Tugu Negara: Kisah Menarik Tentang Monumen Ikonik
Korang masih ingat waktu kecil dulu kita pasti ada program melawat tugu negara untuk memperingati jasa askar telah terkorban waktu zaman perang dahulu. Haa.. sempena bulan kemerdekaan ini apa kata kita belajar kisah disebalik pembinaan tugu negara sempena kemajuan sejarah negara kita!
Sukar untuk dinafikan bahawa sebuah negara memerlukan sejarah dan monumen bagi memperingati peristiwa-peristiwa penting sepanjang pembangunan mereka. Sama seperti negara kita, terdapat banyak bangunan bersejarah menceritakan detik penting tentang sejarah negara.
Tanpa pembinaan seperti ini nescaya banyak sejarah negara akan hilang begitu sahaja menyebabkan semangat patriotik tidak dapat dipupuk bagi generasi kini dan seterusnya. Malah ini akan memberi kesan buruk kepada pembangunan masa hadapan negara tau.
Haa.. bukan negara kita je yang ada Tugu seperti ini. Kebanyakkan negara lain turut membina tugu tersendiri yang menceritakan kisah disebaliknya supaya setiap generasi akan pasti mengingatinya walaupun sudah berahun-tahun berlalu.
Selain itu, korang juga dapat mempelajari bagaimana pengorbanan dan perjalanan generasi sebelum berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman penjajah dan berdiri sendirian sebagai sebuah negara memberi tempat tinggal kepada masa kini.
Photo from Wolfang Digital
Oleh itu, apa kata korang baca sampai habis untuk ketahui kisah disebalik Tugu Negara, sebuah ikon dalam identiti negara kita. Jom!
Sebuah Peringatan Untuk Generasi Masa Hadapan
Photo from Viator
Tugu Negara atau Tugu Peringatan Negara adalah sebuah tugu yang dibina menggunakan gangsa untuk mengenang jasa rakyat yang gugur dalam perjuangan membebaskan negara daripada penjajah.
Lebih daripada 11 ribu parajurit yang telah gugur dalam medan perang iaitu Perang Dunia Pertama (1914 - 1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan Darurat Tanah Melayu (1948-1960) disemadikan sebagai peringatan untuk kita.
Terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana berdekatan dengan Dewan Parlimen dengan keluasan kawasan seluas lebih kurang 48,562 meter persegi di Kuala Lumpur. Terdapat lima bahagian yang melengkapkan kawasan ini.
Photo from New Straits Times
Lima bahagian tersebut adalah, kolam pantulan segi empat dengan air pancut, astaka berbentuk bulan sabit, cenotaph (tugu pertama) serta taman dan Tugu Negara menjadi bahagian utama kawasan ini terletak di tengah kolam pantulan.
Diilhamkan Daripada Tugu Peringatan Iwo Jima
Photo from New Straits Times
Berdiri tinggi dan megah pada ketinggian 15.4 meter. Pengukir terkenal dari Amerika Syarikat, Felix de Weldon ditugaskan untuk mencipta tugu ini. Kos sebanyak RM600,000 dibelanjakan dan mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan.
Pembinaan siap sepenuhnya pada tahun 1966 dan mempunyai pelbagai idea dan diilham dapat dilihat dalam pembangunan ini. Tugu ini menggambarkan sekumpulan tentara memegang bendera Jalur Gemilang.
Kumpulan askar ini terdiri daripada 7 orang yang mempunyai maksud tersendiri. Maksud setiap orang tersebut adalah kepimpinan, penderitaan, perpaduan, kewaspadaan, kekuatan, keberanian dan pengorbanan.
Tentera di bahagian tengah sedang memegang bendera Malaysia dilindungi oleh dua rakannya di bahagian kiri dan kanan. Kedua-dua bahagian kiri dan kanan memegang senjata pada zaman itu seperti senapan bayonet dan mesingan.
Kemudian, tentera keempat sedang berlutut di sebelah kanan sedang membantu rakannya yang mengalamai kecederaan. Manakala, di bahagian depan dan ke bawah adalah dua musuh yang telah dihapuskan.
Tapaknya pula mengandungi tulisan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang ditulis dalam Jawi yang boleh dibaca sebagai, "Memperingati perwira-wira yang berjuang untuk menegakkan keamanan dan kebebasan"
Photo from National Park Service
Selain itu, Tunku Abdul Rahman mendapat inspirasi setelah melawat Tugu Peringata Iwo Jima di Amerika Syarikat sekitar tahun 60-an yang direka oleh Felix de Weldon jugak tau!
Pernah Diletupkan Oleh Pengganas Satu Masa Dahulu!
Photo from Iluminasi
Walaupun pembinaan tugu negara melambangkan semangat patriotik untuk rakyat. Namun, pada satu masa dahulu tugu pernah rosak kerana diletupkan oleh pengganas Komunias yang berpendapat mereka juga pejuang negara.
Pada tahun 1975, pemberontakan Komunis masih lagi kuat pada ketika itu dan negara telah melihat pelbagai serangan yang dilakukan oleh mereka bagi melemahkan perpaduan negara. Antara serangan mereka adalah pembunuhan Ketua Polis Negara pada waktu itu iaitu Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim.
Beliau ditembak mati dengan kejam dalam keretanya di Jalan Tun Perak pada waktu siang. Manakala, pada 26 Ogos 1975 sekitar jam 5.00 pagi terdapat letupan besar yang boleh didengar di sekitar kawasan taman tugu.
Bekas Perdana Menteri Pertama turut merasai letupan tersebut yang tinggal berhampiran kawasan itu. Letupan yang didengari adalah bom yang diletupkan oleh pengganas komunis yang berjaya memusnahkan tugu tersebut.
Pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan berlaku kejadian tembak berlaku. Sayangnya, letupan tersebut berjaya musnahkan satu tentera hancur dan 3 lagi tentera hancur di bahagian kepala.
Photo from Rezqeen Hill
Tugu Negara ini didirkan semula dengan kos RM2.5 juta dengan separuh daripada kos disumbangkan oleh orang ramai. Christopher Carney, pensyarah di Institut Teknologi Mara (UiTM) ditugaskan untuk membina semula kepada bentuk asalanya.
Monumen & Sejarah Memperingati Jasa-Jasa Yang Terkorban
Photo from Tentera Darat Malaysia
Menurut Tunku Abdul Rahman, beliau menyatakan tugu negara mempunyai satu simbol iaitu perpaduan dan kesatuaan rakyat bagi menentang segala pemberontokan serta kepercayaan mereka terhadap kedaulatan dan kebebasan Malaysia.
Tidak dapat dinafikan, Tugu Negara mempunyai kisah yang menarik disebaliknya yang wajar diceritakan kepada generasi kini dan seterusnya supaya mereka kekal untuk memperingati setiap nyawa yang terkorban bagi melindungi negara kita.
Oleh itu, apa kata kita singgah ke Tugu Negara waktu hari kemerdekaan untuk memberi penghormatan kepada jasa-jasa mereka yang terkorban.
Korang mungkin suka baca ini:
❤️ 4 Sukan Kurang Popular Yang Dimainkan Di Malaysia! | Jom Explore
❤️ Tanda-Tanda Korang Lahir & Membesar Di Malaysia! | Jom Explore