Ini 5 Bahasa Paling Susah Dalam Dunia
Bahasa adalah kunci untuk menghubungkan kita sesama manusia. Memiliki dan menguasai banyak bahasa langsung tidak merugikan kita kerana dapat berinteraksi serta mengenali ramai orang, budaya dan tradisi secara lebih mendalam.
Tujuannya dicipta adalah untuk menghasilkan komunikasi antara kita. Asas mana-mana sistem bermula dengan kosa kata dan tatabahasa manakala kerumitanya bergantung pada dua faktor tersebut.
Cara berkomunikasi boleh melalui pertuturan, penulisan dan gerak isyarat. Bilangan bahasa yang wujud di dunia secara kasar ada 7000 tau dan Inggeris bukan yang paling susah tau.
Konsep bahawa iannya susah untuk pelajari adalah salah faham. Kerumitannya untuk mempelajarinya bergantung kepada bahasa ibunda pelajar tersebut dan untuk kes kita adalah Bahasa Melayu
Menurut Foreign Service Institute (FSI), kesusahan bergantung pada berapa banyak masa diperlukan untuk kita belajar menguasai sistemnya. Penguasaaan sepenuhnya bermaksud bercakap, membaca dan menulis serta memahami budaya orang menggunakan sistem tersebut.
Photo from Pinterest
Oleh itu ini adalah 5 bahasa paling susah dalam dunia yang korang boleh cuba belajar sendiri.
1. Mandarin
Photo from Pinterest
Mempunyai lebih 1.2 bilion penutur dalam dunia, Mandarin ialah sistem paling banyak digunakan. Ini datang daripada jumlah penduduk tinggi di China dan mereka memanggil Mandarin Pǔtōnghuà (umum) dan Guóyǔ (kebangsaan).
Mandarin wujud dan hanya digunakan pada abad ke-20. Pada tahun 1911, Republik China telah ditubuhkan dan pencarian untuk "satu bangsa, satu bahasa" bermula. Selepas penyelidikan teliti, Mandarin telah dibangunkan dan isytiharkan sebagai bahasa kebangsaan Republik China pada tahun 1932.
Walaupun mempunyai tatabahasa mudah ia sangat berbeza daripada Inggeris, Perancis dan Sepanyol. Faktor utama adalah mempunyai empat tona nada berbeza untuk merujuk kepada sebutan perkataan.
Photo from Pinterest
Perbezaan nada memberikan setiap perkataan empat makna berbeza. Kemudian, Mandarin ialah ideografik bermaksud ia menggunakan skrip terdiri daripada sombol Cina tidak seperti abjad dan perkataan seperti dalam Inggeris atau Melayu.
2. Arabic
Photo from Pinterest
Lebih daripada 300 juta penutur Arabic kebanyakannya dituturkan di Semenajung Arab, Timur Tengah dan Afrika Utara. Ia merupakan bahasa rasmi kepada 22 negara termasuk yang keenam di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Selalunya orang tempatan akan kaitkan Arabic dengan kitab suci Al-Quran. Walau bagaimanapun Arabic tidak terhad kepada agama sahaja tau kerana kebanyakkan orang tinggal di kawasan tersebut bertutur dalam Arabic.
Ia mula digunakan sejak abad ke-8 SM menjadikannya yang tertua di dunia selain daripada antara paling susah. Sebab utama adalah ia ditulis kanan ke kiri dimana kita sudah biasa kiri ke kanan.
Susunan tatabahasanya pula VSO (kata kerja-subjek-objek) termasuk sistem kata kerja mungkin agak mengelirukan. Ia juga mengandungi pelbagai bunyi eksklusif yang mungki sukar untuk seorang yang baru belajar.
Photo from Pinterest
Ada juga mengambil masa satu setengah tahun untuk mencapai kefasihan dalam Arabic tau.
3. Jepun
Photo from Pinterest
Hanya digunakan oleh orang Jepun serta dituturkan dalam negara itu sahaja. Jepun adalah bahasa terpencil kerana tidak berkaitan dengan mana-mana sistem lain di dunia tetapi semakin ramai pilih untuk mempelajarinya.
Ini kerana budaya negara Jepun seperti anime, manga dan lain-lain membuatkannya lebih popular. Sejarah ssitemnya pula tidak banyak diketahui tetapi ia tidak sama dengan bahasa Cina walaupun menggunakan skrip yang sama.
Pada abad ke-18 dua jenis skrip Jepun telah dibangunkan iaitu Hirgana dan Katakana. Kini, Kanji, Hiragana serta Katakana adalah sistem tulisan yang digunakan pada masa kini.
Kesusahannya bermula dengan tiga skrip yang perlu dipelajari. Hiragana dan Katakan ialah abjad fonetik yang bunyinya tetap sama manakala Kanji berasal dari simbol Cina membuatkannya jauh lebih kompleks.
Photo from Pinterest
Tatabahasanya mudah untuk difahami namun orang Jepun mengamalkan pelbagai peringkat pertuturan bergantung pada situasi. Ia bermaksud korang perlu memahami konteks situasi untuk faham perbualan tersebut.
4. Korea
Photo from Pinterest
Disebabkan K-pop semakin ramai orang kita nak belajar bahasa Korea. Ia dituturkan lebih 75 juta orang dalam dunia dan mempunyai banyak persamaan dengan Cina serta Jepun membuatkan sesiapa memahami salah satu akan jadi lebih mudah.
Sistem Korea berkongsi tatabahasa dan struktur ayat seperti Jepun. Untuk perkataanya pula ialah Cina dan ia dirujuk sebagai "Kugo" dalam bahasa Korea. Bukti sejarahnya sukkar untuk dicari tetapi ramai percaya orang Semenanjung Korea berkumpul untuk membentuk satu sistem.
Sistem tersebut untuk berkomunikasi sekitar abad ke-6 sehingga ke-14. Namun, bahasa Korea moden telah dibangunkan pada abad ke-15 dengan tulisa Cina dipanggil Hanja digunakan pada awalnya. Tetapi ia tidak dapat mewakili pelbagai bunyi dalam sistem Korea.
Jadi merek kembangkan gaya penulisan yang dipanggil Hanggul sekitar 100 tahun dahulu. Kesusahnnya pula kerana mempunyai sistem abjadnya sendiri ditulis dari kiri ke kanan tetapi dibaca atas ke bawah.
Photo from Pinterest
Tatabahasanya pula SOV (subjek-objek-kata kerja) serta lebih fonetik yang tidak lurus dan mempunyai banayk lapisan. Sebutannya salah sedikit rumit tetapi banyak perkataan pinjaman daripada bahasa lain mungkin memudahkan kita untuk mula belajarnya.
5. Hungary
Photo from Pinterest
Jika dibandingkan dengan negara Eropah berdekatan, bahasa Hungary amat berbeza sekali. Mempunyai 26 kes dan beberapa peraturan rumit menjadikannya salah satu paling sukar dalam dunia.
Orang Hungary panggil sistem ini Maygar dan iannya adalah bahasa rasmi. Hanya 13 juta orang sahaja menggunakannya sistem perkataan meluas untuk menyatakan perkara paling asas atau memahami budaya Hungary adalah fakta kepada kesusahannya.
Hungary ialah bahasa Uralic dan orang mereka pula adalah nomad telah berhijrah dari Asia ke Eropah pada abad ke-9. Ia dipengaruhi oleh pelbagai sistem sehingga ke harini seperti pada mulanya bahasa Iran dan Turki kuno.
Bila di Eropah pula bahasa Slavik, Latin, Estonia, Finland dan Jerman turut mempengaruhniya. Kesusahannya bermula dengan mempunyai perkataan terpanjang sebanyak 44 huruf tau!
Photo from Pinterest
Selain itu ia mempunyai 9 vokal dan 44 abjad serta sebutan perkataan mencerminkan tulisannya. Ia adalah bahasa fonetik contohnya mereka ada dua perkataan untuk menyatakan warna merah.
Bahasa Apa Paling Korang Minat Untuk Cuba?
Mempelajari dan penguasaan bahasa tidak patut dipandang serong kerana ia dapat membantu kita dalam kehidupan seharian. Banyak benda dapat kita belajar hanya dengan memahami speenuhnya sistemnya.
Tak lupa juga kita boleh pergi ke mana-mana negara dan berinteraksi dengan orang tempatan lebih mudah.
Mungkin korang suka: