download Jom Explore app
Gabungan Beauty Green Tea & Encapsulated Hyaluronic Acid Dapat 100% Kepuasan Penghidratan Segera

Gabungan Beauty Green Tea & Encapsulated Hyaluronic Acid Dapat 100% Kepuasan Penghidratan Segera

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 18 Apr 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Semua orang pasti mengalami saat di mana mereka merasa kecewa apabila mereka melihat pantulan kulit muka yang kusam dan kering di cermin.

Apabila kulit kita terasa kusam, ia adalah tanda bahawa kulit memerlukan perhatian dan penjagaan khas. Tidak perlu panik, kerana dengan penjagaan yang betul, kita boleh memulihkan kelembapan semula jadi dan kecerahan kulit kita. Jom, terokai bagaimana anda boleh memiliki kulit lembut, anjal dengan berseri dengan INNISFREE!

1. Bermula Dengan Kelembapan Yang Optimal!

Tekstur ringan mudah diserap oleh kulit kita tau!Photo from INNISFREE

INNISFREE Green Tea Seed Hyaluronic Serum mempunyai tekstur yang ringan dan mudah diserap oleh kulit. Ia dipadankan dengan "teknologi keseimbangan kelembapan" probiotik teh hijau, yang secara efektif mengimbangi nisbah minyak-air kulit.

Selain itu, ia menggunakan teh hijau Jeju yang kaya dengan asid amino, yang mempunyai keupayaan untuk melembabkan kulit. Dengan teknologi asid hyaluronic kapsul, ia dapat diserap dengan cepat dan memberikan kelembapan yang berpanjangan kepada kulit anda.

Teknologi Asid Hyaluronic Kapsul memberikan kelembapan berpanjangan pada kulit

2. Vitamin C untuk siang, Manakala Vitamin A untuk malam

Cakap bye-bye kepada masalah seperti bintik hitam, jerawat dan kulit kusam!Photo from INNISFREE

Mula hari korang dengan Vitamin C Green Tea Enzyme Brightening Serum, yang menggabungkan gabungan ganda vitamin C dan enzim teh hijau Jeju. Kombinasi ini mampu menyelesaikan masalah seperti bintik hitam, jerawat, kusam dan pigmentasi. 

Ujian klinikal menunjukkan penurunan bintik hitam sebanyak 45% dalam 7 hari, peningkatan kualiti dan kecerahan kulit sebanyak 100%, menjadikan kulit lebih cerah sebanyak 4 kali ganda dalam tempoh 4 minggu!

Bagi penjagaan kulit sesi malam, anda boleh gunakan Retinol CicaRepair Ampoule. Ia diperkaya dengan retinol, ekstrak centella asiatica, dan pelbagai agen pelembap. Ia mampu meredakan masalah pori-pori dan jerawat, serta memberikan penyembuhan lebih efektif.

Penggunan berterusan selama 4 minggu dapat perbaiki kondisi kulitPhoto from INNISFREE

3. Menegangkan Kulit dan Penuaan Awal

Nak dapatkan kulit bersinar? Guna krim ini!Photo from INNISFREE

Min ingin rekomen Collagen Green Tea Ceramide Bounce Cream kepada semua, kerana krim ini diperkaya dengan protein kolagen tumbuhan dari ekstrak rumput laut, serta niacinamide teh hijau. Ia mampu memberikan kelembapan yang segar dan “kilauan” yang berseri yang korang idamkan.

Teknologi kapsul mengandungi 600 miliar butir kolagen mampu meresap hingga ke lapisan kulit ke-15Photo from INNISFREE

Dengan teknologi kapsul eksklusif yang mengandungi 600 miliar butir kolagen, krim ini meresap hingga ke lapisan kulit ke-15, memperkuat penghalang kulit dan menjaga kelembapan hingga 72 jam. Selain itu, teksturnya juga ringan dan mudah diserap.

4. Menyempurnakan Lagi Penjagaan Kulit Dengan Haruman SPECIAL

Ada lima varian eksklusif, jom kumpul semua!Photo from INNISFREE

“My Perfumed Hand Cream Set” mempunyai lima varian eksklusif,dan ia dalah rekaan limited edition Steven Harrington. Setiap pembungkusannya dengan reka bentuk yang comel dan cool, para peminatnya pasti terpikat dengannya, dan ingin mengumpul set ini!

Kerjasama INNISFREE dengan artis Steven Harrington dari Los Angeles untuk hasilkan reka bentuk yang cool dan comel untuk korang kumpul!Photo from INNISFREE

Inspirasi kali ialah dari tempat asal INNISFREE, iaitu Pulau Jeju, dengan menggunakan konsep "ISLE".  Ia menggabungkan elemen ikonik seperti Mello, pokok palma, dan cermin mata hitam ke dalam reka bentuk produk, umpama diselubungi oleh lautan teh hijau.

Tunggu apa lagi? Jom serbu INNISFREE!Photo from INNISFREE

Jom! Tunggu apa lagi, “serbu” koleksi khas ini di laman web rasmi dan outlet INNISFREE hari ini juga!

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok