Netizen Kongsi Pengalaman Guna EV, Jimat Katanya!
Pasaran kereta elektrik (EV) semakin meningkat dalam negara kita. Popularitinya juga membuatkan lebih banyak model EV berada di atas jalan raya yang mampu bersaing dengan kenderaan berkuasa enjin petrol.
Namun ia masih membuatkan segelintir berfikir sejenak sebelum melakukan keputusan untuk pindah ke EV. Tidak dinafikan, perubahan yang baru memang merisaukan kerana pelbagai faktor.
Contohnya adakah stesen pengecasan berada dalam kawasan luar bandar? Adakah jarak kereta elektrik mampu lawan kereta enjin dan penyelenggaraan sama harga atau jauh lebih murah.
Photo from Zigwheels
Disebabkan itu, seorang lelaki bernama Faisal berkongsi pengalaman beliau berhijrah ke kereta elektrik walaupun sebelum ini mempunyai banyak tanda tanya tentang kereta elektrik.
"Tak Pernah Terfikir Nak Tukar Ke Kereta Elektrik Sebab Dah Biasa Sangat Kereta Berenjin" - Faisal
Photo from X | faisalmaps
Faisal berkongsi di platform media sosial X menceritakan pengalamanya berpindah ke EV. Menurutnya "Aku suka travel jauh pergi JB, Penang, kerap masuk Thailand guna kereta dan aku rasa tak sesuai pakai EV.
Sebab kalau travel jauh pakai kereta enjin kena isi petrol sekejap sahaja. Kalau EV nak caj mesti makan masa sejam, kira deal breaker untuk orang seperti aku. Tapi lepas BYD dan Tesla masuk Malaysia.
Photo from X | faisalmaps
Aku mula minat EV dan belajar tentangnya. Bila ada incentives diberikan untuk kereta ini, semakin menarik pula aku tengok. Terutama Tesla yang masuk distrupt harga pasaran dan bagi aku Tesla macam 'iPhone', ecosystem dia bagus," katanya.
Tak Suka Pandu Laju, Jenis Santai Tak Suka Bazir Minyak
Photo from X | faisalmaps
Faisal meneruskan perkongsian, "selepas fikir balik cara penggunaan kereta petrol. Walaupun selalu travel tapi majoriti 90% memandu dalam Lembah Klang sebenarnya. Maksudnya 90% kereta boleh caj di rumah je.
Kemudian kalau travel, aku lebih suka travel hari berkerja dan elak waktu peak seasons atau musim perayaan sebab akan tersekat dalam jam. Aku lebih suka perjalanan lancar dan kampung pun berada dalam Lembah Klang."
Tambahan pula, Faisal tidak suka pandu laju dan bukan jenis suka membazirkan minyak. EV bila bawa secara sederhana akan lebih jimat tidak makan bateri terlalu kuat. Justeru itu, Faisal merasakan kereta EV sangat sesuai untuk dia dan keluarganya.
Caj Kereta Tidak Makan Masa Lama Sekalipun
Photo from Soya Cincau
Selepas melakukan kajian tentang EV, Faisal mendapati kereta tidak perlu caj lama sekalipun. Menurutnya, "kalau nak pergi Hat Yai, jarak Tesla Model 3 boleh sampai Alor Setar dan caj di Penang atau Alor Setar untuk 15-20 minit sebelum masuk Hat Yai,"
"Untuk bazirkan 15-20 minit adalah typical toilet break, jadi tiada masalah pun untuk aku," kata Faisal. Sehubungan dengan itu, Faisal menambah, "Kalau dah sampai Hat Yai, caj sekejap selama 20-30 minit untuk pusing sehari dua,
Photo from Paul Tan's Automotive News
Ini satu perkara yang buat aku yakin nak tukar EV, bila wujud DC Fast Charger dalam negara kita. Masuk tahun ni dan lepas, hampir setiap hari ada berita tentang DC fast charger baru buka dan makin cantik pula stesennya," ditambah Faisal.
Semakin Banyak Fast Charging Di Malaysia, Semakin Mudah
Photo from NST
Faisal turut berkata, "rate pemasangan DC fast charger semakin banyak di seluruh negara. Dah tak perlu risau pasal habis bateri, cuma ada satu masalah yang sukar dielakkan pada stesen pengecasan.
Bila musim perayaan semua orang nak balik kampung, beratur akan panjang di stesen. Tapi itu bukan masalah bagi aku kerana gaya hidup aku yang kampung di Lembah Klang tidak akan mengalami perkara itu," katanya.
Faisal turut menceritakan jenama Tesla membuatkan dia minat EV kerana ecosystem serta Supercharger sendiri. Tesla juga mempunyai no-service policy unless required only. Selain itu Tesla tiada periodic service.
Photo from David Tan
Berbanding dengan jenama EV lain yang masih ada periodic service. Tambahan pula, Faisal menambah, "Aku jenis suka jimat, kalau ada solusi jimat aku pilih yang itu. Sebelum ini pakai kereta petrol sebulan isi dekat RM400-500 juga.
EV sekali caj RM33 sahaja. Bil api kat rumah naik dalam 100+ lepas guna EV, jimat RM300+ sebulan, setahun jimat ~RM4000," katanya.
Photo from Tesloid
Faisal juga merasakan Tesla Model 3 sesuai untuk keluarga menceritakan pengalaman mempunyai anak kecil. Model 3 ada but yang luas, kabin senyap dan skrin bahagian belakang untuk budak tengok Youtube atau main game.
"Sekarang dalam kereta anak tak meragam dah, senyap sahaja dalam kereta," kongsi Faisal. Justeru itu, pengalaman yang dikongsikan mungkin akan membantu lebih ramai orang untuk berpindah ke EV.
Photo from Reddit
Adakah korang akan setia dengan kereta petrol atau pindah ke kereta elektrik?
Mungkin korang suka: