Mengenal Jenis-Jenis Sakit Kepala: Tension, Migrain, dan Sakit Kepala Kluster
Sakit kepala merupakan antara penyakit yang biasa sangat kita hadapi betul tak? Tak kira peringkat umur pun. Sesiapa yang menghidapnya pasti sukar untuk mencari solusi efektif untuk mengurangkan kesakitan ni. Tetapi, korang tahu tak sebenarnya sakit kepala ni ada beberapa jenis tau dan mengenalinya mampu membantu korang untuk mencari solusi terbaik menangani masalah ini!
Gejala sakit kepala selalunya bermula dengan rasa sakit di kepala ataupun bahagian leher. Hampir setiap peringkat umur akan melalui gejala ini menjadikannya perubatan paling umum dialami.
Selain itu, sakit kepala boleh berbeza dalam kekerapan, kekuatan, tempoh dan lokasi tau. Kesan sakit kepala yang signifikan dapat mengawal kehidupan korang kerana ia akan menghindar kita daripada melakukan aktiviti kerana faktor sakit itu.
Photo from Canva
Jadi, untuk mencari solusi untuk atasi masalah ini kita perlu mengenali dahulu jenis sakit kepala supaya kita dapat mengenal pasti punca dan mencari ubat yang terbaik betul tak?
Haa.. pastikan korang baca sampai habis tau barulah dapat info berguna!
Sakit Kepala 'Tension' Antara Paling Biasa Korang Dengar!
Photo from Canva
Siapa je tak pernah dengar ungkapan 'aku tension' betul tak? Lagi-lagi waktu kita sedang menghadapi masalah kerja kan. Sakit kepala tension adalah jenis sakit kepala paling biasa yang selalu dihadapi oleh semua orang berbanding sakit lain tau.
Antara punca utama sakit kepala tension adalah disebabkan oleh ketegangan otot di bahagian kepala, leher dan bahu tau. Sakit kepala tension boleh berlaku dalam beberapa tahan iaitu daripada ringan sehinggan sederhana tau. Sakit kepala ini pun boleh berlangsung berjam-jam ataupun berlarutan sehingga beberapa hari.
Antara simpton sakit kepala tension yang korang akan perasan adalah sakit tumpul tertumpu pada kedua-dua bahagian kepala. Korang turut akan terasa tekanan ataupun ketegangan di kepala tau.
Photo from Canva
Selain itu, korang akan lebih sensitif kepada cahaya ataupun bunyi bising serta mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian tau. Selalunya, tension berlaku daripada tekanan, gelisah ataupun kepenatan.
Ia juga boleh disebabkan oleh postur yang tidak betul, keletihan mata ataupun dehidrasi tau. Antara langkah terbaik untuk hilangkan sakit kepala tension adalah menguruskan tekanan melalui aktiviti senaman, tidur yang cukup serta elakkan dehidrasi.
Jenis Sakit Kepala Paling Sakit Sekali! Sakit Kepala 'Migrain'
Photo from detikfood
Haa.. 'migrain' ni memang sering kali kita dengar oleh orang yang kerap menghidap sakit kepala. Migraine adalah jenis sakit kepala yang boleh menyebabkan gejalan lain seperti mual, muntah dan sensitif terhadap cahaya dan bunyi.
Antara simpton menghidap migraine adalah kesakitkan berdenyut atau berdegup sederhan sehingga teruk. Selalunya berlaku pada sebelah sisi kepala. Serangan migraine boleh berlangsung selama berberapa jam ataupun berlarutan hari sehingga menyebabkan gangguan dalam kehidupan korang tau.
Punca sebenar migrain masih tidak diketahui tetapi kebanyakkan pakar percaya disebabkan oleh kombinasi faktor genetik dan persekitaran. Selain itu, antara faktor mencetus migrain adalah stress kekurangan tidur, bau kuat atau cahaya terang, ataupun bunyi yang kuat.
Photo from Canva
Antara tips untuk menguruskan migrain yang min boleh sarankan kalau korang menghadapinya adalah mencatat jurnal untuk mengesan gejala dan faktor pencetus migrain korang tau. Dapatkan tidur yang secukupnya dan pastikan korang tidak terlepas waktu makan.
Bukan itu je tau, pastikan korang minum air dengan secukupnya serta menguruskan stress dengan aktiviti fizikal seperti bersenam!
Rasa Sakit Tajam Dan Terbakar Tertumpu Pada Satu Tempat Dikenali Sebagai Sakit Kepala 'Kluster'
Photo from eastneurology
Haa.. sakit kepala kluster ini sering kali digambarkan sebagai rasa terbakar ataupun tajam menusuk pada satu bahagian kepala terutamanya pada mata korang yang berlangsungan sehingga 3 jam tau.
Kalau korang nak tahu antara simpton sakit kepala ni adalah mata korang akan mula bertukar merah dan berair serta kesesakan dan berair pada bahagian hidung jugak tau. Selain itu, badan korang turut mengeluarkan peluh secara berlebihan termasuklah wajah menjadi merah dan pembesaran pupil mata tau.
Kelopak mata pun akan mula jatuh termasuk rasa mual dan muntah serta perasaan resah dan gelisah turut ada tau. Tetapi, sakit kepala kluster jarang berlaku sehingga kira-kira 1 daripada 1,000 orang sahaja menghadapi masalah ini. Ia lebih kerap berlaku pada lelaki daripada wanita dan biasanya bermula pada usia 30-an atau 40-an.
Photo from Canva
Selalunya sakit kepala kluster lebih cenderung berlaku dalam kitaran tau. Individu yang mengalaminya akan mengalami serangan secara berulang dalam satu tempoh dikenali sebagai episod. Biasanya berlangsung selama berberapa jam tetapi boleh berlaruthan sehinggan minggu, atau bulan diikuti oleh tempoh remisi di mana simpotm korang hilang sepenuhnya tau.
Antara langkah terbaik untuk mencegah sakit kepala kluster ni adalah untuk merujuk kepada doktor pakar untuk mengambil ubat bagi melawan sakit kepala korang. Selain itu, pastikan korang kekal hidrasi kerana kekurangkan air merupakan antara simpton utama sakit kepala boleh berlaku. Jangan lupa jugak tau untuk sentiasa rehat dengan secukupnya!
Photo from Canva
Haa.. korang pernah tak alami sakit kepala macam ni? Pastikan korang peka akan gejala sakit kepala supaya korang dapat mengelakkan daripada berlaku lagi sekali dalam hidup korang tau!