download Jom Explore app
Singgah Makan Di Tanah Aina Fareena Cafe Disajikan Suasana Yang Nyaman

Singgah Makan Di Tanah Aina Fareena Cafe Disajikan Suasana Yang Nyaman

Jom! Makan
By Ayunie Husna on 21 Mar 2023
Digital Editor

Wow! Siapa sangka di tepi lebuh raya karak terdapat sebuah kafe dan restoran yang cantik dan nyaman keranan ianya berdekatan dengan sungai dan rimbunan pepohon kehijauan. Jika anda ingin singgah makan atau berehat anda boleh datang ke Tanah Aina Fareena Cafe di Bentong Pahang.

Suasan di dalam Tanah Aina CafePhoto from Tanah Aina

Lokasi Tanah Aina

Jika anda memandu menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) daripada Kuala Lumpur, anda akan menjumpai satu lorong keluar sebelum anda tiba di dua stesen minyak Shell di Bentong. Manakala, jika anda memandu daripada Temerloh, lorong keluar tersebut akan terletak selepas kedua-dua stesen minyak Shell tersebut. Restoran berkenaan terletak betul-betul di tepi lebuhraya.

Suasana Dalam CafePhoto from Tanah Aina Cafe

Tanah Aina Fareena Cafe , Bentong beroperasi seawal 8.30 pagi sehingga tengah malam. Jadi ada menu breakfast pada pagi dan pelbagai masakan pada waktu tengah hari, petang sehinggalah malam.

Menu Yang Disediakan

Menu yang disediakan juga sedap-sedap dan meriah dengan pelbagai menu. Antara menu yang disajikan ialah tomyam, sotong goreng tepung, laksa, nasi berlauk, sup cendawan dan pelbagai lagi makanan yang sedap!

menu yang disediakanPhoto from Tanah AIna Cafe

Chicken WingsPhoto from Tanah Aina Cafe

Selain dari itu, mereka juga menyediakan pastri seperti kek, kuih muih dan kopi yang mengegarkan selera anda sambil ditemani air sungai yang deras supaya anda boleh healing disana. Harga yang ditawarkan tak begitu mahal dan tak terlalu murah. kalau ingin ke sini, boleh ajak kawan-kawan untuk makan bersama dan berkongsi.

Kek Kelapa PandanPhoto from Tanah Aina Cafe

Fasiliti-fasiliti yang disediakan

Tanah Aina Fareena Cafe & Restoran menyediakan tempat untuk merendam kaki dan bermain air di sungai, serta tandas yang terletak di jambatan dan di dalam restoran. Selain itu, ruang solat dan surau juga disediakan secara terbuka.

Relaks dengan suasana air sungaiPhoto from Tanah Aina Cafe

Namun, setelah sampai di lokasi,  terpegun dengan keindahan pemandangan alam semulajadi dengan aliran sungai yang mengalir. Tempat ini juga dihiasi dengan pokok durian yang menarik. Mengenai makanan yang disajikan, walaupun bukanlah istimewa tetapi rasanya sedap.

Minum Kopi Sambil HealingPhoto from Tanah Aina Cafe

Jika anda ingin bersantai dan berehat selepas mengemudi yang penat dan tidak mahu berhenti di R&R, anda boleh datang ke sini. Pasti anda tidak akan menyesal. Disyorkan datang pada waktu siang kerana anda dapat menikmati keindahan pemandangan sekeliling dengan lebih jelas. Pastinya tempat ini sesuai untuk melepaskan penat dan menghilangkan stress.

?Lot 6073, 54.3km, Lebuhraya Karak, Kampung Lentang, 28600 Bentong, Pahang

⏰8.30am-10.30pm ( Isnin Tutup)

?09-233 9112

Anda Mungkin Suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok