download Jom Explore app
Malaysia Negara Ke-10 Paling Kuat Tengok Video TikTok!

Malaysia Negara Ke-10 Paling Kuat Tengok Video TikTok!

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 25 Apr 2024
Digital Editor

Malaysia selesa berada di kedudukan ke-10 antara negara menonton video TikTok paling banyak dalam sehari. Dengan purata 121 video ditonton setiap hari tidak dapat melawan negara seperti United Kingdom, Filipina, Vietnam dan Australia.

Sejak berakhirnya zaman pandemik, kita telah memasuki era digital baharu di mana kehidupan kita bergantung pada teknologi. Dari matahari terbit hingga terbenam, kita seperti 'melekat pada skrin telefon', melayari internet yang luas.

Untuk mendapatkan maklumat, hiburan dan ber-komunikasi. Ia menjadi jelas mengapa ini berlaku apabila pandemik menyebabkan kita lebih bergantung pada telefon dan platform digital semata-mata untuk menyiapkan kerja sahaja berbanding 10 tahun lalu, contohnya.

Disebabkan zaman pandemik, kita bergantung kepada platform digital lebih kuat berbanding 10 tahun yang laluPhoto from Pinterest

Berdasarkan kajian Electronics Hub mengkaji semula cara orang menghabiskan masa mereka di hadapan skrin pada tahun 2024. Berbeza dengan negara lain, rakyat Malaysia tidak begitu ketagih dengan telefon atau platform media sosial mereka.

Apa yang Electronics Hub dapati ialah..

Orang UK Kuat Paling Banyak Menonton Video TikTok!

Siapa sangka orang UK paling kuat menonton video di aplikasi TikTokPhoto from Pinterest

Menurut Electronics Hub, data yang mereka peroleh daripada Datareportal's Digital 2024: Global Overview Report menunjukkan bahawa negara United Kingdom (UK) mempunyai jumlah video tiktok paling banyak ditonton, dengan purata 154 setiap hari.

Ini menyumbang 10.03% daripada purata masa terjaga orang. Sementara itu, terdapat perbezaan 12 video yang besar antara tempat pertama United Kingdom dan tempat kedua Amerika Syarikat (AS), di mana 142 TikTok ditonton setiap hari.

TikTok menjadi antara aplikasi paling popular dalam negara sehingga melahirkan ikon seperti Khairul AmingPhoto from MalaysiaGazette

Mexico dan Chile mengikuti rapat di tempat ketiga dan keempat, masing-masing dengan 140 dan 130 video. Vietnam menduduki tempat ketujuh dalam kalangan negara ASEAN, dengan 128 video ditonton setiap hari, diikuti oleh Filipina, yang menduduki tempat satu lebih rendah dengan 127 video.

Kajian yang menunjukkan negara yang paling kuat menonton video TikTokPhoto from Electronics Hub

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan TikTok, kita hanya menonton purata 121 video setiap hari. TikTok ialah salah satu laman media sosial popular di negara ini, tetapi mustahil untuk mengambil tempat teratas daripada Facebook.

Orang Filipina Adalah Antara Paling Gemar Guna Telefon Di Dunia

Orang Filipina kuat 'SMS" sehingga mendapat gelaranPhoto from CNN

Generasi tua risau akan ketagihan dan obsesi generasi muda sentiasa menggunakan telefon pintar. Dengan telefon semakin menjadi bahagian penting dalam kehidupan kita, orang Filipina mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan telefon pintar mereka.

Electronic Hub mendapati bahawa mereka menghabiskan banyak masa yang ditumpukan pada skrin mereka. Oleh kerana jumlah mesej SMS yang sangat tinggi yang dihantar, mereka aktif dan suka menghantar teks untuk berkomunikasi.

Obsesi terhadap telefon pintar menimbulkan kerisauanPhoto from Business Insider

Disebabkan itu Filipina digelar "Ibu Negara SMS Dunia". Walau bagaimanapun, Thailand tidak jauh di belakang Filipina, di mana satu kajian menunjukkan bahawa terdapat ketagihan telefon pintar yang ketara dalam kalangan pelajar sekolah Thai.

Orang Afrika Selatan Banyak Menghabiskan Masa Melihat Skrin

Orang Afrika Selatan menghabiskan masa sebanyak 9 jam 24 minute memandang skrin telefonPhoto from Woman and Home magazine

Warga Afrika Selatan menghabiskan 56.80% (9H 24M) waktu terjaga mereka melihat skrin. Lebih tinggi daripada negara lain, mengatasi hasil kajian tahun sebelumnya di mana penyelidikan telah dijalankan.

Di luar sekolah, pelajar Afrika Selatan menghabiskan lebih daripada tiga jam setiap hari pada skrin. Menurut BusinessTech, "Kami ialah sebuah negara yang ketagih dengan skrin; bukan perkara baru untuk bimbang tentang berapa banyak masa dihabiskan kerana telah pun disedari sejak tahun 1950-an"

Hasil kajian meunjukkan jumlah skrin masa untuksetiap negaraPhoto from Electronics Hub

Dengan kepelebagaian gajet, skrin, rancangan yang menarik dan aplikasi telefon di hujung jari. Ia sentiasa bersaing untuk mendapatkan perhatian kami. Tidak menghairankan bahawa kira-kira satu daripada setiap dua orang ketagih dengan peranti digital mereka."

Skrin masa yang tinggi amat membimbangkan kerana ia melambangkan kurang produktivitiPhoto from Pinterest

Perkara yang membimbangkan ialah Electronics Hub mendapati bahawa kanak-kanak yang dibesarkan di kawasan kejiranan yang miskin dan ganas menonton lebih banyak televisyen berbanding kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang tidak ganas.

Perbandingan Dengan Rakyat Malaysia

Adakah orang Malaysia obses dengan telefon pintar?Photo from Pinterest

Mari kita alihkan perhatian kepada negara kita melihat kedudukan kita berada jika dibandingkan dengan negara lain. Walaupun persekitaran digital yang semakin meningkat, rakyat Malaysia memegang kedudukan yang unik dari segi penggunaan masa skrin.

Berbanding dengan ketagihan menggunakan TikTok di UK, kita mempunyai kepelbagaian dalam ekosistem digital. Ekosistem ini tidak terhad kepada platform media sosial sahaja, ia termasuk perkhidmatan penstriman dan online gaming.

Kita menganggap telefon pintar sebagai alat untuk komunikasi dan perhubungan. Seterusnya masih mampu wujudkan keseimbangan antara pengunaan platform digital dengan hubungan dunia realiti. Kita mengutamakan dan menghargai hubungan yang sihat dengan teknologi membolehkan kita elak daripada skrin masa berlebihan.

Tambahan pula, kita menyedari pengunaan internet secara sederhana. Dengan mengutamakan kualiti berbanding kuantiti, kita memastikan teknologi meningkatkan kualiti hidup bukan menjejaskan kehidupan seharian.

Kita masih mempunyai tabiat digital dan sukar untuk berhenti menggunakan pelbagai aplikasi yang wujud. Walau bagaimanapun, kita sentiasa boleh mengehadkan masa dan penggunaan dengan mencuba aktiviti baru, pergi bercuti, menikmati makanan menyelerakan dan berinteraksi dengan orang baru.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok