download Jom Explore app
Oops ! Jangan Risau! 5 Cara Merawat Bibir Hitam Anda

Oops ! Jangan Risau! 5 Cara Merawat Bibir Hitam Anda

Lifestyle Kecantikan
By Ayunie Husna on 17 Dec 2022
Digital Editor

Sering melihat cermin dan merenung kenapa bibir selalu hitam, jangan risau ada jalan penyelesaiannya . Bagi merawat bibir gelap dan tidak bermaya, terdapat banyak cara yang boleh anda cuba terutamanya untuk bibir gelap.

dr

Untuk individu yang mengalami kegelapan bibir sejak lahir, atau pun disebabkan oleh keadaan sekeliling, jangan risau kerana seperti  ada banyak cara untuk merawat masalah ini.

1. Menggunakan Lip Scrub

pexels-karolina-grabowska-7321240

Penggunaan lip scrub amat popular dan tidak asing dalam dunia kecantikan. Proses pengelupasan sebegini boleh membuat kulit mati yang terkumpul pada kulit bibir yang menampilkan kehitaman itu. Anda boleh membancuh sendiri bahan untuk lip scrub ataupun sekiranya anda tidak punya banyak masa yang terluang, anda boleh membeli lip scrub di mana-mana kedai kecantikan online.

2. Menggunakan Lip Balms Untuk Merawat Bibir Hitam

pexels-ron-lach-8129909

Kekeringan bibir adalah punca bibir gelap juga kerana tiada sumber yang melembabkan untuk efek munggil dan cerah. Jadi amat penting untuk anda menggunakan lip balm untuk mengelakkan bibir merekah, luka, berkedut, kusam dan hitam.

pexels-ron-lach-8129894

Bagi membaikpulihkan kehitaman bibir ini, rajinkanlah diri anda untuk mengaplikasikan lip balm yang memberikan anda warna pink atau merah dengan kerap dan pilih lip balm yang mempunyai bahan seperti cocoa butter dan shea butter. Bahan-bahan yang disebutkan amat popular digunakan dalam produk-produk pelembap yang baik.

3. Menggunakan Bahan-Bahan Semula Jadi.

Kebanyakan bahan-bahan semula jadi yang penulis akan senaraikan dibawah ini boleh memerahkan bibir anda dalam masa yang singkat dan selamat juga. Sekiranya anda mempunyai banyak masa yang terluang, ambillah peluang keemasan ini untuk merawat bibir anda yang gelap.

pexels-lisa-fotios-1438191

  • Badam
  • Minyak zaitun
  • Strawberi
  • Ubi bit merah (lebih dikenali sebagai beetroot)
  • Air mawar
  • Kunyit dan susu
  • Cokelat
  • Vitamin E
  • Kelopak Mawar

4. Menggunakan Produk Pelindung Matahari Untuk Bibir

pexels-angela-roma-7479989

Lip balm yang mengandungi pelindung matahari adalah penting untuk membantu kulit bibir anda kembali sihat. Ini kerana, kulit bibir yang sangat tipis membuatnya mudah untuk berubah warna akibat pengeluaran melanin yang berlebihan yang disebabkan oleh pancaran matahari.

Oleh itu, carilah lip balm yang mengandungi pelindung matahari di kedai-kedai kecantikan dan ubat-ubatan berdekatan dengan anda untuk memastikan bibir anda terlindung.

5. Rawatan Laser Pada Bibir

THUMBNAIL_PRICE_LIST_LIP

Rawatan laser adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan kegelapan, memerahkan, menganjalkan, dan melembabkan bibir. Ini boleh dilakukan di klinik estetik oleh pakar kecantikkan yang bertauliah dan memberi kesan yang lebih berkesan untuk individu berkemampuan.

Prosedur menggunakan laser pada bibir memerlukan beberapa sesi, dan berlangsung antara 3 hingga 5 minit setiap kali. Rawatan ini diperlukan untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan boleh dilakukan sebulan sekali tanpa sebarang kesan sampingan.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok