download Jom Explore app
Karaoke Dicipta Disebabkan Tak Puas Menyanyi Di Jepun?

Karaoke Dicipta Disebabkan Tak Puas Menyanyi Di Jepun?

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 15 Mar 2024
Digital Editor
A man plans. The heaven decides the outcome.

Pernah dengar nama Daisuke Inoue? Rasanya hampir seluruh orang tidak pernah tetapi akan berterima kasih kepadanya kerana hasil ciptaannya. Ia menjadi satu fenomena di Asia termasuk satu dunia menghasilkan hiburan yang digemari oleh setiap lapisan umur dikenali sebagai Karaoke.

Hiburan tersebut dikenali sebagai Karaoke dan ia telah menghasilkan banyak penyanyi tanpa secara sedar. Melalui ini setiap individu boleh merealisasikan fantasinya untuk menjadi seorang bintang digilai ramai peminat walaupun suara tidak begitu sedap.

Daisuke Inoue menciptanya bukan untuk menyanyi secara professional. Tetapi dibuat untuk menghiburkan seisi keluarga, rakan-rakan tak kira tua atau muda. Lihat sahaja jumlah pusat karaoke yang wujud dalam negara kita.

Ini kerana sesi karaoke bersama orang rapat dapat amat menghiburkan. Namun ada je yang suka lepak disitu kerana boleh menikmati pelbagai makanan dan minuman menyelerakan macam min!

Semua orang gemar karaoke sebab dapat menyanyi sepuas-puasnya kan?Photo from karaokemanekineko

Jom lihat bagaimana boleh terciptanya fenomena ini!

Bermula Dengan Budaya Sing-Along

Rancangan NBC Sing-Along with Mitch meraih popularitiPhoto from Madhotcollectibles

Semuanya bermula dengan budaya sing-along atau nyanyi bersama yang sudah wujud dalam masyarakat di setiap pelusuk dunia. Wujudnya televisyen memberi sesuatu baru dalam kehidupan seharian.

Sekitar 1960-an satu rancangan terbitan NBC bertajuk 'Sing Along With Mitch' disiarkan. Ia mengajak penonton di rumah untuk nyanyi bersama hosnya iaitu Mitch Miller bersama persembahan orkestra secara langsung memainkan lagu popular.

Manakala lirk lagu akan diimbas merentasi skrin dengan bola kecil. Bola itu akan melantun, melompat di sepanjang setiap suku kata. Konsep rancangan ini meraih populariti dan iannya menyerupai karaoke.

Ingin Menyanyi Tanpa Menunggu Siaran

Sebelum wujudnya karaoke, orang Jepun gemar menyanyiPhoto from TimeOut

Disebabkan orang Jepun suka sangat menyanyi. Mereka mula berusaha mencari jalan untuk memboleh menikmati hiburan nyanyi bersama tanpa menunggu siaran rancangan dimainkan.

Jadi, beberapa individu mula menghasilkan mesin nyanyi pada tahun 1970-an. Disini, watak utama kita Daisuke Inoue muncul yang disebut bertanggungjawab mencipta budaya karaoke.

Satu hari pada 1971, seorang pelanggan mahu Inoue nyanyi bersamanya dalam persembahan tetapi Inoue tidak dapat hadirkan diri. Tetapi, dia memberi pelanggannya satu pita rakaman muzik.

Daisuke Inoue bersama mesin pertama karaoke yang dicipta olehnyaPhoto from IG | therevolverclub

Melalui ini Inoue sedar potensi besar ideanya. Dia mula hasilkan mesin dengan amplifier, pita muzik dan menyewakannya kepada bar-bar di sekitar Kobe pada 1971. Hasilnya begitu popular dan terlahirlah sebuah trend.

Budaya Karaoke Mula Meletup!

Budaya karaoke meletup oleh kerana ciptaan DaisukePhoto from Open Culture

Perkataan Karaoke terhasil dengan mengabungkan perkataan kara (kosong) dan okesutora (orkestra) dalam bahasa Jepun. Lagu dipilih selalunya mengambil yang popular tetapi dibuang vokal asalnya.

Ini dipanggil minus one supaya tidak mengganggu nyanyian langsung pengguna. Apabila Inoue mula memperkenalkan mesin ini, ia menjadi satu kegiatan dan terus berkembang dari Jepun.

Kemudia ke wilayah sekitarnya, ke Asia dan ke seleruh dunia. Apabila teknologi mula maju, sistem karaoke juga ditambah baik. Daripada pembinaan mudah menjadi kompleks dengan mediumnya semakin banyak.

Inilah mesin tersebutPhoto from South China Morning Post

Dari pita katrij, cakera padat sampai ada versi built in lagi untuk memuddahkan penggunaannya ke pelbagai platform. Daripada restoran, bar dan bilik hotel kemudian wujudnya karaoke box. Bilik khas untuk pelanggan menyanyi sambil makan minum yang macam kita selalu pergi sekarang.

The Most Influential Asian of The Century

Dinobatkan sebagai the most influential asian of the centuryPhoto from Videos Index

Setelah populariti karaoke melonjak, Majalah Times mengiktiraf peranan Inoue dalam usahanya menghasilkan budaya baru ini pada tahun 1999. Menggambarkannya sebagai "The Most Influential Asian of The Century.

Penulisnya, Pico Iyer mengatakan "Inoue telah mengubah malam orang Asia". Walau bagaimanapun, pemilikan Inoue sebagai pencipta mesin karaoke sebenar sering dipertikaikan. Ada orang puji Kisaburo Takagi.

Takagi ialah pengarah salah satu syarikat pertama mengedarkan kotak juke. Kemajuan teknologi turut membantu untuk menambah baik mesin asal Inoue dan peti juke tersebut telah mendapat kejayaan besar apabila mula dikomersialkan.

Sekarang nak karaoke dalam kotak kecil camni pun bolehPhoto from The Wall Street Journal

Pada tahun 1972, kumpulan hiburan Nippon Columbia menambah teknologi baru. Ia membenarkan trek vokal dialih keluar daripada rakaman, mewujudkan cara untuk penyanyi mentafsir dan menyanyi dalam gayanya sendiri.

Seterusnya fenomena karaoke mencapai tahap lebih besar apabila syarikat seperti Toshiba, Columbia mengeluarkan bahan karaoke secara besar-besaran. Kini budaya hiburan ini cukup popular.

Kalau tanya min memang suka gi karaoke untuk makanPhoto from TW | NikShariff92

Rata-rata orang akan singgah ke pusat berdekatan untuk menghilangkan stress kehidupan dengan menyanyi sahaja.

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok