download Jom Explore app
Masyarakat Baba Nyonya Semakin Dilupai?

Masyarakat Baba Nyonya Semakin Dilupai?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 05 Oct 2023
Digital Editor

Negara kita memang tidak asing dengan pencampuran budaya dan etnik bangsa. Sebab itu kita patut meraikan kepelbagaiaan budaya terhasil memberikan lapisan baru dalam masyarakat setempat. Maka, terhasil masyarakat Baba dan Nyonya atau lebih mesra dikenali sebagai Baba Nyonya.

Walaupun Baba Nyonya bukan nama asing dalam masyarakat setempat. Ada segelintir generasi muda langsung tidak mengenali mereka dapat menyebabkan penghargaan terhadap budaya boleh hilang.

Sebab itu, kita perlu mengambil masa seketika untuk mempelajari tentang masyarakat Baba Nyonya. Haa.. ada banyak sangat perkara dan sejarah yang kita boleh pelajari dari Baba Nyonya tau.

Daripada cara berpakaiaan, motif seni, gaya masakan dan gaya hidup. Semuanya mempunyai maksud tersirat terhasil daripada beratus tahun lagi akibat pencampuran pelbagai budaya dengan masyarakat setempat.

Baba Nyonya mempunyai budaya yang kaya dengan sejarah!Photo from Klook

Kali ini jom kita belajar dan kenal masyarakat Baba Nyonya!

Siapakah Masyarakat Baba Nyonya Ini?

Perkahwinan campur menyebabkan berlakunya campuran budayaPhoto from EZ MALAYSIA NEWS

Masyarakat Baba Nyonya dipercayai berasal dari Melaka. Pada kurun ke-15, Melaka merupakan sebuah pusat perdagangan terkenal selalu memberi penghormatan kepada kerajaan negara lain seperti Cina. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan diplomatik.

Pada tahun 1459, Raja Cina telah menghantar puteri Hang Li Po kepada Sultan Melaka sebagai tanda penghargaan. Disebabkan itu, pengikut puteri menjadikan Bukit Cina sebagai tempat peninggalan mereka dan lahirnya 'Peranakan'.

Mereka masih mengekalkan budaya dan kepercayaan mereka daripada Cina namun telah bercampur dengan budaya tempatan secara asimilasi. Antara tradisi yang dikekalkan seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung.

Selain itu, ada juga sedikit pengaruh daripada budaya penjajah. Terdapat tanda Portugis, Belanda, British dalam budaya Baba Nyonya kerana kebanyakkan mereka belajar di bawah orang Inggeris semasa zaman penjajahan.

Oleh itu, mereka lebih berpendidikan serta mempunyai minda lebih terbuka untuk menerima budaya luar. Interaksi mereka juga menyebabkan mereka mampu bertutur tiga bahasa iaitu Cina, Melayu dan Inggeris.

Disebabkan pencampurna budaya lah wujudnya sebuah budaya lebih kompelksPhoto from Eksentrika

Pencampuran banyak budaya menyebabkan penghasilan sebuah budaya baru jauh lebih kompleks. Walaupun mereka telah mempunyai gaya hidup yang baru tradisi asalnya masih kuat untuk mengekalkan identiti Baba Nyonya.

Keunikkan Budaya Baba Nyonya

Seni bina mereka sahaja sudah cukup untuk menceritakan betapa dalamnya hasil seni budayaPhoto from thelocaltravelguide

Apa yang membuatkan masyarakat Baba Nyonya unik adalah budaya mereka. Masih banyak tradisi asli mereka dikekalkan dapat memberi kita peluang untuk mempelajari keunikkan dan kekayaan budaya ini.

Daripada aspek pakaian sahaja dah menarik. Pakaian tradisional terdiri daripada baju kebaya dan kerongsang. Baju kebaya pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju panjang dan batik sarung.

Mereka juga terkenal dengan rekaan kasut manek yang dipenuhi dengan motif bunga. Motif ini terhasil daripada pengaruh Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar dan sarung batik.

Kasut ini turut ditambah tumit untuk mengikut masa moden. Selain itu, kebanyakkan orang Baba berasal daripada keturunan Hokkien namun ada juga berasal daripada keturunan Kantonis dan Hakka.

Selain daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura pun mempunyai keturunan Baba Nyonya. Rumah tradisional pula dibina berdasarkan seni bina tradisional Cina berbanding seni bina tradisional Melayu.

Pakaian tradisional mereka pula mempunyai warna meriah serta motif cantik!Photo from BABA NYONYA

Haa.. mereka pun masih mengikut adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang dipenuhi dengan pakaian berwarna-warni. Bukan warna je meriah, pakaian pula sangat cantik kerana dipenuhi dengan pelbagai motif.

Mereka Pun Mempunyai Tradisi Makanan Tau

Antara makanan baba nyonya paling popular, laksa nyonyaPhoto from Serious Eats

Haa.. kalau bercerita pasal makanan pun takda kurang tau. Ramai tak tahu yang makanan daripada Baba Nyonya pun sedap dan boleh lawan dengan resipi tradisional makanan yang lain. Tetapi nak cari yang asli itu yang susah.

Kalau korang berpeluang untuk menikmati makanan asli Baba Nyonya ada beberapa makanan yang orang rekomen untuk korang wajib cuba. Antaranya adalah Laksa Nyonya yang sedikit berbeza daripada laksa yang kita biasa makan.

Air rebusan menggunakan ayam direneh bersama daun kesum dan bunga kantan. Mee yang digunakan adalah mee gandum tebal dan dihidangkan bersama hirisan ayam, udang, sayur, taufu kering dan sambal tumis.

Nasi kunyit adalah hidangan khas daripada mereka. Beras pulut dimasak dengan santan dan kunyit dihidangkan bersama kari ayam, rendang dinikmati ketika perayaan bulan pertama untuk bayi baru lahir.

Nasi kunyit pun salah satu makanan tradisi merekaPhoto from WoonHeng

Selain itu, acar ikan nyonya adalah antara lauk popular. Mempunyai rasa masam, manis dan pedas cukup untuk membuka selera kita apabila dipadankan bersama nasi putih! Memang bertambah makan jadinya.

Haa..mereka pun ada kuih tradisional yang dikenali sebagai Kuih Ang Ku. Kuih ada rasa manis diperbuat daripada tepung pulut berintin kacang merah, kacang hijau dan kelapa tau. Bentuknya seperti kura-kura yang dipercayai dapat memanjangkan usia sesiapa yang makannya!

Kuih kura-kura katanya dapat panjangkan usia kita? Taknak cuba?Photo from Malay Mail

Masyarakat mereka memang kaya dengan kepelbagaian tradisi. Memang sedih kalau generasi muda seterusnya tidak mengambil peluang untuk belajar serta menikmati keindahan tradisi yang sangat unik.

Mungkin korang suka baca:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok