Cor Blimey Menghidangkan Fish & Chips Original Paling Sedap!
Kalau nak cari kedai yang jual Fish & Chips yang autentik dalam negara mesti susah kan? Nasib baik ada Cor Blimey, sebuah restoran yang menyajikan makanan Inggeris autentik untuk memuaskan selera orang tempatan sampai pernah menang anugerah lagi tau!
Nak mencari makanan autentik Inggeris bukan main payah sekali. Selalunya kalau kita menyebut 'makanan barat' ia bermaksud makanan yang datang daripada benua barat Eropah dan Amerika.
Contohnya macam steak, grilled chicken, spaghetti dan lain-lain menjadi kegemaran orang tempatan untuk menikmatinya pada masa-masa tertentu. Namun, rata-rata makanan ini asalnya datang daripada negara seperti Itali dan Amerika Syarikat.
Sebab itu kalau nak cuba rasa makanan Inggeris yang autentik memang payah. Tak ramai orang tempatan tahu budaya makanan Inggeris kecuali fish & chips yang kita dah biasa makan dari kecil.
Namun, yang kita biasa makan tu kualitinya sangat rendah kerana bahan mereka gunakan. Kedai biasanya akan beli versi beku dihidangkan bersama jejari kentang beku bersama sos mayo dan cili yang kualiti rendah.
Harga mereka caj pula terlalu mahal. Tak berbaloi kan? Haa.. kalau menyinggah ke Cor Blimey korang ada peluang untuk menikmati rasa fish & chips yang sebenarnya dan beberapa pilihan makanan inggeris yang menyelerakan.
Makanan Inspirasi Barat Berjiwa Orang Tempatan
Photo from IG | corblimey_britishfishnchips
Tiap kali min lalu sebelah restoran ini, min selalu sangka iannya mungkin dibuka dan diusahakan oleh orang Inggeris. Ini kerana daripada dekorasi, gaya menu sehingga ke suasana tak nampak gaya Malaysia langsung.
Alangkah terkejutnya apabila min dapat tau sebenarnya kedai ini diusahkan oleh orang tempatan kita. Adam Hanrahan dibesarkan di United Kingdom (UK) dan sering pulang ke negara bersama keluarganya yang berasal dari Klang.
Impiannya adalah untuk membuka sebuah restoran dan memandangkan dia telah dibesarkan di UK serta sudah biasa menikmati makanan inggeris yang sebenarnya. Tidak terkejut, Cor Blimey diusahakan olehnya.
Bersama Fadya, rakan kongsinya yang membantu untuk mengusahkan sebuah restoran menyajikan makanan berinspirasi daripada budaya pub inggeris mencampurkan dengan selera dan perspektif orang Malaysia.
Cor Blimey, Muslim-Friendly Fish & Chips Original
Photo from IG | corblimey_britishfishnchips
Sebelum membuka restorannya kepada pelanggan, pasangan ini mengambil masa lebih daripada 6 bulan untuk menghasilkan resipi sendiri. Mereka pelajari daripada pelbagai buku resipi, chef, internet dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakan resipi ini.
Resipi tersebut sentiasa ditambah baik dengan menambah beberapa elemen sepanjang tempoh perniagaan. Ini kerana mereka ingin memastikan setiap makanan yang keluar dari dapur Cor Blimey mempunyai rasa tempatan.
Lebih menarik apabila tujuan utama Adam membuka Cor Blimey adalah untuk menghasilkan fish and chips paling autentik supaya semua orang menikmatinya. Sebab itu dia memastikan semua bahan digunakan adalah muslim friendly.
Adam juga mengelak menggunakan sebarang alkohol dalam makanannya untuk menepati prinsipnya. Selain itu, jejari kentang yang menjadi pelengkap hidangan bukan beli daripada pasar raya dan goreng tangkap muat sahaja.
Photo from IG | corblimey_britishfishnchips
Semuanya dihasilkan daripada restoran itu sendiri menggunakan resipinya diperbuat dari tangan untuk mengekalkan keasliannya.
Dekat Cor Blimey, Ada Banyak Pilihan Ikan Tau
Photo from IG | corblimey_britishfishnchips
Memandangkan watak utama di Cor Blimey adalah fish & chips mesti ada satu jenis sahaja kan? Haa.. ini yang membezakan restoran autentik daripada restoran lain kerana pelanggan berpeluang untuk pilih 5 jenis ikan bersama 2 makanan ringan untuk melengkapkan satu hidangan.
Ikan yang boleh dipilih bermula dengan ikan dory, ocean perch, cherry snapper, sea bass dan atlantic cod. Setiap satu ikan mempunyai perwatakan berbeza memberi rasa tersendiri dengan profil rasa yang cukup unik.
Dah pilih ikan, korang kena pilih pilihan adunan tepung pula! Haa.. sama seperti pilihan ikan ada 5 jenis adunan iaitu plain, lemon herb, onion garlic, chilli lemon dan western curry untuk menambah rasa lebih menyelerakan.
Untuk melengkapkan pinggan korang akan ada 2 makanan ringan. Pilihannya adalah jejari kentang, creamy mashed potatoes, coleslaw, baked beans dan makanan kegemaran Inggeris mushy peas.
Bagaimana pula dengan rasanya? Menurut pelanggan, adunan tepung yang mereka hasilkan memberikan tekstur ranggup dan padat dengan rasa. Isi ikan pula lembut, mudah lerai dan diperasakan dengan cukup baik.
Photo from IG | corblimey_britishfishnchips
Tambahan pula dengan pilihan sos yang diberikan. Ada 3 pilihan sos untuk korang pilih iaitu western curry sauce, onion gravy, creamy herb yang biasa dinikmati oleh orang Inggeris di UK.
FISH N CHIPS Paling Sedap Di Malaysia
Photo from IG | corblimey_britishfishnchips
Pada tahun 2022, Cor Blimey mendapat gelaran BEST FISH N CHIPS dalam negara oleh My Local British Shop. Mereka berjaya meraih lebih daripada 10 ribu undian menunjukkan bakat mereka dalam menghasilkan fish & chips yang menyelerakan.
Selain daripada makan ikan sahaja, korang jugak boleh cuba calamari rings, homemade fish cakes, tiger prawn scampi atau kongsi bersama dengan memesan Ocean Catch seafood board.
Kalau tak terasa nak makan fish & chips, Cor Blimey menyediakan pie & mash juga merupakan salah satu makanan kegemaran orang Inggeris. Tambahan pula, tak minat ikan digoreng dalam adunan tepung?
Pelangan boleh mencuba pan-seared fish and chips yang tidak menggunakan adunan tepung. Sebaliknya mereka mengoreng dengan kuali sahaja dan dihidangkan bersama 2 makanan ringan.
Photo from IG | corblimey_britishfishnchips
Hanya di Cor Blimey sahaja korang dapat menikmati makanan Inggeris yang autentik dihasilkan oleh orang tempatan.
Cawangan Subang Jaya,
📍 23 Jalan SS 15/4 Subang Jaya, Selangor, 47500, Malaysia.
⏰ Selasa - Ahad (Hari bekerja, 5 pm - 10 pm / Hari minggu, 12 pm - 10 pm) Isnin (tutup)
Cawangan Desa Sri Hartamas
📍Ground Floor, No 58, Jalan 27/70a, Desa Sri Hartamas, 50486 Kuala Lumpu
Cawangan Petaling Jaya
📍No 33 Jalan SS 21/1A, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia