Tutup Kepala Anak Dengan Baju Supaya Tidak Kena Hujan, Bapa OKU Membuatkan Ramai Netizen Sebak.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dilihat seorang lelaki OKU membawa anak lelakinya menuju ke kereta dalam keadaan hujan telah menarik perhatian ramai kerana lelaki itu hanya menggunakan tongkat untuk memayungi anaknya.
Biarpun tidak normal seperti orang lain, lelaki berkenaan dilihatkan sanggup meredah hujan dalam kebasahan tanpa berlindung dengan payung daripada membiarkan anaknya terkena air hujan. Seorang ayah yang sangat bertanggungjawab.
Sumber video : @sitilatifahmutalib
Rata-rata netizen tersentuh hati dengan perkara berkenaan dan turut mendoakan keluarga tersebut bahagia. Difahamkan, video tersebut merupakan dari Tik Tok milik isteri lelaki OKU tersebut (sitilatifahmutalib).
Tak kurang juga yang turut memberikan kata-kata semangat kepada keluarga tersebut agar sentiasa kuat dan ada juga yang kagum dengan pemilik akaun Tik Tok tersebut kerana mampu memerima kekurangan suami seadanya.
Hargai orang tua kita sementara mereka masih hidup tidak kira bagaimana rupa mereka kerana itulah pengorbanan orang tua terhadap anak-anak yang mereka sayangi.