download Jom Explore app
Tak Sangka Nepal Sambut 39 Hari Cuti Umum Tau

Tak Sangka Nepal Sambut 39 Hari Cuti Umum Tau

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 05 Jun 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Ada satu benda seluruh warga Malaysia sangat suka iaitu Cuti Umum! Bertuah betul negara kita berada dalam kategori negara yang memiliki cuti paling banyak di Asia Tenggara dan dunia.

Menariknya pada tahun 2019 kita pernah mendapat manfaat bercuti selama 50 hari. Bergantung kepada negeri masing-masing, individu berkemungkinan akan mendapat lebih banyak daripada yang lain.

Seronoknya negara kita banyak cuti! Nikmat betulPhoto from Travelution Holidays

Ini kerana kebanyakan datang daripada kepelbagaian sambutan yang wujud dalam negara. Tak campur lagi dengan peristiwa penting, sejarah negara dan macam-macam lagi.

Sehubungan dengan itu baca sampai habis untuk ketahui negara mana yang mempunyai cuti umum paling banyak dalam dunia.

Negara siapa yang ada cuti umum paling banyak dalam dunia?Photo from eCentral

1.Nepal (39 Hari)

Nepal menawarkan permandangan gunung EverastPhoto from Klook

Sebuah negara terletak di antara Himalaya dan dataran subur di benua kecil di India. Terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pemandangan landskap menawan dan kaya dengan budaya.

Namun tak ramai orang tahu betapa banyak bilangan cuti umum wujud di Nepal. Negara ini meraikan paling banyak dengan jumlah 39 hari cuti disambut setiap tahun.

Selain itu Nepal juga antara negara seronok untuk melawatPhoto from depositphotos

Mengapa terlalu banyak? Kerana faktor agama dan budaya. Majoriti warga beragama Hindu dan Buddha, jadi mereka meraikan pelbagai perayaan sepanjang tahun. Ini membolehkan orang ramai berkumpul membangun semangat muafakat.

2. Myanmar (32 Hari)

Suasana Festival Air di MyanmarPhoto from ANTARA News

Negara ini menyambut 32 hari cuti setiap tahun. Antara cuti paling penting di Myanmar ialah Festival Air Thingyan untuk menandakan Tahun Baru secara tradisional. Perayaan ini mengambil masa selama 4 hari.

Pada waktu ini, orang ramai berkumpul, bersihkan diri dan menyambut tahun baru dengan penuh kemeriahan. Seperti bermain air, muzik dan tarian. Seterusnya ialah Hari Kemerdekaan Myanmar.

Juga terkenal dengan kebudayaan cukup mewahPhoto from Britannica

Bertujuan untuk memperingati peristiwa kemerdekaan negara daripada penjajahan British pada tahun 1948. Akan ada perarakan, menaikkan bendera dan ucapan daripada barisan kerajaan pada hari tersebut.

3. Iran (26 Hari)

Selain hari kemerdekaan mereka menyambut tahun baru dikenali sebagai NomruzPhoto from The Seattle Globalist

Sebuah negara Islam menyambut sebanyak 26 hari cuti setiap tahun. Kebanyakan cuti ini terhasil daripada bukti kukuh identiti agama Islam dan semangat kebangsaan pada negara mereka.

Cuti paling penting bagi negara ini ialah Tahun Baru Islam dikenali sebagai Nowruz. Selain itu mereka turut menyambut Aidilfitri menandakan berakhirnya bulan Ramadan sama seperti negara kita.

Hari Kemerdekaan untuk peringati Revolusi Iran yang pernah berlakuPhoto from Office Holidays

Kemudian, mereka turut menyambut hari kebangsaan termasuk Hari Revolusi Iran. Untuk memperingati revolusi 1979 yang menggulingkan monarki (sistem diraja) untuk tubuhkan negara Republik.

4. Sri Lanka (25 Hari)

Sri Lanka terletak berdekatan dengan India, pernah pergi?Photo from Lakpura LLC

Sebanyak 25 hari cuti disambut setiap tahun menggabungkan perayaan agama Kristian, Buddha dan Hindu. Antara cuti paling penting di Sri Lanka ialah Tahun Baru Sinhala dikenali sebagai Aluth Avurudda.

Ia menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar Sinhala. Selain itu, Tahun Baru Buddha yang dikenali sebagai Wesak (sama macam di negara kita) memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian Buddha.

Di samping itu mereka turut meraikan beberapa cuti Kristian seperti Krismas dan Paskah. Ia diperhatikan oleh populasi minoriti Kristian di negara tersebut membentuk sebanyak 7%.

5. Bangladesh (22 Hari)

Oleh kerana majoriti Islam, Bangladesh menyambut Hari RayaPhoto from xinhua

Sebuah negara yang mempunyai tradisi agama dan budaya sungguh kaya mengiktiraf 22 cuti umum setiap tahun. Hari raya Aidilfitri ialah cuti paling penting di negara ini kerana merupakan sebuah negara majoriti Islam.

Selain itu satu lagi cuti penting ialah Hari Raya Aidiladha. Menghormati Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Ismail sebagai ketaatan kepada Allah SWT.

Manakala Hari Kemerdekaan disambut untuk menghormati perpisahan Bangladesh dari Pakistan pada tahun 1971. Ini merupakan cuti ketiga diiktiraf di negara itu.

6. Mesir (22 Hari)

Kerana majoriti agama Kristian dan Islam menghasilkan kalendar unikPhoto from World Travel Guide

Warga Mesir dapat menikmati 22 cuti umum sepanjang tahun. Faktornya kerana menggabungkan tradisi Islam dan Kristian dapat menghasilkan kalendar cuti yang ber-pelbagai.

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha disambut secara meluas di Mesir. Kemudian mereka turut meraikan kelahiran Nabi Muhammad (Mawlid al-Nabi).

Kaya dengan sejarah, Mesir wajar untuk disinggahPhoto from Office Holidays

Akhir sekali, Mesir turut meraikan perayaan Kristian dan acara kebangsaan seperti Hari Revolusi pada 23 Julai. Memperingati peristiwa penggulingan monarki pada tahun 1952.

7. India (21 Hari)

India mempunyai banyak cuti umum menyambut peristiwa dalam agama HinduPhoto from BBC

Mengambil faktor warisan sungguh kaya, tradisi keagamaan dan kepentingan sejarah. India menyambut sebanyak 21 cuti setiap tahun. Majoriti penduduk di negara ini ialah beragama Hindu.

Perayaan Hindu seperti Diwali (Deepavali), Holi, Navratri dan Dussehra mengisytiharkan sebagai cuti di seluruh negara. Seterusnya perayaan Islam seperti Aidilfitri dan Aidiladha turut diberi cuti bagi masyarakat muslim di India.

Sehubungan dengan itu, mereka meraikan Hari Kemerdekaan pada 15 Ogos dan Hari Republik pada 26 Januari, Ia untuk menghormati perjuangan membebaskan India daripada penjajah.

8. Malaysia (21-25 Hari)

negara kita pula menyambut cuti umum meraikan kepelbagaian rakyat muafakatPhoto from iStock

Faktor paling ketara dalam cuti umum di negara kita ialah pengiktirafan untuk meraikan pelbagai perayaan majoriti agama. Iaitu Islam, Buddha, Hindu dan Kristian.

Cuti perayaan agama seperti Aidilfitri, Aidiladha antara yang penting dalam negara. Termasuk juga Thaipusam, Deepavali dan Wesak bagi agama Hindu. Perayaan Buddha dan hari kelepasan Kristian juga diberikan cuti umum.

Menariknya bergantung pada negeri, cuti umum boleh berubahPhoto from iStock

Secara keseluruhan, kita menyambut 21 cuti umum setahun. Tetapi akan berubah mengikut negeri yang kita duduk.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok