download Jom Explore app
Dapatkan Koleksi BT21 Hanya Di Sa Sa Malaysia!

Dapatkan Koleksi BT21 Hanya Di Sa Sa Malaysia!

Lifestyle Kecantikan
By Muhammad Aliff on 06 Sep 2023
Digital Editor

Korang pernah tengah sedap cuci mata kemudian perasan jenama BT21 mempunyai beberapa lukisan watak yang comel terutama di Sa Sa Malaysia? Haa.. kalau nak tahu jenama ini adalah kerjasama antara kumpulan lelaki BTS dengan LINE FRIENDS yang sangat popular sehingga dijual dalam 140 buah negara!

Kemungkinan korang pernah mendengar nama kumpulan BTS telah menjadi sebuah superstar dalam industri muzik. Hampir kesemua lagu mereka dipasang dalam radio dan mempunyai peminat di seluruh dunia.

BTS ataupun Bangtan Boys terdiri daripada 7 lelaki daripada Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 2010. Ahlinya adalah Jin, Suga, J-Hope, Rap Monster (RM), Jimin, V dan Jungkook.

Mereka mengeluarkan album pertama pada tahun 2013 mendapat sambutan baik serta melonjakkan nama mereka dalam industri muzik K-pop. Populariti mereka terus berkembang pada tahun-tahun berikutnya dengan mengeluarkan beberapa album.

Kebolehan mereka untuk menarik peminat dari setiap pelusuk dunia menunjukkan betapa hebatnya populariti mereka sehinggakan jenama LINE FRIENDS ingin berkerjasama menghasilkan jenama BT21.

7 Ahli Yang Melengkapkan Kumpulan BTS yang mendapat populariti satu duniaPhoto from Pinterest

Apa yang menariknya tentang jenama ini adalah bukan menjual cenderamata sahaja malah ada produk kecantikkan, aksesori serta barang gaya hidup tau. Semua produk mereka bertemakan watak BT21 yang dicipta oleh ahli BTS.

Projek BT21 Untuk Peminat-Peminat BTS

Kerjasama antara BTS dan LINE Friends untuk menghasilkan jenama untuk peminat merekaPhoto from Pinterest

Kisah jenama BT21 bermula pada 2017 apabila populariti dan pengaruh BTS meletup di seluruh dunia. Syarikat LINE Friends Corporation memulakan kerjasama bersama BTS untuk memperkenalkan jenama berasaskan watak kartun BTS.

Kerjasama ini bertujuan untuk mencipta sebuah projek unik yang dapat menawan hati peminat dan memberi platform kepada ahli BTS menyalurkan kreativiti mereka di luar bidang muzik.

Kreativiti itu dapat dilihat melalui 8 watak dalam jenama ini yang diciptakan oleh setiap ahli BTS mencerminkan personaliti mereka. Sekali gus memberi peluang kepada peminat mengenali mereka lebih mendalam.

8 watak yang berbeza dan comel mewakili tujuh ahli BTS dan satu melambangkan kumpulan peminat mereka yang kekal dedikasi memberi sokongan sepenuhnya iaitu ARMY. Watak yang direka dengan teliti adalah:

Tata (V): Kepala berbentuk jantung dan mempunyai antena jantung merah khas melambangkan daya tarikan V

RJ (Jin): Seorang alpaka yang suka memasak sebijik macam Jin yang suka makan

Chimmy (Jimin): Watak yang suka bermain dengan penuh bertenaga dicipta oleh Jimin

Cooky (Jungkook): Arnab merah jambu mempunyai semangat garang mencerminkan keazaman Jungkook

Mang (J-Hope): Kuda poni yang suka menari sebijik macam J-Hope

Koya (RM): Seekor koala biru yang tenang dan intelek mewakili kebijaksanaan dan peribadi RM

Shooky (Suga): Seorang nakal dan mencabar mencerminkan sikap Suga yang berterus tenang

Van (ARMY): Mewakili kumpulan peminat BTS dan bertindak sebagai penjaga BT21

Setiap watak yang dihasilkan mencerminkan personaliti ahli BTSPhoto from Pinterest

Pelbagai Rangkaian Produk Bertemakan BT21

Pelbagai produk bertemakan watak BT21 untuk lengkapkan gaya hidup korangPhoto from LINE Friends

Menariknya tentang jenama ini adalah barisan produk yang luas untuk melengkapkan keseleruhan hidup korang. Produk BT21 terdiri daripada pakaian, aksesori seperti alat tulis, barang rumah dan barang kecantikkan pun ada.

Perbezaan untuk setiap produk pula adalah wataknya. Korang mungkin tertarik kepada salah satu watak atau ingin membeli setiap watak pun tiada masalah untuk menunjukkan watak kegemaran.

Selain itu, barang yang dijual pula mempunyai sentuhan budaya K-pop juga tau! Apa yang tengah trend dalam dunia K-pop pasti akan dikeluarkan dalam jenama BT21. Haa.. korang boleh dapatkan pelbagai produk bertemakan ahli BTS kan!

Bukan itu je, Min rekomenkan korang untuk mencuba produk kecantikkan mereka seperti facemask yang sangat popular. Produk ini dicipta khas menggunakan beberapa bahan yang sesuai untuk meningkatkan tahap kecantikkan kita tau.

Kita sedia maklum industri K-pop memang terkenal dengan penyanyi yang mempunyai paras rupa yang menawan. Faktor kecantikkan mereka terhasil melalui rutin penjagaan muka yang intensif.

Oleh itu, kalau korang inginkan paras rupa kacak seperti ahli BTS, tak salah untuk mencuba produk kecantikkan jenama ini tau. Mana tau lepas ini muka korang berubah macam Jungkook ke? Semakin ramai lah perempuan beratur nak dekat korang!

Setiap produk yang dihasilkan dapat memuaskan peminat-peminat BTSPhoto from LINE Friends

Mana Nak Cari Produk BT21? Boleh Singgah Ke Sa Sa Malaysia!

Produk kecantikan BT21 korang boleh dapatkan di Sa Sa Malaysia TauPhoto from JomExplore

Mesti korang tertarik untuk melihat pelbagai produk jenama BT21 ini kan? Biasalah, ada banyak sangat aksesori yang cantik serta pakaian trendy yang dapat melengkapkan gaya kehidupan seharian kita.

Selain itu, produk yang dihasilkan pun mempunyai tahap kualiti baik serta rekaan unik khas kepada jenama ini sahaja. Ini memberi imej yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan jenama lain dalam negara kita.

Produk kecantikkannya pula korang boleh dapatkan di Sa Sa Malaysia tau! Singgah je di Sa Sa berdekatan dengan lokasi korang untuk melihat sendiri produk eksklusif dari Korea Selatan.

Ataupun, korang tekan di link yang Min sediakan ini untuk beli secara online sahaja dan tak perlu susah payah nak keluar kan. Haa.. lepas ni boleh tunjukkan dekat kawan-kawan yang korang pun adalah peminat BTS dengan membeli jenama BT21!

Mungkin korang suka baca:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok