6 Tips Untuk Bersedia Menerima Bulan Ramadhan 2024
Pejam celik bulan Ramadhan tinggal beberapa minggu lagi menghampiri kita. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat islam memberi peluang untuk mendekatkan diri kepada tuhan dengan melakukan pelbagai amalan kebaikkan. Korang dah bersedia?
Haa.. walaupun kita sudah biasa dengan menahan diri daripada makan dan dahaga. Kadang kala kita sering terlepas pandang kepada beberapa perkara yang dapat melepaskan peluang untuk melakukan kebaikkan pada bulan mulia ini.
Sama seperti kita meracang sesuatu dalam hidup. Bulan Ramadhan pun kita boleh lakukan perancangan supaya dapat menyediakan diri sebelum menempuh cabaran serta onak duri ketika berpuasa.
Selain itu perkara ini juga dapat melatih diri daripada melakukan perkara sia-sia atau mungkar. Tidak rugi pun untuk jadikkan tahun ini sebagai modal untuk sentiasa mendekatkan diri kepada tuhan dengan melakukan persediaan dengan betul.
Photo from Umroh
Min akan berikan korang nasihat ringkas untuk memudahkan korang bersiap sedia menempuh bulan mulia.
Menjaga Kesihatan Diri Menyeluruh
Photo from Pinterest
Antara perkara yang amat merugikan ialah tidak menjaga kesihatan ketika bulan puasa. Ini kerana waktu in paling sesuai untuk mengumpul segala pahala serta amalan baik berbanding bulan-bulan lain.
Peluang untuk melakukan ibadah wajib serta sunat pun dapat dilakukan dengan banyak tak sedar. Oleh itu, sebelum masuk bulan mulia jaga kesihatan diri supaya tidak terlepas peluang yang dicemburui ini.
Tambahan pula bila kita sihat dapat juga kita menikmati berpuasa tanpa sebarang cabaran.
Mempelajari Semula Hukum Hakam
Photo from SinarPlus
Manusia secara semula jadi senang lupa. Kalau benda semudah macam tarikh ulang tahun kita boleh lupa apatah lagi tentang segala hukum hakam dalam bulan Ramadhan yang datang hanya sekali setahun.
Walaupun kita sudah tahu kita diwajibkan berpuasa. Tetapi hal ehwal lain yang berkaitan bagaimana pula? Dengan mempelajari semula dapat mengingatkan kita kembali tentang perkara dilarang atau wajib untuk lakukan.
Selain itu ia juga dapat melatih diri untuk berhati-hati dengan melakukan perkara makruh yang boleh membatalkan puasa tanpa sedar.
Bangun Malam Lebih Awal
Photo from Sleep Foundation
Tibanya bulan mulia kebanyakkan orang akan ambil peluang untuk bangun malam lebih awal untuk menjalakan ibadah sunat. Ini kerana mereka ingin mengejar malam lailatul qadar yang dikatakan amat istimewa.
Namun nak bangun malam awal ni bukan semudah 'abc'. Kalau kita jenis tak biasa bangun awal, pasang segala bunyi penggera sekalipun kalau dah mengantuk tak boleh tidur. Tetap kita akan lena dibuai mimpi.
Justeru itu latih diri korang sekarang untuk bangun tengah malam untuk kerjakan ibadah sunat. Letakkan jam penggera sebagai bantuan untuk terjaga dengan mudah dan lama-kelamaan korang akan mula terbiasa dengan rutin baru ini.
Tak lupa juga rutin ini akan membantu korang untuk tidak telepas daripada sahur.
Pelan Semula Jadual Harian
Photo from Pinterest
Setiap orang pasti mempunyai jadual kehidupan seharian yang berbeza. Ada yang tengah belajar, berkerja, sibuk dengan urusan itu ini membuatkan sukar untuk kita beri sedikit masa kepada diri sendiri.
Namun pada bulan ini jadual berkerja pun sudah berubah waktu memberi ruang untuk berbuka. Oleh itu, pelan semula jadual harian korang untuk memberi sedikit ruang untuk melakukan ibadah.
Tidak perlu kompleks atau susah pun. Asalkan ada ruang dan sedikit masa yang dapat imbangkan jadual berkerja, waktu ibadah serta waktu keluarga pun sudah memadai.
Rajinkan Diri Melakukan Ibadah Sunat
Photo from Dakwah.ID
Sebelum tibanya bulan Ramadhan apa kata korang cuba rajinkan diri untuk melakukan ibadah sunat seperti berzikir atau sedekah. Antara perkara yang sering dilakukan ialah khatam al-Quran pun boleh diambil contoh.
Walaubagaimanapun tidak salah untuk mulakan sebelum masuknya bulan mulia untuk melatih diri menjadi satu kebiasaan. Tambahan pula jangan terlalu fokus untuk melakukan ibadah tetapi jadikan satu bahagian dalam hidup kita.
Nescaya ia dapat mengubah perspektif kita dalam kehidupan seharian.
Jangan Latih Diri Untuk Membazir
Photo from FMT
Ini ialah perkara yang sering kita lakukan dan dipandang remeh oleh masyarakat tempatan. Bagi segilintir tidak mengapa beli makanan banyak-banyak sewaktu berbuka dengan alasan "dah penat berpuasa".
Haa.. kemudian apa jadi dengan makanan tersebut? Pengakhirannya dibuang ke dalam tong sampah dah jadi satu pembaziran. Tahun ni apa kata kita ambil perkara ini lebih berat dengan melatih diri untuk tidak membazir.
Photo from FB | Bazaar Ramadhan Shah Alam
Ketahu berapa banyak kita boleh makan dan berhenti sebelum kenyang. Jangan terlalu mendengar hawa nafsu yang ingin makan semua benda dalam satu masa kerana itu akan membuatkan korang muntah semula sahaja.
Ambil Peluang Untuk Jadikan Ramadhan Tahun Ini Lebih Baik
Mungkin sebelum ini kita ambil ringan dalam bulan mulia dengan membiarkannya pergi dan kembali. Namun untuk tahun ini dengan tips yang min kongsikan dapat juga korang dapat bersedia menghadapi bulan Ramdhan.
Kemudian mungkin dapat merasai kenikmatan melakukan ibadah serta melihat daripada perspektif berbeza. Mari jadikan tahun ini sesuatu yang lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Mungkin korang suka: