download Jom Explore app
Cicada 3301: Misteri Internet Paling Hebat

Cicada 3301: Misteri Internet Paling Hebat

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 27 Dec 2023
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Min nak tanya korang ni jenis suka menyelesaikan kod rahsia dan teka-teki tak? Pernah tak korang dengar kisah Cicada 3301 yang telah menyebabkan hampir satu dunia fokus kepadanya semata-mata untuk menjadi orang pertama menyelesaikan kod rahsianya. Ini kisah tentang sebuah misteri yang tiada penghujung cerita.

Internet adalah seperti sebuah lautan, iannya luas dan tidak berkesudahaan dengan kedalaman yang kita tak tahu mengandungi apa sehingga kini. Misteri seperti Cicada 3301 hanyalah satu daripada banyak misteri yang tidak dapat diselesaikan di Internet.

Perkara seperti ini sentiasa mendapat perhatian daripada pengguna Internet. Ini kerana mereka dapat merasai satu kenikmatana apabila berjaya menyelesaikan sebuah kes yang tak dapat diselesaikan.

Tiada siapa tahu siapa disebalik teka-teki ini serta kenapa disiarkan kepada orang awam. Hadiah atau sebarang ganjaran pun tidak ditulis pada mesejnya jadi kenapa selama tiga tahun berturut-turut ia menyiarkan teka-teki yang susah.

Banyak teori telah wujud mengenai tujuannya dan ia turut digelar sebagai teka-teki paling rumit dan membingungkan dalam zaman Internet. The Washington Post mengelarkannya sebagai 5 misteri internet paling menakutkan dan tidak dapat diselesaikan.

Nak selesaikan kiub rubik pun dah pening apa lagi teka teki iniPhoto from Unsplash

Ada juga mendakwa bahawa ia adalah sebuah konspirasi Masonik iaitu sebuah syarikat siber ingin mencari individu yang mempunyai bakat yang hebat. Walaubagaimanapun, ini kisah misteri Cicada 3301.

Semuanya Berlaku Pada Januari 5, 2012

Gambar ini menjadi simbol kepada Cicada 3301Photo from Digital Daze

Ramai sangkakan bahawa Januari 5, 2012 adalah hari biasa. Tiada apa-apa akan berlaku dan menggap hari akan berjalan macam biasa tanpa segan silu. Namun, semuanya berubah apabila seorang pengguna menyiarkan sebuah mesej di laman sesawang 4Chan.

Seorang individu tak dikenali telah menyiarkan sebuah teka-teki yang berjalan selama sebulan. Ia dikenali sebagai teka-teki pusingan pertama dan tepat setahun seterusnya pusingan kedua pula dikeluarkan.

Pusingan tiga pada tahun seterusnya juga dikeluarkan. Setiap satu mempunyai mesej yang ditulis "mencari individiu yang pintar," Cicada 3301 mencabar individu untuk mencari mesej rahsa yang tersembunyi dalam setiap teka-teki yang diberikan.

Kemudian setiap mesej pula ditinggalkan sebuah mesej daripada pemiliknya. Mesej berbaur "Hello, kami sedang mencari individu yang sangat bijak. Untuk mencari mereka, kami telah merangka ujian,

Ini pautan mesej yang menyatakan hasrat merekaPhoto from The Guardian

Terdapat mesej tersembunyi dalam imej. Selesaikannya dan ia akan membawa korang ke jalan mencari kami. Kami tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan beberapa orang yang akan berjaya melaluinya. Semoga berjaya,"

Apa Tujuan Sebenar Cicada 3301 Ni Sebenarnya?

Apa tujuan mereka dihasilkan menjadi sebuah misteriPhoto from Pinterest

Korang yang sedang membaca article ini pasti mempunyai persoalan yang sama. Apa sebenarnya tujuan teka-teki ini dihasilkan dan apa tujuan utama ia dikeluarkan oleh kumpulan misteri ini.

Hanya diketahui adalah mereka sedang mencari individu yang sangat bijak. Kemudian apa yang diperlukan daripada individu tersebut? Adakah mereka dapat berkerja dengan organisasi rahsia terbesar negara atau hanya sebuah permainan sahaja.

Itulah yang sentiasa ditanya-tanyakan oleh mereka yang cuba menyelesaikan teka-teki ini. Walaupun matlamat utama masih belum diketahui dan beberapa orang menegaskan bahawa Cicada 3301 adalah organisasi rahsia dengan objektif untuk mempertingkatkan privasi dan rahsia sulit.

Ada juga mengatakan iannya sebuah kultus atau agama sesat. Daripada menggunakan kaedah mengambil teka teki, mereka menghasilkannya sendiri untuk mencari ahli mempunyai kepakaran dalam kriptografi serta keselamatan komputer.

Beberapa individu menjangkakan bahawa menyelesaikan teka-teki akan mendedahkan identiti pemiliknya. Menariknya, jika korang menyelesaikan satu bahagian, bahagian seterusnya akan menjadi lebih sukar dan hanya beberapa individu sahaja mencapai tahap terakhir.

Selesai satu bahagian, bahagian seterusnya menjadi lebih sukar seperti gambar iniPhoto from The Guardian

Sehingga kini, identiti sebalik permainan dan motivasinya kekal menjadi sebuah misteri.

Struktur Teka-Teki Cicada 3301 Untuk Korang Cuba!

Contoh teka teki yang korang boleh jumpaPhoto from NPR

Korang rasa ada peluang tak untuk menyelesaikan teka-teki yang dihasilkan ini? Cicada 3301 mencipta sebuah teka-teki yang susah untuk dijawab oleh sesiapa tanpa pengetahuan yang betul dalam pelbagai prinsip terutama sains komputer.

Setiap teka teki akan mengikut formula dan prinsip yang sama. Semuanya bermula dengan:

  1. Sekeping gambar disediakan. Peserta mendapati terdapat mesej rahsia disediakan dalam gambar tersebut yang perlu dinyahkod menggunakan teknik Caesar Cipher selepas membuka imej tersebut. Kemudian, petunjuk itu diarahkan ke pautan seteursnya.
  2. Beberapa gambar mempunyai pelbagai motif yang dicampuradukkan. Terdapat pelbagai koleksi huruf, angka Maya, kod buku dan gambar-gambar lukisan lama.
  3. Proses seterusnya, peserta askan diberkan satu nombor telefon untuk petunjuk seterusnya. Ia adalah sebuah imej dengan beberapa nombor perdana dalamnya.
  4. Kemudian, satu pautan membawa peserta ke satu skrin dengan gambar serangga cengkerik serta satu masa yang akan tamat tempoh dalam masa tiga hari.
  5. Laman web itu menyediakan 14 koordinat GPS kepada beberapa lokasi. Selepas tiga hari, peserta yang menjumpa kod QR dan imej Cicada yang dilekatkan pada lokasi tersebut dapat menerusi tahap seterusnya.
  6. Mereka akan diberikan satu pautan mengandungi puisi William Gibson "Agrippa". Selesaikannya dan korang dapat masuk kumpulan rahsia ini.

Kalau Dapat Masuk, Dapat Buat Apa Sahaja

Marcus Wanner, salah satu individu yang berjaya menyelesaikan teka teki CicadaPhoto from Virgina Tech Magazine

Marcus Wanner adalah individu pertama yang berjaya menyelesaikannya pada tahun 2012. Menurut beliau, dia telah dipersoalkan mengenai pendirian dan pendaapt tentang kebebasan internet, penapisan maklumat, privasi dan kebebasan maklumat.

Mereka yang memberi respons sewajarnya akan dijemput ke forum rahsia. Mereka diberi arahan untuk mencipta dan menyelesaikan projek bertujuan untuk memajukan cita-cita Cicada ini.

Walaupun Wanner berjaya menyelesaikannya, sehingga kini tidak dapat menemui pelaku misteri tersebut. Selain itu, Joel Eriksson turut menyelesaikan teka-teki tersebut. Dia mendakwa mendapat jemputan ke dalam rangkaian rahsia.

Cuma, Eriksson telah mendapatkan bantuan untuk pergi ke beberapa lokasi kooridnat yang jauh daripada tempat tinggalnya. Namun, ini menyebakan Cicada telah menghantar mesej menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan cara ini.

Mereka tidak berminat untuk mencari ahli pasukan kerana ingin mencari individu yang berjaya dengan usahanya sendiri. Sehingga kini tiada sebarang info yang dapat dikorek bagi mengetahui siapa dalang disebalik teka-teki ini.

Apa yang kita tahu adalah peninggalan teka-teki serta misteri disebaliknya. Walaubagaimanapun, ini menjadi sebuah misteri terbesar dalam dunia internet yang menyebabkan hampir satu dunia ingin menyelesaikannya.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok