download Jom Explore app
5 Taman Tema Air Anda Boleh Pergi Sempena Musim Cuti Sekolah Ini!

5 Taman Tema Air Anda Boleh Pergi Sempena Musim Cuti Sekolah Ini!

Jom! Cuti
By Nurul Khaleeda on 22 Feb 2023
Digital Editor

Musim cuti sekolah sudah pun kembali! Pastinya ramai pelajar tak sabar untuk pergi bergembira dan merehatkan minda sebelum memulakan semester baharu!

Advertisement
Advertisement

Taman Tema AirPhoto from Instagram fatin.rusmin

Kalau tak mahu pergi jauh, apa kata anda pergi ke Taman Tema Air yang ada di kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur? Banyak tempat yang anda boleh pergi tau!

Taman tema airPhoto from Instagram azriljohari

?Sunway Lagoon

Mempunyai lebih 70 tarikan dan terbahagi pada taman kering dan taman basah. Memang tak cukup satu hari untuk dihabiskan di sini. Dari gelongsor air, tarikan berombak, banyak lagi yang anda boleh cuba di sini. Sesuai untuk kanak-kanak hinggalah dewasa.

Sunway LagoonPhoto from Instagram tall_tiny_travels

?3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Advertisement
Advertisement

⏰10am - 6pm 

Sunway LagoonPhoto from Instagram mgfarhana

?Bangi Wonderland

Tempat ini baru dibuka pada tahun 2016 dan tidak begitu besar. Harganya pun lebih murah berbanding di Sunway Lagoon iaitu RM35 untuk dewasa dan kanak-kanak. Namun begitu, ia masih mempunyai tarikan yang menarik dan sesuai untuk dinikmati oleh semua golongan usia seperti

Bangi WonderlandPhoto from Instagram atiqahdamhuri

?2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor

⏰10am - 6pm 

Bangi WonderlandPhoto from Instagram z.m_afm

Advertisement
Advertisement

?SplashMania Gamuda Cove

Baru sahaja dibuka pada Januari 2023, SplashMania Gamuda Cove ini sememangnya dinantikan ramai. Mempunyai 24 gelongsor air dan 15 tarikan yang menanti pengunjung tak kiralah kanak-kanak mahupun dewasa. Harga tiket adalah Rm79 untuk dewasa dan Rm63 untuk kanak-kanak dan warga tua.

SplashManiaPhoto from Instagram nurnajeehanasha

?Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Banting, Selangor

⏰10am - 6pm 

SplashMania Gamuda CovePhoto from Instagram iefaaljufry_

?Wet World Waterpark Shah Alam

Walaupun dibuka pada tahun 1996 tapi best juga tau Taman Tema Air di Shah Alam ini. Selalunya ia menjadi tempat tumpuan penduduk setempat ataupun pelajar universiti di Shah Alam. Bertemakan Pulau Carribean, jangan pelik kalau ada banyak pokok kelapa dan cabana di sini. Harganya pun berpatutan iaitu RM30 untuk dewasa dan tiada bayaran untuk kanak-kanak 90cm ke bawah.

Advertisement
Advertisement

Wet World Waterpark Shah AlamPhoto from Instagram nad_als

?3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

⏰10am - 6pm 

Wet World Shah AlamPhoto from Instagram haziq_kamu

?WaterWorld I-City

Taman Tema air ini terletak di tempat tarikan pelancong iaitu I-City Shah Alam. Salah satu tarikannya adalah Ultimate Tornado di mana anda akan merasai pengalaman kena pam di tandas. Antara tarikan lain adalah gelongsor pelangi dan juga untuk mereka yang berkeluarga, ada banyak rides yang sesuai untuk kanak-kanak. Harga masuk adalah Rm38 untuk dewasa dan Rm33 untuk kanak-kanak.

Seronoknya bermain air di siniPhoto from Instagram lyzamarlina

?i-Gallery, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor