download Jom Explore app
DUDUK PLAYGROUND Edisi Cuti HUJUNG TAHUN PALING Meriah Di Majestic Labs @ Eco Majestic

DUDUK PLAYGROUND Edisi Cuti HUJUNG TAHUN PALING Meriah Di Majestic Labs @ Eco Majestic

Lifestyle Hot & Viral
By Ayunie Husna on 05 Dec 2025
Digital Editor

Akhir tahun dah semakin hampir, dan kalau anda tengah tercari-cari tempat nak lepaskan tekanan 2025 dengan gaya santai  sambil makan, bergambar, beraktiviti dan malam tahun baru inilah masa yang anda tunggu-tunggu.

DUDUK PLAYGROUND kembali lagi dengan suasana yang lebih meriah, konsep lebih besar, dan pengalaman yang lebih menyeronokkan! Tema tahun ini SELAMAT DATANG KE KEM LALALA 

Bertempat di Majestic Labs @ Eco Majestic, festival kali ini akan berlangsung selama 5 hari penuh aktiviti  pada 20–21 Disember 2025, 27–28 Disember 2025, dan kemuncaknya pada malam tahun baru 31 Disember 2025!

 

🌿 DUDUK Makanan & Shop — Port Makan, Beli Belah Dan Lepak

Kalau anda suka suasana macam food bazaar meets creative market, inilah zon yang korang tak boleh lepaskan! 

Di sini ada lebih gerai makanan dan minuman yang menyajikan pelbagai hidangan menarik daripada snek ringan hingga makanan fusion yang unik.

Lepas makan, boleh terus sambung cuci mata di vendor retail tempatan, bawa balik hasil tangan kreatif peniaga muda dan artis tempatan. 

🏕️ Suasana Camp Paling Chill

Mula hari anda dengan DUDUK Makanan & Shop, di mana pelbagai makanan sedap dan barangan menarik menanti. Lepas itu, singgah di Campers’ Stop & DUDUK Mobile untuk duduk sebentar, tangkap gambar, dan nikmati suasana sekitar.

Apabila matahari mula turun, Twilight Zone adalah tempat terbaik untuk bersantai dan berbual-bual dengan rakan-rakan.

Untuk mereka yang suka aktiviti kreatif, Camp Games dan Ruang Kraf menawarkan ruang untuk bermain dan mencipta karya menarik.

Tak lupa juga DUDUK Hour, waktu untuk berkumpul, berinteraksi, dan bergembira bersama komuniti. Dan penutup hari yang paling dinanti,

DUDUK Jams – gabungan unik muzik akustik dan rentak DJ santai yang pasti memikat hati!

Dari pagi hingga malam, DUDUK PLAYGROUND menyediakan pengalaman lengkap untuk semua. Jadi, datanglah, duduk, nikmati, dan cipta memori indah!

🎁 Daftar & Tebus — Dapat Hadiah Ekslusif

Nak pengalaman DUDUK PLAYGROUND yang lebih lengkap? Daftar secara online dan dapatkan hadiah eksklusif*! 😍

🖥️ Daftar Online:
Daftar awal sekarang dan rebut peluang untuk dapat hadiah misteri*.

Siapa cepat, dia dapat! ⏳

Stok terhad, jangan tunggu lama.

🚶‍♀️ Walk-in pun boleh! Nak lagi berbaloi? Pra-daftar siap-siap! Jadi cepat daftar awal sebelum 19 Disember 2025, 4pm! 

Nak lebih banyak tawaran menarik? Ambil Bingo Experience Card anda di kaunter pendaftaran dan selesaikan tugasan yang ditetapkan dengan mengumpulkan cop untuk dapatkan hadiah istimewa! Kuantiti terhad, siapa cepat dia dapat!*

🧸 Kotak Misteri DUDUK Buddies — Blind Box Yang Comel!

Untuk pengunjung yang suka barang ‘limited edition’, jangan lepaskan peluang dapatkan Kotak Misteri DUDUK Buddies! 🎁

Ada 6 karakter comel yang menunggu untuk dikumpul setiap satu dengan rekaan dan personaliti tersendiri. Satu kejutan menarik untuk peminat Duduk, dan siapa tahu, mungkin korang dapat karakter paling rare! 💖

🎆Malam Tahun Baru Paling 'Happening' - 'Countdown' Gaya DUDUK

31 Disember nanti, kalau korang masih fikir nak countdown kat mana  tak perlu pening lagi.DUDUK PLAYGROUND Edisi Cuti akan jadi lokasi paling menarik dan meriah untuk sambut tahun baru!

Bayangkan suasana muzik live, lampu berwarna, orang ramai bersorak bersama dan langit diterangi bunga api* tepat tengah malam. Semua ini korang boleh nikmati dalam suasana camp yang santai tapi tetap meriah.

Dan pastinya, banyak spot bergambar lawa dari DUDUK Mobile yang bercahaya sampai Twilight Zone yang romantik  memang wajib untuk isi feed Instagram korang sebelum masuk tahun baru! 

🌌Lebih Dari Festival- Ia Satu Pengalaman

DUDUK PLAYGROUND Edisi Cuti  bukan sekadar acara hujung minggu. Ia satu tempat untuk korang berehat, berhubung, dan cipta memori baru. 

Sama ada datang dengan kawan, keluarga atau pasangan  semuanya dijamin akan bawa pulang kenangan yang hangat. Jadi, kalau korang nak akhiri tahun 2025 dengan gaya chill, penuh warna dan semangat positif, inilah tempatnya.

Risau tak jumpa tempat letak kereta? Jangan bimbang~ gunakan kod promosi* Grab 【DUDUK2255】 untuk perjalanan yang lebih mudah dan nikmati diskaun!

📅 20–21 Dis 2025 | 27–28 Dis 2025 | 🎆 31 Dis: 6PM–1AM

📍 Majestic Labs @ Eco Majestic, Semenyih

 📅 31 Dis 2025 (Malam Tahun Baru) 

🕓 6PM–1AM

Daftar sekarang melalui WhatsApp di [https://wa.link/zrirtm]

Ketahui lebih lanjut tentang acara ini di [https://www.duduk.my/dudukplayground/]

*Tertakluk kepada terma & syarat.

* Agenda acara & pertunjukan bunga api tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.

 

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok