download Jom Explore app
Suria Heights: Kediaman Moden yang Menyatukan Keselesaan, Teknologi dan Kehijauan

Suria Heights: Kediaman Moden yang Menyatukan Keselesaan, Teknologi dan Kehijauan

Uncategorized
By Ayunie Husna on 01 Jul 2026
Digital Editor

Memiliki rumah hari ini bukan sekadar mempunyai tempat tinggal, tetapi memilih persekitaran yang mampu memberikan keselesaan, kemudahan dan kualiti hidup terbaik untuk seisi keluarga. Itulah yang ditawarkan oleh Suria Heights, pembangunan kediaman baharu yang terletak di Bandar Sri Sendayan.

Bandar Terancang dengan Kemudahan Lengkap

Hanya kira-kira 50 minit dari Kuala Lumpur, Bandar Sri Sendayan menawarkan akses mudah ke Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Seremban–Port Dickson dan KLIA. Township ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan gaya hidup seperti d'Tempat Country Club, Sendayan Metropark dan Sendayan Merchant Square, selain akses kepada institusi pendidikan antarabangsa seperti Adcote Matrix Malaysia.

Pilihan Kediaman untuk Setiap Keluarga

  • Suria Heights menawarkan tiga pilihan kediaman yang direka mengikut keperluan berbeza:
  • Semi-Detached Homes (Rumah Semi-D) – Sesuai untuk keluarga besar dan kehidupan multigenerasi, dengan keluasan binaan bermula dari 3,426 kaki persegi di atas tanah berukuran 38 kaki x 85 kaki. Beberapa unit turut menawarkan pemandangan tasik dan padang golf yang menenangkan.
  • Cluster Homes (Rumah Kluster) – Konsep pertama seumpamanya di Bandar Sri Sendayan yang dilengkapi laman peribadi bagi memberikan suasana eksklusif seperti rumah Semi-D. Kediaman ini menawarkan keluasan binaan bermula dari 2,862 kaki persegi dengan saiz tanah antara 35 kaki x 70 kaki hingga 35 kaki x 80 kaki.
  • Link Homes (Rumah Teres) – Pilihan ideal untuk keluarga muda yang mahukan ruang luas dan susun atur praktikal. Rumah ini mempunyai keluasan binaan bermula dari 2,500 kaki persegi di atas tanah berukuran 22 kaki x 75 kaki.

Teknologi Pintar dan Ciri Mesra Alam

Setiap kediaman dilengkapi pelbagai ciri rumah pintar seperti digital lockset, sistem automasi lampu, kawalan penghawa dingin pintar, smart speaker dan CCTV luar rumah.

Bagi menyokong gaya hidup mampan, semua unit turut dilengkapi solar water heater serta EV charging point. Selain itu, Rumah Cluster dan Semi-D juga dilengkapi dengan sistem tadahan air hujan

Nikmati Kehidupan yang Lebih Berkualiti

Penduduk dapat menikmati taman tasik berlandskap seluas 4.6 ekar selain keahlian percuma d'Tempat Country Club yang menawarkan pelbagai kemudahan premium termasuk kolam renang Bersaiz Olimpik, gimnasium, pusat bowling dan gelanggang badminton.

Dengan pembangunan komersial baharu serta cadangan hospital berhampiran, Suria Heights turut menawarkan potensi pertumbuhan nilai yang menarik untuk masa hadapan.

Kunjungi Suria Heights Hari Ini

Sama ada untuk didiami atau sebagai pelaburan, Suria Heights menawarkan gabungan lokasi strategik, kemudahan lengkap dan gaya hidup moden dalam satu komuniti yang berkembang pesat.

Kunjungi rumah contoh Suria Heights di Bandar Sri Sendayan hari ini atau layari suriaheights.com.my untuk maklumat lanjut suriaheights.com.my

 

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok