download Jom Explore app
Tahukah Anda Cara Pindahan KWSP Akaun 3?

Tahukah Anda Cara Pindahan KWSP Akaun 3?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 13 May 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) sudah berkuat kuasa sejak 12 Mei 2024. Tujuannya untuk menangani masalah keperluan kewangan jangka pendek untuk setiap ahli.

Akaun Fleksibel wajar digunakan untuk kecemasan sahaja!Photo from Berita Harian

Akaun Fleksibal boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja tetapi tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan oleh KWSP. Kini terdapat 3 akaun berbeza yang berkaitan dengan penstrukturan ini.

3 akaun tersebut ialah:

  • Akaun Persaraan (75%): Dikenali sebagai Akaun 1, mengumpul simpanan pendapatan untuk persaraan
  • Akaun Sejahtera (15%): Akaun 2 untuk memenuhi kitaran hayat menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan
  • Akaun Fleksibel (10%): Akaun 3 memberikan kita fleksibiliti untuk melakukan pengeluaran bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek

Rajah pecahan untuk 3 akaun dalam KWSPPhoto from eCentral

Namun sebelum korang keluarkan duit setelah habis baca artikel ini. Ada beberapa cara untuk dilakukan supaya proses pengeluaran tidak disekat, ikuti langkah yang min sediakan untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Langkah-langkah:

  • Masuk ke dalam i-Akaun dalam aplikasi KWSP

Langkah 1

  • Tekan ketahui lanjut pada paparan Akaun Fleksibel

Langkah 2

  • Tekan seterusnya

Langkah 3

  • Baca setiap maklumat dan info sebelum korang tekan "pindah sekarang"

Langkah 4

  • Pastikan korang baca terlebih dahulu "Pengikatan Penting" baru pergi ke langkah seterusnya

Langkah 5

  • Ketahui anggaran simpanan dimiliki dalam 3 akaun tersebut

Langkah 6

  • Baca "Perakuan Ahli" dan pergi ke langkah seterusnya

Langkah 7

  • Tekan "Ya" untuk setuju meneruskan proses ini

Langkah 8

  • Pilihan pindahan korang berjaya! Proses ini akan mengambil masa 3-5 hari berkerja

Langkah 9

Apakah Syarat Untuk Pengeluaran Wang Dari Akaun Fleksibel?

Adakah korang layak dan memenuhi Syaratnya?Photo from Sinar Harian

Berikut ialah syarat untuk memastikan korang dapat keluarkan wang dari Akaun Fleksibel:

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel
  • Pengeluaran pada bila-bila masa tetapi dihadkan kepada minimum pengeluaran RM50
  • Permohonan bagi pengeluaran dari Akaun ini boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara
  • Korang hanya boleh lakukan Sekali sahaja pemindahan akaun fleksibel dan tarikh akhir pemindahan ialah 31 Ogos 2024.
  • Korang juga boleh memilih untuk tidak memindahkan sebarang wang ke dalam Akaun Fleksibel

Bagaimana Pula Cara Untuk Keluarkan Wang Dari Akaun Fleksibel?

Haa.. korang dah lakukan pindahan dan memenuhi setiap syarat ditetapkan oleh KWSP. Cara untuk keluarkan pula sangat mudah, berikut ialah langkahnya melalui KWSP i-Akaun:

  • Login ke i-Akaun terlebih dahulu
  • Tekan pada bahagian 'Pengeluaran': Ini akan membawa korang ke menu pengeluaran membolehkan memilih jenis pengeluaran ingin dilakukan

Photo from Firdaus Shakirin | FB

  • Tekan pada 'Keluarkan Simpanan Anda": Proses pemulaan untuk mengeluarkan wang
  • Pilih "Akaun Fleksibel"

  • Lihat jumlah yang boleh dikeluarkan: Akan tertera berapa jumlah maksimum boleh dikeluarkan.
  • Tekan "Keluarkan Sekarang": Langkah terakhir dalam proses pengeluaran dari Akaun Fleksibel.

Justeru korang berjaya mengeluarkan wang daripada Akaun Fleksibel KWSP. Mudah sahaja kan?

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok