Netizen Kecewa Bangunan Bersejarah KL Semakin Uzur
Umum mengetahui Kuala Lumpur dipenuhi dengan pelbagai bangunan bersejarah yang sudah dibina sejak berpuluh tahun dahulu. Kebanyakannya dibina dengan baik memberi refklesi terhadap seni bina pada waktu itu.
Contohnya seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Pasar Seni, Lee Rubber Building dan banyak lagi yang boleh dijumpai. Sudah pasti setiap satu memang penuh dengan kisahnya serta sejarah tersendiri.
Menyimpan seribu satu rahsia, alangkah seronoknya jika kita dapat mendengar kisah apa dilihat oleh dinding ini. Maka, sudah tentu kita perlu perlihara supaya generasi seterusnya dapat melihat betul?
Ternyata itu hanya angan-angan kerana tular seorang netizen muat naik sekeping gambar menunjukkan keadaan sebuah bangunan bersejarah tidak dijaga dengan baik.
Photo from Perpustakaan Negara Malaysia
"Sayang Tak Terjaga Bangunan Heritage Kita" - Netizen
Photo from X | haaziq_mz
Dalam gambar tersebut, pengguna (@haaziq_mz) meluahkan rasa kecewa melihat sebuah bangunan bersejarah di Kuala Lumpur berada dalam keadaan kurang baik.
Anda akan perasan, bahagian kubahnya itu sudah berubah menjadi warna hitam. Ini kerana ia dipercayai sudah diselaputi dengan lumut. Kesannya menghasilkan pemandangan yang kurang enak kepada orang tempatan dan juga pelancong.
Perkara Ini Telah Menimbulkan Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai
Photo from Wikipedia
Gambar itu tular dan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai. Majoriti mengeluarkan komen dengan mengkritik pihak berkuasa kerana tidak bertanggungjawab atas pemeliharaan warisan sejarah dengan baik.
Ada yang berpendapat bahawa kerajaan sepatutnya menguruskan duit dari rakyat bagi menjaga dengan lebih baik. "Sepatutnya bila dah beli barang nak buat bangunan, tak patut lupa cara untuk memeliharanya," kata seorang netizen.
Photo from Michelin Guide
"Sangat sayang, banyak bangunan sepatutnya dijaga tapi terbiar kerana dimakan usia. Bab penjagaan memang kita ke laut," tambah netizen lain.
Seterusnya, ruang dalaman bangunan turut ditunjukkan. Ternyata akibat terbiar, kekotoran telah menjejaskan keseluruhan bangunan. "Kalau lihat bahagian dalam tepi Masjid Jamek, banyak sampah dan kayu reput berselerak.
Photo from Pixalink
Memang nampak macam rumah yang dah lama ditinggalkan oleh anak cucu," ujar netizen.
Bangunan Bersejarah Berpotensi Untuk Digunakan Sebagai Ruang Komuniti
Photo from KL City
Komen dari seorang netizen memberikan pendapatnya mendapat banyak reaksi dari netizen. Katanya, "Warisan sejarah berpotensi untuk digunakan sebagai ruang komuniti kepada masyarakat umum.
Contohnya Rumah Tangsi dan Panggung Bandaraya di Kuala. Dua bangunan ini telah berjaya ditransformasikan menjadi lokasi acara, pasar, teater dan sebagainya," ujarnya.
Photo from Rumah Tangsi
Selain itu, jika anda sering ke Pasar Seni. Anda pasti telah melihat bagaimana Rex KL menjadi sebuah hab untuk generasi muda lepak dan sebagainya. Dahulunya merupakan sebuah panggung wayang diubah menjadi apa yang diperkatakan oleh netizen tadi.
Photo from Malay Mail
Kenapa Penting Untuk Kita Memelihara Bangunan Bersejarah?
Photo from FuturArc
Menerusi artikel yang ditulis oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) menerangkan kepentingan untuk kita memelihara bangunan bersejarah di negara.
"Dari sudut pelancongan, struktur ini mampu menarik minat pelancong. Sama ada tempatan atau dari luar negara. Kita tidak perlu robohkan tetapi dipelihara dan diubahsuai.
Photo from Britannica
Contohnya, mengubah menjadi muzium, galeri seni yang menjadi perkara biasa di negara Eropah. Kota bersejarah seperti York, Bath, Oxford di England berjaya mempelihara sebahagian besar warisan sejarah mereka.
Usaha ini mampu untuk tarik minat pelancong dari seluruh dunia," ujar mereka.
Photo from Da Best Guesthouse
Justeru itu, perkara seperti ini patut diambil berat oleh pihak berkuasa. Manakala, kita perlu berusaha untuk tidak merosakkan bangunan bersejarah dengan membuang sampah, mengotorkan atau melakukan vandalisma.
Mungkin korang suka: