
Badan Lebih Segar dengan Diane Perfect Beauty Protect Body Wash — Raih Penilaian Tinggi & Kepuasan Pengguna!
Kulit perlukan perhatian khas untuk kekal lembut, segar dan bebas bau. Diane Perfect Beauty Protect Body Wash dari Jepun menawarkan perlindungan 99.9% antibakteria, melembapkan & menyegarkan sepanjang hari .
Mandian ini sesuai untuk seisi keluarga, dengan tekstur lembut dan wangi buah-buahan & floral yang menenangkan. Selepas mandi, badan terasa lembap, kulit anak-anak pun selesa walaupun mereka aktif bergerak atau bermain.
Pilihan Varian Diane:
💛 Active Deo – Kawal bau untuk si aktif. Wangian: Pomelo, cassis & limau gedang yang bertenaga.
🌸 Brightening – Kulit lebih cerah & berseri. Wangian: Epal, cassis & pir yang ceria.
🩷 Dry Skin – Kelembapan tahan lama. Wangian: Verbena, teh hijau & cassis yang menenangkan.
💙 Fresh & Cool – Rasa sejuk berpanjangan.
Kenapa Diane Perfect Body Wash Istimewa?
-
Lembap & Selesa: Menjaga kelembapan kulit tanpa rasa tegang atau kering.
-
Perlindungan Antibakteria: Kandungan 99.9% anti-bakteria membantu melindungi kulit daripada bakteria berbahaya.
-
Wangian Segar & Menenangkan: Kombinasi pudina, limau gedang, floral & fruity memberikan kesegaran sepanjang hari.
-
Mesra Semua Kulit: Sesuai untuk kulit sensitif, kanak-kanak dan dewasa.
-
Praktikal & Mudah Digunakan: Tekstur lembut, mudah berbuih, menjadikan rutin mandi lebih menyenangkan.
Ulasan Pengguna Sebenar ✍️
Wan Nur Mashitoh - Rasa Yakin, Bebas Bau Badan Sepanjang Hari

Sejak mula pakai Body Wash Diane Active Deo, rasa macam ada ‘shield’ perlindungan untuk badan sepanjang hari. Kulit rasa segar, lembap, dan bau wangi yang natural memang tahan lama walaupun selepas aktiviti harian yang sibuk. Memang sesuai untuk yang mudah berpeluh atau aktif bergerak. Anak pun selesa pakai sebab lembut pada kulit tapi masih bantu lawan bakteria. Praktikal, mudah, dan rasa yakin setiap kali mandi

Amiratul Nadia – Rutin Mandi Sempurna

“Perfect Beauty Protect Body Wash (Active Deo) memang best untuk keluarga aktif! Lepas mandi, badan anak-anak rasa segar, wangi, dan bau badan terkawal sepanjang hari walaupun mereka banyak bergerak atau bermain. Kulit pun lembap dan selesa, tak tegang atau kering, jadi tak perlu risau. Teksturnya lembut dan mudah digunakan, sesuai untuk rutin harian anak-anak. Sangat berkesan untuk kesegaran yang berpanjangan dan perlindungan antibakteria, membuatkan ibu bapa rasa tenang bila anak mandi dengan selamat dan bersih!”

Nur Haifa Fareena – Umur 3 Tahun Pon Boleh Guna!

Body Wash Diane ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana formulanya lembut tetapi berkesan dalam melindungi kulit daripada bakteria. Malah, ia juga selamat dan sesuai digunakan oleh semua ahli keluarga, menjadikannya pilihan ideal untuk rutin mandi harian yang menjaga kebersihan sambil mengekalkan kelembutan kulit

Nurin Adriana – Antibacterial Tapi Wangi

“OBSESSED with this body wash!! Even after shower, my skin stays lembut, hydrated sangat & the smell is still there! Even though this body wash cakap its for antibacterial, tapi bau dia tak macam bau antiseptik tau, bau dia wangi macam bunga & bubblegum dan tahan berjam-jam, which honestly boosts my confidence bila keluar. I don’t even feel the need to layer on body mist sebab my skin dah bau wangi. I would say it works so well for all skin type, because of how gentle it feels on your skin. My skin is quite dry sometimes, and a bit sensitive, tapi bila pakai this body wash, there is no irritation at all and it really leaves your skin feeling hydrated & moist. I’d totally recommend it if u want more than just basic cleanse. 😚🩷”

Ainaa Khairunnisa – Mesra Kulit Eczema

“Wanginya bau fruity floral! Saya memang suka fragrance tapi kulit agak sensitif sebab ada eczema history. So far pakai takde gatal-gatal ke apa dan dalam masa yang sama dia melembapkan kulit so jadi smooth jeee. Untuk brightening effect macam nampak burn dekat tangan ada kurang sedikit. Harga pun ngam dengan kuantiti produk.”

Nor Dalila Hanis – Gentle, Lembap & Fresh

“Honestly memang sangat best! Sejak guna mandian ni, kulit saya rasa lebih lembap, lembut dan segar lepas mandi, tak rasa kering langsung. Bau dia pun wangi buah-buahan yang segar dan menenangkan, jenis tak menyengat dan selesa untuk dipakai setiap hari. Paling saya suka, mandian ni sesuai untuk kulit kering dan sensitif macam kulit saya, tak buat kulit rasa gatal. Overall memang puas hati dan saya memang recommend sangat untuk korang yang tengah cari mandian yang gentle tapi bagi rasa fresh sepanjang hari. Wajib cuba!”

Nur Shazwani – Praktikal & Mesra Keluarga

“Selepas menggunakan Body Wash Diane, badan akan rasa segar, lembap, dan wangi. Harumnya yang menyenangkan juga agak tahan lama, membuatkan anda berasa yakin sepanjang hari. Ia sangat sesuai digunakan untuk anak-anak selepas mereka bermain, kerana formulanya yang mempunyai perlindungan antibakteria membantu memastikan mereka bersih dan selesa selepas mandi.

Amiratul Najihah – Mencerahkan Kulit Saya

“Sumpah best Diane Body Wash ni! Kulit rasa segar sangat lepas mandi. Dulu kulit nampak kusam, tapi sejak tukar ke varian Brightening ni, ramai kawan tegur kulit nampak lebih bersih. Walaupun harga mahal sikit dari sabun biasa, tapi sangat berbaloi dengan kualiti dia.”

Nor Farah Diana – Body Wash Paling Recommended

“Best gila! Lepas mandi, badan rasa super bersih, kulit lembap je, langsung tak tegang atau kering. Bau wangi pun tahan lama, rasa confident je bila keluar rumah. Memang sesuai untuk semua jenis kulit, dan aku memang recommend sangat kalau nak mandi yang bukan sekadar bersih tapi buat rasa fresh sepanjang hari!”

Nurul Fatin Syahirah – Wangi, Pekat & Berbaloi

“Body wash yg sangat wangi dan pekat. Sekali picit sahaja boleh guna setengah badan. Sangat berbaloi. Kulit terasa licin dan daki pada kulit hilang serta-merta. Walaupun harga agak mahal tapi kualiti yg diberi mampu menghilangkan kesangsian masa membeli.”
Siti Anith – Rasa Segar & Berseri

“Selepas menggunakan sample Body Wash Diane Brightening, kulit rasa bersih, lembap, dan selesa. Bau badan terkawal, kulit tiada iritasi. Saya berharap dengan penggunaan yang konsisten, kulit mampu kelihatan lebih berseri dan sedikit lebih cerah.”

Dengan Diane Perfect Beauty Protect Body Wash, mandi bukan sekadar membersihkan ia melembapkan, menyegarkan & melindungi kulit sepanjang hari. Sesuai untuk seisi keluarga, dari anak-anak kecil hingga dewasa, serta mereka yang aktif dan sentiasa bergerak.
💧 Kulit Lembap & Selesa
🌿 Perlindungan Antibakteria 99.9%
🍊 Wangian Segar & Menenangkan
👨👩👧👦 Mesra Semua Kulit & Keluarga Aktif
✨ Membuat Rutin Mandi Lebih Menyenangkan & Praktikal
Dengan Diane, kulit kekal lembut, segar dan wangi, menjadikan rutin mandi lebih menyeronokkan! 💜




