download Jom Explore app
Tahukah Korang Mengecas Telefon Lagi Bahaya Dari Low Battery

Tahukah Korang Mengecas Telefon Lagi Bahaya Dari Low Battery

Lifestyle
By Muhammad Aliff on 29 Apr 2024
Digital Editor

Telefon kita ialah sumber hiburan, maklumat, komunikasi dan navigasi utama digunakan setiap hari. Walaupun kita tinggalkan rumah dengan bateri penuh, kita akan panik bila bateri mula rendah dan akan mengecas telefon di mana-mana sahaja terutama di lapangan terbang. Tapi.. korang tahu tak,

Ini adalah salah satu daripada banyak cara kita mendedahkan diri kepada penggodam yang mahukan maklumat peribadi. Menurut pakar keselamatan, mengecas telefon secara terbuka terutamanya di lapangan terbang jauh lebih besar ancaman keselamatannya berbanding bateri yang lemah.

Sementara menunggu flight sampai, kita caj telefon sekejap takpa kan?Photo from Pinterest

Pemecahan data dan kebocoran maklumat sensitif disebabkan oleh dunia yang berubah kepada gaya hidup digital. Banyak kes penipuan semakin meningkat dari semasa ke semasa di negara kita, kes yang ketara apabila seorang pensyarah mengalami kerugian setengah juta ringgit.

Disebabkan penipuan panggilan telefon. Pernah terfikir dari mana mereka mendapat nombor telefon kita atau maklumat peribadi lain? Itulah sebabnya terdapat 3 sebab utama kenapa korang tak boleh sesuka hati caj telefon di tempat awam terutama di lapangan terbang!

Tempat mengecas macamni senang sangat untuk diubah supaya pengodam boleh curi informasi kitaPhoto from Pinterest

Bahayanya Virus Malware Tak Ramai Tahu

Virus malware ada banyak kebolehan untuk curi informasi sensitif kita tauPhoto from Pinterest

Bayangkan kita melihat soket palam kosong dan memutuskan untuk mengecas telefon. Tanpa disedari virus jahat bernama 'Malware' boleh mengintai dan bersedia untuk menyerang serta makan segala maklumat peribadi kita dengan pantas.

Menurut pakar keselamatan, sebab utama kita tidak boleh mengecas telefon anda di lapangan terbang kerana, "Kemudahan datang dengan risiko keselamatan yang luar biasa". Soket ini boleh diubah untuk memasang perisian jahat (malware) pada peranti kita."

Tambahan pula, terdapat kemungkinan ia tidak dapat dikesan, mengambil maklumat penting seperti kata laluan, informasi akaun bank dan pelbagai lagi. Sekarang korang tahu mengapa korang menerima mesej rawak seseorang cuba menghantar 'wang percuma' kepada anda.

Dalang disebaliknya ialah penggodam mahu dapat dan jual informasi kitaPhoto from Pinterest

Juice Jacking, Ha.. Apa Itu?

Selain mengecas telefon wayar ini boleh pindah alih semua data kita tersimpan niPhoto from Pinterest

Terdapat kaedah yang dikenali sebagai Juice Jacking yang dicipta oleh penggodam. Secara asasnya, perisian berbahaya (malware sebagai contoh) boleh masuk melalui port pengecasan dan mencuri data daripada telefon pintar, tablet dan komputer riba milik kita.

Perisian ini mempunyai keupayaan untuk mengunci peranti atau mengeksport semua maklumat peribadi, kata laluan kepada penggodam. Bagaimanakah ia berfungsi? Telefon pintar kita mempunyai bekalan kuasa dan aliran data yang disambungkan melalui wayar yang sama.

Setelah dijangkiti, telefon kita menjadi terdedah bukan sahaja di lapangan terbang. Di mana sahaja kita membawanya, penggodam boleh melihat dan mendengar semua yang anda lakukan. Sesetengah mungkin dapat melihat menggunakan kamera juga.

Bahayanya Guna Wayar USB Tak Dikenali

Menggunakan wayar USB tak diketahui akan tambah risiko untuk kita digodamPhoto from Pinterest

Wayar sambungan USB yang tak dikenali mungkin nampak suci tidak bersalah pun boleh menimbulkan risiko. Kerana wayar boleh menghidupkan telefon semasa memantau data. Walaupun telefon kita dalam mod pengecasan, stesen pengecasan 'palsu' akan mengabaikan langkah keselamatan ini.

Oleh itu maklumat kita boleh diambil dan dijual di pasaran gelap yang dikenali sebagai 'Deep Web'. Jadi apakah yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sasaran seterusnya penipuan panggilan lain?

Cara Mengelakkan Maklumat Anda Dicuri

Ada banyak cara untuk elak informasi kita kena curi kalau korang ikut langkah iniPhoto from National Cyber Security Centre

Sebagai permulaan, beli sendiri pengecas mudah alih atau 'powerbank' yang bagus supaya kita tidak perlu bergantung pada stesen pengecas awam. Ia juga membolehkan kita mengecas telefon pada bila-bila masa tanpa perlu risau ada bahaya yang mengintai.

Kedua, sentiasa bawa dan simpan pengecas peribadi sendiri atau pinjam daripada seseorang yang kita percayai sahaja. Elakkan menggunakan wayar atau port USB, sebaliknya guna soket melekat pada dinding sahaja. Selain itu, jika telefon kita mempunyai ciri untuk mematikan pemindahan data, maka lakukannya sebelum anda menggunakan kabel tersebut.

Ini memastikan hanya kuasa dihantar bukan data. Akhir sekali, beli dalam kabel 'penyekat data' yang boleh mengehadkan aliran data antara telefon kita dan pusat pengecasan, hanya membenarkan pemindahan kuasa.

Kesimpulannya, sentiasa berwaspada terutamanya di tempat awam seperti lapangan terbang. Data dan maklumat peribadi adalah 'mata wang' paling menguntungkan di zaman global ini berbanding 20 tahun lalu.

Oleh itu, lindungi maklumat sensitif anda daripada penggodam yang terkenal itu.

Mungkin korang suka:

📢 Follow kami di Instagram  Jomexplore Instagram

📢 Follow kami di Facebook Jomexplore Faecbook

📢Follow kami di Tiktok Jomexplore Tiktok