Komik Dari Tahun 1938 Berjaya Dijual Setinggi RM28.5 Juta!
Tak sangka usaha mengumpul siri komik lama telah mendapat hasil setimpal. Komik dari tahun 1938 merupakan edisi No.1 menampilkan adiwira terkenal iaitu Superman menjadi majalah komik paling mahal dalam dunia.
Komik tersebut menunjukkan kemunculan pertama Superman dijual pada harga $6 Juta (RM28.5 Juta) secara lelongan pada hari Khamis lalu. Menurut Heritage Auctions pengendali jualan itu.
Mereka menggelarkannya sebagai "buku komik paling penting dan berkesan yang pernah diterbitkan,". Ini kerana ia memperkenalkan dunia kepada watak Superman dengan hanya 10 sen bagi satu isu apabila ia mula dikeluarkan 86 tahun yang lalu.
Tambahan pula tanpa Superman dan Action Comics No.1. Nescaya akan wujud 'Zaman Keemasan' komik yang telah mendominasi industri hiburan pada masa kini menurut Naib Presiden Lelongan Warisan, Barry Sandoval dalam kenyataannya menjelang acara lelongan itu.
Menariknya walaupun usianya sangat tua majalahnya dijaga sangat baik. Contohnya, warna masih terang walaupun ada sedikit kesan haus di bahagian atas. Hanya dua salinan yang tidak dipulihkan wujud dalam keadaan lebih baik menurut Heritage Auctions.
Photo from Heritage Auctions
Manakala hanya 100 jumlah dianggarkan dapat bertahan daripada 200,000 jumlah cetakan asalnya.
Halaman Kertas Individu Pun Boleh Cecah $60K!
Photo from Heritage Auction
Jerry Siegal dan Joe Shuster mencipta kisah Superman. Dalam edisi pertama mereka mendedahkan asal usul wataknya sebagai orang asing dihantar ke Bumi untuk melarikan diri dari kemusnahan planetnya.
Mereka turut memperkenalkan watak cintanya iaitu Lois Lane. Akibat nilai begitu tinggi pada isu ini, halaman kertas individu yang dikoyakkan mampu mencecah sehingga $60,000 (RM285,000) setiap satu.
Selain itu siri komik lain juga telah dijual dengan harga begitu tinggi. Termasuk pada tahun 2021 berjaya mencapai harga setinggi $3.25 juta (RM15.4 juta) menjadikan komik paling mahal pada waktu itu.
Photo from Spiderman Auction
Namun pada tahun yang sama, komik pertama menampilkan Spider-Man berjaya mengatasinya. Ia dijual pada harga $3.6 juta (RM17.1 juta) menurut CGC Comics. Kemudian sekali lagi,
Ia dipecahkan oleh komik "Superman #1" pada tahun 2022 berjaya meraih $5.3 juta (RM25.1 juta) dalam jualan persendirian. Sejak penampilan pertamanya, Superman menjadi salah satu watak fiksyen paling dikenali serta kekal dalam budaya pop Amerika.
Photo from Entertainment weekly
Banyak filem, buku, mainan, gula-gula getah, pakaian dan macam-macam telah dikeluarkan berdasarkan watak ini.
Komik Buatan Tempatan Pun Ada Harga Mahal Juga
Photo from Bro Framestore
Jangan sangka komik bersiri luar negara sahaja mampu meraih harga mahal. Koleksi komik buatan tempatan pun berjaya mencapai harga mahal terutama dalam kalangan peminatnya.
Antaranya Salehuddin Nor Azman yang giat berusaha untuk mengumplkan kesemuanya. Dikatakan dia satu-satunya pengumpul berjaya memiliki set majalah Ujang daripada keluaran pertama sehingga akhir (Edisi 505).
Edisi Ujang pertama bermula pada Januari 1994 berakhir Ogos 2015. Menurutnya, dia telah habiskan beribu ringgit bagi membeli dan mengumpul kesemua judul dikeluarkan oleh Ujang, Apo, Varia Lawak dan Lanun.
Kesemuanya mempunyai nilai sentimental membuatkan ia sangat bermakna untuk Salehuddin. Dia dibesarkan dengan majalah siri penuh dengan lawak sini dihasilkan kartunis tempatan.
Photo from Harian Metro
Walaupun proses mencari kesemuanya amat mencabar. Salehuddin sanggup mencarinya di seluruh negara ialah satu usaha yang menakjubkan.
Komuniti Jual Beli Aktif Di Media Sosial
Photo from Carousell
Kalau korang turut berminat untuk mengumpul semula kenangan waktu kanak-kanak dahulu. Salehuddin memberitahu kebanyakkan majalah dibeli di platform laman sosial Facebook menampilkan banyak komuniti.
Antaranya seperti Lock Comic, Jual Beli Bida Komik memboleh korang mencari, menjual komik-komik lama. Antara yang paling mahal dibeli oleh Salehuddin ialah majalan Ujang keluaran edisi pertama yang bernilai RM1,000.
Majoriti komik dimilik olehnya ditandatangani oleh kartunis yang menghasilkan kartun dalamnya. Ini turut membuatkan nilainya meningkat lebih tinggi membuatkan segelintir pengumpul menawarkan wang besar untuk membeli.
Photo from Gempak Starz
Kesemua komik dimilik oleh Salehuddin turut dijaga dengan baik. Contohnya, ia dibalut dengan plastik supaya ia tidak melekat antara satu sama lain. Ini juga dapat mengurangkan kadar haus pada kertas tersebut.