download Jom Explore app
Keindahan Seni Bina: 5 Masjid Unik dari Seluruh Dunia!

Keindahan Seni Bina: 5 Masjid Unik dari Seluruh Dunia!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 24 Apr 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Masjid bukan sahaja menjadi rumah ibadah bagi penganut agama Islam. Malah ia boleh menjadi sebuah tarikan pelancong dengan menawarkan keunikan budaya tempatan, landskap menakjubkan dan gaya seni bina cukup cantik.

Kerana populasi dalam negara kita majoritinya beragama Islam. Kita sudah biasa melihat masjid yang dibina dengan gaya binaan timur tengah (bentuk kubah) menjadi simbol paling dikenali.

Namun kitab al-Quran tidak menetapkan rupa khusus untuk dikategorikan sebagai sebuah masjid. Kalau lihat beberapa masjid lama dalam negara kita (Masjid Kampung Laut) mereka menggunakan gaya seni bina tradisional melayu.

Contoh gaya seni bina masjid yang menggambarkan apa itu masjidPhoto from Pinterest

Itu lebih sesuai dalam iklim panas dan tropikal negara kita. Tapi semakin banyak masjid baru yang dibina mula menggabungkan elemen seni bina moden menghasilkan gaya hybrid yang cukup menawan.

Raja Haji Fi Sabilillah dan Masjid Damansara Perdana ialah contoh terbaik. Sehubungan dengan itu min senaraikan 5 masjid tercantik memberi fokus kepada keunikkan gaya seni bina dalam dunia untuk kita lihat!

Gaya seni bina seperti ini boleh dianggap sebagai masjid jugaPhoto from Pinterest

Masjid Raya Sumatera Barat, Indonesia

Mengambil ilham dari budaya Orang Minangkabau melahirkan sebuah binaan sangat unikPhoto from Pinterest

Menjadi rumah kepada populasi orang Islam paling besar dalam dunia. Masjid Raya dibina mengikut gaya seni bina Minangkabau menjadikannya paling besar di Sumatera Barat dan kedua terbesar di wilayah Sumatera.

Terletak di Mukim Padang Utara mula dibina pada 21 Disember 2007. Direka oleh ariktek Indonesia bernama Rizal Muslimin selepas berjaya menang sebuah pertandingan membina masjid juga disertai 323 peserta dari seluruh dunia.

Rupa bahagian dalam Masjid Raya sungguh menawanPhoto from SINDOnews

Elemen unik kita boleh sudah tentu bentuk bumbungnya mengambil inspirasi dari Rumah Vernakular Minangkabau. Ia juga memberi gambaran peristiwa empat suku kuam Quraisy memegang kain untuk mengangkat Hajar Aswad di Mekah.

Mampu menampung 20,000 orang terdiri daripada tiga tingkat. Dewan solat utama berada di tingkat dua.

Mampu memuatkan seramai 20,000 orangPhoto from Flickr

Masjid Sancaklar, Turkiye

Sebuah masjid yang sangat unik mempunyai konsep sangat menarik!Photo from ArchDaily

Sebuah masjid yang berjaya menang anugerah Building Of The Year 2015, Masjid Sancaklar direka oleh Emre Arolat Architects menggabungkan seni bina minimalis dan kontemporari.

Menurut Arch Daily, Emre Arolat mengulas konsep dan ideanya bermual dengan tujuan pembinaan untuk mengatasi isu asas reka bentuk masjid. Mereka ingin menjauhkan diri daripada trend seni bina semasa dan memberi fokus kepada intipati ruang keagamaan.

Tembok tinggi mengelilingi taman di halaman atas masjid menggariskan sempadan jelas antara dunia luar yang pesat dengan suasana tenang dan aman. Kanopi panjang terbentang menjadi elemen yang boleh dilihat dari luar.

Setiap elemen mempunyai maksud yang diambil berat oleh pihak arkitekPhoto from ArchDaily

Masjid ini terletak di bawah kanopi itu dan pengunjung boleh masuk melalui laluan dari halaman atas melalui taman itu. Masjid ini menjadi sebahagian topografi untuk dipisahkandari dunia luar apabila individu tersebut memasuki ke dalamnya.

Bahagian dalam dibina seperti dalam gua. Menghasilkan ruang dramatik dan mengagumkan untuk melakukan ibadah. Butiran seperti kesan retak pada dinding memberi arah kiblat serta membolehkan cahaya siang masuk ke dalam dewan solat.

Bahagian dalam dibina seperti gua untuk menghasilkan kesan emosi lebih dramatik ketika melakukan ibadahPhoto from Daily Sabah

Tambahan pula, Emre Arolat bermain dengan konsep ketegangan antara binaan manusa dan alam semulajadi seperti tangga batu mengikut cerun landskap terhasil semula jadi sebagai contoh.

Masjid Niujie, China

Mengekalkan seni bina tradisional Cina menghasilkan sebuah masjid sangat unikPhoto from Trip China Guide

Menjadi masjid terbesar di Beijing mula dibina keitka Dinasti Liao pada tahun 996. Masyarakat Islam di China membina dengan menggunakan elemen seni bina tradisional Cina untuk menghasilkan rupa sangat unik.

Mengikut norma seni bina tradisional Cina, masjid ini terdiri daripada kumpulan bangunan menjadi satu. Di sini ada dua halaman menigkut susun atur Siheyuan, Bangunan Wangyue, Bangunan Etiket Pengumuman, Dewan Kuliah, Tablet Astaka, Astaka Berkembar, Bilik Mandi dan ruang solat.

Mempunyai perpustakaan menyimpan banyak manuskrip kunoPhoto from Global Times

Masjid Niujie juga mempunyai perpustakaan menyimpan manuskrip kuno. Pernah dimusnahkan oleh Genghis Khan pada tahun 1215, ia dibina semula pada tahun 1443 ketika Dinasti Ming dan telah mengalami tiga pengubahsuan sejak penubuhan Republik China.

Singgah ke sini untuk melihat dan menikamti pelbagai masakan China yang halal sambil melihat keindahan rumah ibadah ini.

Gaya bangunan tradisional cina boleh dilihat di masjid iniPhoto from CGTN

Masjid Pusat Cologne, Jerman

Arkiteknya ingin mengulas trend seni bina abad ke-21 menghasilkan masjid unik yang tiada bandinganPhoto from Wikipedia

Menjadi sebuah mercu tanda di bandar Cologne, Masjid Pusat mempunyai reka bentuk yang sangat berbeza menjadi ulasan trend seni bina abad ke-21. Bentuk 'cengkerang' gergasi disusun dalam bentuk cincin mampunyai kaca di antaranya dapat menzahirkan emosi mendalam apabila melihatnya.

Gabungan elemen perlindungan, keterbukaan, tradisi dan moden, timur dan barat, dan keagungan berinteraksi satu sama lain menghasilkan bangunan dinamik ini. Mampu memuatkan seramai 1,200 jemaah menjadi salah satu pusat ibadah Islam terbesar di Eropah.

Bahagian dalamnya juga sangat menawan menghasilkan ruang solat menakjubkanPhoto from International Shia News Agency

Orang luar juga boleh kunjungi dan melihat kemegahannya di luar waktu solat kerana bukan sahaja mempunyai ruang solat. Malah ada perpustakaan, laluan membeli belah dan macam-macam lagi.

Bahagian tengah masjid terdapat sebuah dewan dengan kubah terbuka untuk menarik cahaya luar melihat keindahannya. Dihiasi dengan permaidani biru, panel stuko berwarna emas mejadi ciri utama rumah ibadah ini.

Dengan kubah terbuka cahaya luar dapat masuk menerangi ruang dalamnyaPhoto from Al Forzan

Lala Mustafa Pasha, Utara Cyprus

Asalnya sebuah Katedral diubah menjadi masjid tetapi masih kekal elemen katedral tersebutPhoto from Visit North Cyprus

Asalnya dikenali sebagai Katerdral Latin Saint Nicholas dan berubah menjadi Masjid Saint Sophia Famagusta berdiri megah sebagai bukti kekayaan sejarah dan seni bina Cyprus. Mula dibina semasa zaman Lusignan, katedral ini didedikasikan untuk St. Nicholas dan dibina dalam gaya GOthic Rayonnat.

Reka bentuknya dipengaruhi oleh arkitek Perancis Jean Langlois menampilkan elemen seni bina Gothic. Korang dapat lihat menara berkembar, bumbung rata dan ukiran batu kompleks seperti katedral Notre-Dame.

Ketika penaklukan Uthamniyyah pada tahun 1571, ia diubah menjadi masjid dengan menambah mihrab dan menara. Walaupun diubah, seni bina masih dikekalkan menjadi sebuah mercu tanda terkenal di Famagusta.

Seni bina gaya gothic yang terkenal di Eropah dikekalkan membuatkannya sangat menarik berbanding masjid lainPhoto from CNN

Bahagian dalamanya disusun secara ringkas mengimbau kembali fungsi asal bangunan. Tambahan seperti inskripsi memberi pengunjung gambaran sekilas tentang masa lalunya. Menara loceng masih dikekalkan dan plaza di depannya pula menyediakan suasana tenang untuk pengunjung yang ingin mengagumi kemegahannya.

Menjadi sebuah simbol warisan agama dan budaya di negara ini menarik ramai pelancong luar ketika bercuti di Utara Cyprus.

Kesimpulannya 5 masjid ini ialah bukti bahawa budaya tempatan boleh bercampur dengan agama Islam. Tidak semestinya masjid perlu dibina dengan satu gaya sahaja malah boleh dibina mengikut trend atau gaya seni bina tradisional tempat tersebut.

Masih mengekalkan ciri-ciri katedral memberi gambaran masa lalu kepada pengunjungPhoto from Alfred Molon

Haa.. lepas ni kemungkinan masjid di negara kita pun tiada lagi kubah bulat tetapi diganti semula dengan bumbung kampung melayu.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok