download Jom Explore app
Senarai Bazar Ramadan Lembah Klang 2025: Port Wajib Singgah untuk Juadah Berbuka!

Senarai Bazar Ramadan Lembah Klang 2025: Port Wajib Singgah untuk Juadah Berbuka!

Jom! Makan
By Anthony Teo on 03 Mar 2025
Deputy Managing Editor

Bulan Ramadan sentiasa dinanti-nantikan oleh umat Islam, bukan sahaja sebagai bulan ibadah, tetapi juga sebagai peluang untuk menikmati pelbagai juadah tradisional yang sukar ditemui pada waktu lain. Bazar Ramadan menjadi tumpuan utama bagi mereka yang ingin merasai kepelbagaian makanan dan minuman.

Nak cari bazar dekat KL? Senarai lengkap Bazar Ramadan 2025 ada di sini!Photo from Property Genie

Berikut adalah senarai lokasi Bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang untuk tahun 2025, berdasarkan sumber yang tersedia:

Kuala Lumpur

Cheras

Tapak Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri, Cheras.Photo from Facebook | Ricco Cat

  1. Tapak Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri, Cheras
  2. Bandar Tun Razak, Jalan Jujur 1 (The Holmes II), Cheras
  3. Taman Bukit Cheras, Jalan 11/144A, Cheras
  4. Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, Jalan Budiman 1, Cheras
  5. Jalan Sembilang, Taman Tenaga, Cheras
  6. PPR Seri Alam, Jalan 3/93A, Cheras
  7. PPR Laksamana, Jalan Peel, Cheras

Sentul & Wangsa Maju

Bazar Ramadan Wangsa MajuPhoto from China Press

  1. Kampung Batu Muda, Jalan 1/12B, Sentul
  2. UTC Sentul, Jalan 2/48A, Sentul
  3. PPR Batu Muda, Jalan Ipoh
  4. Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching
  5. Taman Wilayah Selayang, Jalan 14/2A, Selayang
  6. Taman Dato Senu, Jalan Dato Senu 18, Sentul
  7. Sri Rampai, Jalan Rejang 1, Setapak
  8. Wangsa Maju, Jalan Wangsa Delima
  9. Wangsa Maju, Jalan 3/27A Seksyen 1
  10. Taman Melati, Jalan Taman Melati

Bangsar & Old Klang Road

Garing di luar, juicy di dalam! Ayam bakar memang wajib ada untuk berbuka!Photo from Instagram | hairulsan

  1. Jalan Bangsar Utama, Bangsar
  2. Pusat Penjaja Bazaria Pantai, Pantai Dalam
  3. Jalan Telawi 1 - Jalan Telawi 4, Bangsar
  4. Taman Sri Sentosa, Jalan 12, Old Klang Road
  5. Jalan Mega Mendung, Off Jalan Klang Lama
  6. Taman Desa, Jalan 3/109F, Old Klang Road

Sri Petaling & Bukit Jalil

  1. Bandar Baru Sri Petaling, Jalan Radin, Sri Petaling
  2. Jalan Sri Jati 3, Sri Petaling
  3. Bukit Jalil, Jalan Impian Indah

Lain-lain Kawasan di KL

Bazar Ramadan Kampung Baru,Photo from Harapan Daily

  1. Dataran Batik, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
  2. MRT Bukit Bintang, Jalan Berangan Off Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
  3. Taman Desa Petaling, Jalan 1/125D, Desa Petaling
  4. Taman Tun Dr Ismail, Jalan Tun Mohd Fuad 2
  5. Taman Sri Sinar, Jalan 4/38A, Segambut
  6. Kampung Sungai Penchala, Damansara
  7. Desa Pandan, Jalan 3/76D
  8. Kampung Baru, Jalan Raja Uda
  9. Kampung Baru, Jalan Raja Alang
  10. Lorong Raja Muda Abdul Aziz (TPCA), Kampung Baru
  11. Desa Pandan, Jalan 1/76C
  12. Pasar dan Pusat Penjaja, Jalan Wirawati, Kampung Pandan
  13. Desa Melawati, Jalan 5/4C
  14. Danau Kota, Jalan 3A/6, Jalan 4A/6, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah
  15. Jalan Masjid India, Kuala Lumpur
  16. Kampung Pandan, Jalan Kampung Pandan

Petaling Jaya

Berbuka dengan pelbagai juadah, dari tradisional hingga moden – semua ada!Photo from Marjoriti.com

  1. Kg. Lindungan, PJS 6/3, Petaling Jaya
  2. Desa Mentari, PJS 6/5, Petaling Jaya
  3. SS 8, Sungai Way, Petaling Jaya
  4. Seksyen 17, Jalan 17/1A, Petaling Jaya
  5. Seksyen 14, Jalan 14/27 (Pasar Seksyen 14), Petaling Jaya
  6. Lembah Subang, Petaling Jaya
  7. Kampung Sungai Kayu Ara (Tapak Pasar Malam), Petaling Jaya

Shah Alam

Shah Alam tak pernah mengecewakan – bazar penuh dengan hidangan lazat untuk berbuka!Photo from dpimedia

  1. Kompleks PKNS Shah Alam, Seksyen 14
  2. Seksyen 13, Stadium Shah Alam
  3. Seksyen 7, Jalan Plumbum Q 7/Q
  4. Seksyen 24, Pasar Moden
  5. Seksyen 6, Tapak Pasar Malam
  6. Seksyen 18, Jalan Pinang 18/2
  7. Seksyen U8, Bukit Jelutong

Subang Jaya & USJ

  1. USJ 4, Subang Jaya
  2. SS 19, Subang Jaya
  3. SS 15, Subang Jaya
  4. USJ 7, Subang Jaya
  5. Puchong Indah, Puchong

Puchong

Bila lapar, semua nampak sedap! Pelbagai juadah menanti untuk dinikmati!Photo from Rasa.my

  1. Taman Puchong Permai, Puchong
  2. Puchong Perdana (Masjid As-Salam), Puchong
  3. Puchong Utama, Jalan PU 7/1, Puchong
  4. Bandar Bukit Puchong, Puchong
  5. Bandar Kinrara, Seksyen 3, Puchong

Ampang & Hulu Langat

Dari juadah tradisional hingga hidangan moden, suasana di bazar Ramadan memang penuh warna dan keceriaan! Photo from Money Compass

  1. Taman Melawati, Jalan Negara, Ampang
  2. Bandar Baru Ampang, Ampang
  3. Pandan Indah, Jalan Pandan Ilmu, Ampang
  4. Taman Dagang, Ampang
  5. Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Gombak

  1. Taman Greenwood, Gombak
  2. Taman Sri Gombak, Gombak
  3. Batu Caves, Gombak
  4. Taman Samudera, Gombak

Kajang & Bangi

  1. Taman Kajang Impian, Kajang
  2. Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Bangi
  3. Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Bangi
  4. Taman Bukit Mewah, Kajang

Klang

  1. Taman Sri Andalas, Klang
  2. Bandar Botanik, Klang
  3. Kampung Raja Uda, Klang
  4. Meru, Klang
  5. Jalan Kebun, Klang

Bazar Ramadan bukan sekadar tempat membeli makanan untuk berbuka, tapi ia juga medan pertemuan masyarakat yang penuh dengan suasana kemeriahan. Aroma makanan yang menggoda, peniaga yang ramah, dan pelbagai juadah tradisional serta moden menjadikan setiap lawatan ke bazar sesuatu yang dinanti-nantikan.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok