download Jom Explore app
{Ramadhan 2024] Tradisi Bulan Ramadhan Unik Negara Islam Di Seluruh Dunia

{Ramadhan 2024] Tradisi Bulan Ramadhan Unik Negara Islam Di Seluruh Dunia

Jom! Cuti Lifestyle
By Muhammad Aliff on 27 Feb 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Bazaar Ramadhan ialah tradisi umat islam dalam negara kita menyambut suasana bulan mulia ini. Ia sudah menjadi satu tradisi untuk kita membezakan kita daripada negara islam yang lain dan menariknya turut mempunyai pelbagai tradisi untuk kita lihat.

Umat islam satu dunia kian menunggu ketibaan bulan mulia ini. Pelbagai persiapan sedang giat dijalankan serta banyak amal ibadah diusahakan supaya dapat menikmati kemanisan bulan mulia sepenuhnya.

Dalam negara kita suasana ini dimeriahkan dengan pelbagai tradisi wajib dilakukan. Antaranya mestilah bazaar ramadhan menjual pelbagai juadah sedap yang cukup popular dalam negara kita.

Di negara kita bazaar ramadhan memang wajib menjelang RamadhanPhoto from butterkicap

Bagaimana pula dengan tradisi di negara islam lain? Adakah sama seperti kita atau turut mempunyai keunikkan sendiri.

Indonesia

Padusan ialah tradisi dilakukan di kawasan Jawa TengahPhoto from Tribunnewswiki

Negara jiran yang sangat dekat dengan kita turut mempunyai tradisi sungguh unik. Di beberapa wilayah Indonesia ramai orang islam akan membersihkan diri mereka menjelang bulan puasa.

Terutama di kawasan Jawa Tengah, Jawa Timur. Penduduk akan membersihkan diri dengan melakukan 'Padusan' membawa maksud mandi dalam bahasa Jawa. Selalunya mereka akan pergi ke mata air dan mandi dari hujung kepala ke hujung kaki.

Ini kerana mereka bercaya ia dapat membersihkan diri bagi menyambut ketibaan bulan ramadhan. Tradisi ini bermula apabila sekumpulan tokoh agama islam mula menyebarkan di wilayah Jawa.

Selain itu mereka turut ada makan beramai dikenali sebagai MuggahanPhoto from Akurat Banten

Mata air pula mempunyai makna yang dekat dalam budaya orang Jawa.

Bosnia dan Herzegovina

Penduduk akan berkumpul di Yellow Bastion menunggu bunyi letupan meriamPhoto from Flickr

Sarajevo ialah ibu kota Bosnia Herzegovina mempunyai tradisi sungguh menarik. Penduduk akan berkumpul mendegar bunyi letupan daripada meriam yang sudah berusia ratusan tahun tau.

Penduduk akan berkumpul di Yellow Bastion, asalnya merupakan bangunan pertahanan zaman pemerintahan Uthmaniyah pada abad ke-18. Bunyi meriam membawa maksud iaitu waktu berbuka telah tiba diiringi dengan laungan azan.

Bila diletupkan waktu berbuka sudah tibaPhoto from N1

Tambahan pula orang Sarajevo anggap meriam ini membawa keharmonian. Mereka datang berkumpul membawa meja serta makanan untuk berbuka. Makanan yang dibawa ialah juadah tradisional seperti Somun.

Ia merupakan sejenis roti disajikan sepanjang bulan Ramadhan bersama air lemon. Bunyi letupan terhasil daripada meriam itu disambut dengan penuh sorakan kegembiraan yang telah dilakukan sejak berabad lagi.

Mesir

Lampu ini akan menerangi sepanjang jalan pada bulan Ramadhan di MesirPhoto from Middle East Monitor

Lampu Fanous ialah tradisi yang sinonim dengan orang Mesir apabila tibanya bulan Ramadhan. Ia adalah lampu wajib ada di setiap rumah sehingga orang Mesir menggelarkannya lampu Ramahdan.

Fanous ialah perkataan berasal dari bahasa Greek bermaksud lilin, cahaya atau pelita. Ia membawa simbol bermaksud harapan seperti cahaya yang menerangi di dalam kegelapan. Tambahan pula, lampu ini diperkenalkan oleh orang Mesir.

Sewaktu Khalifah Kerajaan Fatimiyah, Al Muiz Lidinillah Al Fatimiyy ke kota Kaherah. Lampu ini mempunyai ikatan kuat kerana masyarakat tempatan percaya ia mempunyai nilai rohani yang kuat.

Lampu pula ada pelbagai jenis reka bentuk menarikPhoto from Egyptian Street

Kalau berpeluang untuk menyambut di Mesir, korang dapat lihat lampu warna-warni menerangi sepanjang jalan.

Turki

Kalau takut terlepas sahur jangan risau mereka akan kejutkan!Photo from Daily News Egypt

Haa.. dekat Turki tak perlu risau langsung kalau takut terlepas waktu bersahur. Ini kerana Mesaharaty akan berjalan memanggil penduduk untuk bangun sahur menggunakan alat muziuk.

Merekan akan mengetuk gendang kira-kira 1 jam sebelum matahari terbit. Mereka akan berjalan mengelilingi kampung sambil meukul gendang tersebut. Menariknya mereka mermatabatkan budaya dengan menggunakan alat muzik tradisional dikenali sebagai Davul.

Contoh pakaian tradisional bersama topi FezPhoto from Daily News Egypt

Kemudian, pakaian dipakai dikenali sebagai Ottoman bersama topi Fez membuatkan kita dapat menegenali budaya tempatan orang Turki.

Iraq

Dimainkan oleh lelaki selepas berbuka terkenal di IraqPhoto from Al-Monitor

Rakyat Iraq akan bermain satu permainan tradisional dikenali sebagai Mhebibes untuk menyambut kedatangan bulan mulia. Ia dimainkan oleh kaum lelaki biasanya selepas selesai berbuka puasa bersama keluarga.

Lelaki akan kumpul beramai-ramai untuk menikmati permain Mhebibes. Cara untuk bermain ialah 2 kelompok terdiri 40 hingga 250 pemain. Cara permainannya mudah sahaja kerana hanya seorang dalam kumpulan itu sedang menyembunyikan cincin.

Pihak lawan perlu meneka siapakah orang tersebut. Tukang simpan perlu tutup badanya dengan selimut bergerak menuju ke ahli kumpulannya dan menyentuh satu persatu tangan ahli kumpulan.

Kemudian, setiap ahli kumpulan akan buat pelbagai reaksi muka untuk mengelirukan pihak lawan. Jika mereka teka jawapan salah, kumpulan menyimpan cincin akan dapat markah.

India

Untuk memeriahkan suasana Ramadhan wanita akan melukis henna di tangan atau kakiPhoto from Arab News

Selain daripada India negara Pakistan, Bangladesh turut melakukan tradisi ini. Golongan wanita akan memakai inai pada penghujung bulan Ramadhan yang dikenali sebagai Chaand Raat.

Mereka juga akan keluar membeli-belah. Kemudian mengambil peluang untuk lukis inai di tangan dan kaki juga. Tak lupa juga, wanita akan saling bertukar makanan manis bagi memeriahkan suasana tradisi ini.

Menarik Sungguh Tradisi Menyambut Bulan Ramadhan Di Negara Lain

Haa.. bagaimana mesti korang ingin melihat dengan mata kasar sendiri kecantikkan tradisi di negara lain. Setiap satu mempunyai uniknya yang terdiri daripada budaya masyarakat tempatan.

Oleh itu mari kita sama-sama menunggu kedatangan bulan mulia dengan melakukan tradisi di negara kita.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok