan memberikan diri korang sebuah tujuan untuk bangun semula daripada sesi berduka.
Bukan itu je tau, gaya kehidupan baru akan mengajar korang untuk keluarkan diri dari zon keselesaan untuk menemui aspek baru dalam diri korang serta membina gaya hidup yang akan memuaskan diri korang lebih daripada hubungan sebelum ini.
Putuskan Segala Hubungan Korang Dengan Ex! Langkah Paling Utama Sekali Tau
Photo from Canva
Membazir segala usaha korang untuk move on daripada ex kalau korang masih berkekalan hubungan bersama ex, rakan-rakan ex, kenalan ex ataupun keluarga mereka tau. Ini hanya menunjukkan korang masih mempunyai hubungan pertalian yang akan membuatkan korang bergantung harapan padanya untuk hubungan kembali menjadi normal.
Antara langkah pertama adalah kurangkan terlebih dahulu berhubungan dengan ex untuk sementara waktu. Korang boleh perlahan-lahan buang nombor dari telefon, unfollow dari platform media sosial dan padamkan segala gambar dan memori lampau. Ini akan mencipta jarak supaya korang lebih sukar untuk hubungi ex dan membantu dalam proses penyembuhan tau.
Selain itu, korang pun perlu fokuskan lebih kepada penjagaan diri tau. Apabila hubungan sudah putus, libatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti fizikal atau mental supaya korang dapat meluangkan masa perbaiki serta tingkatkan diri korang untuk tidak berfikiran tentang ex sahaja sepanjang masa.
Bukan itu je tau, sedarlah diri bahawa hubungan korang sudah tamat. Tiada guna kalau korang masih berpegang harapan untuk menghubungi kerana fasa itu sudah tamat. Ini hanya akan membuatkan korang lebih derita dan sengsara je tau.
Photo from Canva
Jadi, ubah lah perspektif korang supaya dapat melupakan ex sepenuhnya! Melalui proses inilah baru korang boleh bangkit semula untuk mewarnakan kehidupan korang yang sudah lama berduka itu dengan pengalaman yang baru tau.
Tidak salah untuk korang cuba melupakan ex korang sambil membuka mata kepada pengalaman baru tau. Jangan risau, hidup ini bagaikan roda kadang kala di atas kadang kala di bawah tau. Selamat mencuba!